Haruman Wangian Perancis dari Enchanteur Paris Belle Amour, Mon Amie & Adore

Assalamualaikum dan selamat sejahtera korangs.

Siapa kat sini yang suka wangi-wangi ni? Mesti la suka kan.

Terima kasih kepada Enchanteur Paris sebab mengeluarkan rangkaian wangian dan produk penjagaan badan berasaskan wangian berkualiti, mengikut peredaran masa yang berinspirasikan keunggulan haruman Perancis.


Enchanteur terdiri daripada rangkaian EDT, losyen atau serum badan, deodoran bebola serta semburan pewangi badan. Kalau katakan korang pening kepala nak hadiahkan apa kat orang. beli je set Enchanteur Paris ni. Nak bagi kat ibu ke, adik atau kakak ke, atau kawan.

Rangkaian wangian penjagaan badan Enchanteur Paris boleh didadapti di dalam 3 variasi wangian yang memukau iaitu:

Enchanteur Paris Belle Amour (Pink)

Enchanteur Paris Belle Amour menggambarkan bibit cinta dan putik asmara yang berkembang mekar. Ia adalah wangian yang khas untuk mencerahkan kulit. Pencerahan kulit lebih indah dengan Losyen Wangian Pencerah Enchanteur Paris Belle Amour 3 kali ganda pencerahan (Triple Whitening Parfum Lotion) dari 3 agen pencerahan - ekstrak Likoris, ekstrak Sakura dan Vitamin B3. 

Tingkatkan pencerahan tona kulit bawah lengan anda dengan Deodoran Wangian Anti Peluh Pencerahan Ekstra (Extra Whitening Parfum Anti-perspirant Deodorant) Enchanteur Paris Belle Amour dan kekalkan haruman menusuk kalbu yang berpanjangan dengan Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) Enchanteur Paris Belle Amour.


Enchanteur Paris Mon Amie (Kuning)

Rangkaian Enchanteur Paris Mon Amie diinspirasikan dari keceriaan saat -saat indah persahabatan. Wangian Mon Amie yang ringan dan menyegarkan diadun indah untuk memadankan ia dengan Losyen Wangian Formulasi Ringan & Segar (Light & Fresh Parfum Lotion) Enchanteur Paris Mon Amie. 

Enchanteur Paris Mon Amie turut menawarkan Serum Wangian Lembapan Berganda (Double Moisture Parfum Serum), diperkaya dengan Ultra Hyaluronic & Minyak Zaitun, kombinasi yang sesuai untuk memberikan manfaat hidrasi kulit serta merta yang intensif dan sepanjang hari di samping berbau harum dengan wangian ceria Mon Amie. 

Serlahkan wangian ceria dan memikat tersebut dengan rangkaian Deodoran Wangian Anti - Peluh Mencerah & Menyegar (Whitening & Refreshing Parfum Anti-perspirant Deodorant) Enchanteur Paris Mon Amie atau Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) Enchanteur Paris Mon Amie untuk memastikan kesegaran sepanjang hari.



Enchanteur Paris Adore (Ungu)

Rangkaian Enchanteur Paris Adore adalah kombinasi wangian bunga dan buah -buahan. Memiliki kulit yang sihat dari kuman, sinar UV dan pencemaran adalah perkara yang amat penting. Losyen Wangian Badan Enchanteur Paris dengan Perlindungan Anti Bakteria (Antibacterial Care Parfum Lotion) memastikan kulit sentiasa dilindungi daripada bakteria merbahaya sambil menjadikan kulit kekal wangi.

Deodoran Wangian Anti Peluh Mencerah & Menyenangkan (Whitening & Soothing Parfum Anti-perspirant Deododrant) Enchanteur Paris Adore pula mampu memelihara bawah lengan, dan melindungi kulit agar terasa segar. Manakala Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) Enchanteur Paris Adore pula memberikan semerbak haruman memukau yang menyegarkan.


Harga
Jenis tiub: RM 7.90 (85ml / 100 ml) 
Jenis botol: RM18.00  (275ml) / RM16.95 (300ml). 
Deodoran Wangian Anti-Peluh: RM8.70 (50ml)
Semburan Pewangi Deodoran: RM10.10 (100ml) 

Rangkaian produk penjagaan peribadi Enchanteur Paris boleh didapati di semua rangkaian pasar raya,  pasar raya besar dan farmasi di seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai Enchanteur Paris,
Facebook: Enchanteur

Post a Comment

1 Comments

Em said…
I love Enchanteur Paris products. They are of good quality and very reasonably priced!

FOLLOWERS