Suami dan aku kalau bercuti luar KL memang tak suka sangat nak book hotel memahal. Paling mahal maybe dalam RM 200 gitu sebab kalau dah bercuti, memang tak duduk dalam bilik pun, so macam rugi je.
Buat pulak datang Langkawi, jadual pack aktiviti laut je, nak shopping cekelat lagi, periuk lagi, memang tak melekat dalam bilik la. So kami ambil keputusan untuk tempah bilik yang dekat dengan laut, sedap mata memandang dan kalau bertuah dekat dengan tempat makan. Jadi, kami jumpa Cenang Rest House.
Macam tu je la reception dia. Mana leh expect reception rupa macam kat hotel, ni rest house je kot. Tapi aku suka sebab plus breakfast untuk 2 orang dan dekat sangat dengan tempat sewa moto dan kedai makan best. Dekat dengan laut jugak, nampak tak laut tu?
Cenang Rest House ada 2 bangunan, ada lama dan baru, beza dia kalau baru semua baru la, yang lama semua lama tapi ok je lagi, ala setakat cat terkopek apa la sangat. Then yang baru ni harga lain dengan yang lama.
Bilik dia, phew tak expect besar macam ni. Kalau kat KL harga RM80-90 pun bilik cinonet je. Selain daripada syiling yang nampak macam creepy, overall, aku puas hati la dengan bilik dia. Katil empuk, bantal lembut, oh ya, siap ada tilam extra bawah katil ok. Lupa lak nak ambil gambar dia.
Bilik yang aku amik ni memang ada air cond dan kipas. Shower laju, tapi tak ada water heater. Korang boleh pilih bilik lain (harga lain) kalau nak yang ada water heater. Aku tak amik sebab aku memang tak mandi pakai water heater. Kalau bilik banggunan baru memang ada water heater.
Gini la rupa toilet dia. Lantai semua bersih je, cuma dinding je la macam kotor sikit dengan cat terkopek, tu je la. Lain semua memang bersih. Sabun, berus dan ubat gigi sila bawak sendiri ye, deorang hanya bagi tuala sahaja.
Sarapan di Restoran Bunga Cenang
Masa aku book, deorang tak ada inform pasal ada breakfast ni, kalau inform, confirm aku terus book tak ada nak survey hotel lain dah. Tempat breakfast Cenang Rest House ni seberang jalan je, kat satu kedai mamak. Tu sebelah kedai mamak ada T-Shoppe.
Makanan dia ada ni je, boleh la, bukan kiteorang nak makan banyak sangat pun, lepas makan ni ada aktiviti jugak. Nasi goreng kampung dia boleh tahan sedap, pedas sikit, telur goreng memang berminyak (dah nama kedai mamak kan), but koey teow goreng dia memang sedap.
In case korang tak nak makan yang dihidangkan ni, korang boleh je order makanan lain macam roti canai ke, tapi tu kene bayar sendiri la ye.
Sebab ni hari Isnin, so banyak la budak sekolah breakfast kat sini. Masa breakfast bermula daripada 8 AM - 10AM. Kalau lambat, memang habis la makanan tu.
Hotel Room Rates
Old Standard Room: RM80
New Standard Room: RM90
Check in: 3PM
Check out: 12PM (boleh request keluar lambat dengan charge RM10 sejam)
Website Hotel: cenangresthouse.com
Alamat: Jalan Pantai Chenang, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
Telefon: +60 4-955 9928
Rating hotel: ★★★
Personal rating: ★★★
Sebab? Aku tak jumpa tong sampah dalam bilik dan malam kedua tu ada lipas keluar daripada toilet. Plus, receptionist tak properly organized, aku sampai lewat malam, tapi still bilik tak prepare tuala.
Overall, aku recommend korang stay kat Cenang Rest House kat korang plan nak tidur area Pantai Cenang. Malam pulak suami dan aku siap lepak makan tepi laut, then shisha-by-the-sea lagi, shisha memang mahal, feeling tepi laut kan, harga RM30.
3 Comments