Thank You Dr. Madhumita

Berminat nak tempah design header dan banner yang murah? 
Sila klik sini.

Hey semua.

Sejak kebelakangan ni aku ada masalah dalam kekeringan idea nak update pasal apa. Selama ni pun aku asyik nak update pasal event ngan review je.

Esok 14 November, genaplah umur aku 21 tahun. Dalam 21 tahun ni banyak dah yang aku hadapi, (takde lah cukup banyak sangat pun). Daripada masalah keluarga, rebel, masalah cinta, masalah kengkawan, kerja semua ada. Dah boleh buat asam belacan pun.


Zaman kolej aku pulak, tak macam korang, yang best ada ramai student dengan kawan-kawan. Student kelas aku ada 5 orang je. Itu pun banyak jugak masalah, puak-puak lah, gaduh sana-sini. Nasib baik student perempuan je. Tapi, tulah zaman kolej aku.

Kolej aku dulu banyak gila masalah. Boleh kata setiap 2-3 bulan sekali sure ada lecturer baru yang masuk, dan ada jugak yang keluar. Sebab apa, aku pun tak tahu. Konon-konon "I'll stay here with you guys no matter what", tapi hampeh, minggu tu jugak lecturer tu pergi.

Tapi ada seorang lecturer yang paling aku dan most students kat kolej tu sayang, Dr Madhumita. Beliau berasal dari India. Lecturer ni yang paling lama bertahan, dia dah macam ibu kiteorang sebab kalau ada masalah, pergi je cerita kat dia. Bukan setakat masalah study je. Dan aku tau, beban die sebagai seorang lecturer kat kolej aku tu memang berat.

But, thank you Dr, for always guide and be there when we need you :)

The dream begins with a teacher who believes in you, 
who tugs and pushes and leads you to the next plateau, 
sometimes poking you with a sharp stick called 'truth'. -Dan Rather

Sebarang review, jemputan event dan advertorial, boleh hantar detail ke saluran yang berikut:

Email : thisislife.me@gmail.com

     
Thanks! :)

 

Post a Comment

1 Comments

Anonymous said…
salam kenal dear, suka tengok blog awak..macam-macam ade haha nmpk sangat akak ni blogger yang agak rabun IT heheh nway will definitely come here again and wish u all da best ..also, happy belated birthday :D

www.adaa-inspiration.com

FOLLOWERS