Selamat sejahtera korang,
Saya memang suka makan steamboat dan BBQ/ grill. Pengaruh kdrama punya pasal. Tapi kat area Selangor dan Kuala Lumpur ni susah sangat nak cari restoran yang Halal, kalau ada pun mesti mahal sangat. Seb bek jumpa Pak John Steamboat & BBQ.
Sempena dengan sambutan ulang tahun ke-6 kedai makan steamboat dan BBQ Halal yang popular di eCurve, Mutiara Damansara, kini Pak John Steamboat & BBQ mengorak langkah membuka cawangan kedua mereka di IOI City Mall, Putrajaya.
Bestnya, Pak John Steamboat & BBQ dah ada dekat Putrajaya, memang dekat sangat dengan rumah saya. Lagi best, restoran Pak John Steamboat & BBQ yang terletak di IOI City Mall Putrajaya ini lebih besar dan mampu memuatkan seramai 150 hingga 200 orang pada satu-satu masa.
Memula dulu masa nak makan kat sini saya pun macam tertanya-tanya, Halal ke restoran ni sebab dah nama 'Pak John', rupanya Halal. Deorang saja pakai nama tu sebab lebih mudah, friendly dan lebih mesra. Oh, gitu.
Menarik tau makan style buffet steamboat ni sebab boleh mengeratkan hubungan dengan keluarga. Selain tu, dapat juga mengajar orang erti bersabar, ye lah kan kena bersabar tunggu makanan masak steam dengan panggang tu. Ihiks.
Sabar menunggu |
Blackpepper chicken, Spicy chicken, Ginger chicken, Sweet soya chicken, Honey chicken.
Dengan pilihan daripada 5 jenis sup yang dihidangkan: Sup udang, sup tom yam, sup miso, sup kari dan sup ayam, korang boleh refill banyak mana yang korang nak dalam masa korang makan tu. Asalkan jangan membazir dahla ok.Banyaknya pilihan makanan yang ada di Pak John Steamboat & BBQ. Bayangkan, lebih daripada 160 jenis menu buffet yang korang boleh pilih. Daripada daging, ayam, itik, ikan, makanan laut macam siput, kerang, udang dan sotong, sampai kepada dim sum pun ada.
Dim dum dan pau. |
Menu biasa steamboat macam ramen dan udon tu memang ada. Dan diserikan juga dengan menu untuk orang Malaysia yang tak boleh hidup tanpa nasi. Side dish makanan bergoreng, sambal fish ball dan ayam sweet sour pun ada.

Harga:
Isnin-Jumaat
Lunch: RM32.90++ (Dewasa), RM22.95++ (Kanak-kanak)
Dinner: RM42.90++ (Dewasa), RM17.95++ (Kanak-kanak)
Sabtu, Ahad & Cuti Umum
RM42.90++ (Dewasa), RM22.95++ (Kanak-kanak)
Isnin-Jumaat
Lunch: RM32.90++ (Dewasa), RM22.95++ (Kanak-kanak)
Dinner: RM42.90++ (Dewasa), RM17.95++ (Kanak-kanak)
Sabtu, Ahad & Cuti Umum
RM42.90++ (Dewasa), RM22.95++ (Kanak-kanak)
Percuma: Kanak-kanak bawah 5 tahun.
*Harga belum termasuk 6% GST dan 10% service charge.
Pak John Steamboat & BBQ
GE-11, Ground Floor, IOI City Mall, 62502 Putrajaya, Selangor.
Contact untuk tempahan: 012-7050684
Facebook: www.facebook.com/pakjohn.ytf
Instagram: www.instagram.com/pakjohnsteamboatbbq
Jadi, apa tunggu lagi? Jom ajak family dan kawan-kawan makan kat sini.

14 Comments
bestnyaaa. dah lama tak makan steamboat. teringin pula
ReplyDeletebestnya makanan di sni , next time boleh cuba
ReplyDeletewa macam best. banyak selections of food
ReplyDeleteYa Allah.. Lamanya tak makan steamboat! Mmg menggiurkan betul!
ReplyDeleteDah lama tak makan steamboat. Last makan tak silap masa zaman u dulu. Pak John ni nampak menyelerakan tambah banyak pilihan pulak tu. Tetiba craving pulak pagi ni nak makan steamboat huhuhu
ReplyDeleteBest gak..sejak alergic seafood dah jarang nak singgah steamboat..nanti nak ajak gak la anak² skali skala..
ReplyDeleteNampak sedap tgk Yani makan. Nanti nak ajak suami try makan kat sini.
ReplyDeletelama tak makan steamboat..
ReplyDeleteBanyaknya pilihan. Dah lama tak makan steamboat ni..kena cari geng..
ReplyDeleteMurah jugak. Puas hati mkn.menu pon nampak sedap.
ReplyDeletewow..sedap2 semuanya. harga pun boleh tahan. kalau pergi ke sana nanti bolehlah cuba pak john steamboat ni
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
ya Allah... suka sgt mkn stemboat... bole pilih macam2...
ReplyDeleteBestnyaaa...
ReplyDeleteByk review yg best2 tentang pak john ni..
Hrp2 nnt depa bukak 1 kt png ni
EH rugi tak rsvp, hari tu ingat nak pergi under butterfly tapi lupa nak pm tammy, tak pe la bukan rezeki, next time mesti ada rezeki lain yang terduga duga, thanks sharing I love steambot by pak john ! memang banyak pilihan ;)
ReplyDeleteSila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^