Masa aku kawen bulan Julai 2015 haritu, segala persiapan dari A to Z semua aku buat sendiri. Nak hire wedding planner takut nanti tak sama taste, nanti harga pun mesti mahal lagi pulak. Nak harap parent, kesian jugak kat deorang nanti pening kepala. So, terpaksa lah aku stress sebentar pasal planning ni. Dan Alhamdullilah semua nya berjalan dengan lancar.
Secara jujurnya, aku hanya meletakkan budget RM10k atau sepuluh ribu sahaja untuk nikah dan sanding belah perempuan ni. Kalau boleh lagi kurang, lagi bagus. Tapi at last budget tu lebih sikit menjadi hampir RM13K merangkumi juga makan minum family sehari sebelum majlis, malam dan pagi sebelum majlis.
InshaAllah, kalau ada masa akan ku tulis dari mana aku dapat dengan siap harga semua lagi.
- Kursus Pra-perkahwinan (LINK)
- Prosedur Nikah di Negeri Perak
- The Hantaran
- Lokasi Nikah & Sanding
- Kad Kawen
- Wedding Stamp (LINK)
- Photographer
- Baju Nikah & Sanding
- The DIY Bunga Tangan
- Make up (LINK, LINK)
- Pelamin
- Katering & Khemah
- Wedding Cake
- Doorgift untuk VIP
- DIY Doorgift untuk Dewasa
- DIY Doorgift Kawen untuk Kanak-Kanak
- Marhaban
- Borang Nikah & Kad Nikah
Tujuan aku tulis entry ini adalah sebagai panduan kepada bride-to-be kat luar sana yang nak buat self planning untuk wedding sendiri. Aku tahu betapa susahnya nak buat preparation ni seorang diri. Buat pulak aku anak sulong dan cucu sulong.
Kepada korang, jangan berputus asa. Memang masa dah lagi nak dekat akan rasa sakit hati, gaduh dengan tunang, family even, tapi tu hanyalah sementara je sebab perempuan ni kalau stress memang emosi melebih. Pesan kat tunang korang siap-siap, minta support dan pertolongan deorang. InshaAllah semuanya akan okay.
So, selamat membaca and good luck! :D
8 Comments