Siapa kat sini dah pernah naik cruise di Tasik Putrajaya? Walaupun saya tinggal dekat dengan Putrajaya, saya tak pernah naik. Teringin tu memang, tapi takut harga mahal dan tak mampu. Tapi korang jangan takut, mampu milik je nak naik Cruise Tasik Putrajaya ni.
Terima kasih kepada Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), dengan penganjuran Program Road to Agro Tourism Siri 3 Edisi Khas Kuala Lumpur- Putrajaya, dapat saya explore lebih banyak lagi tentang Putrajaya.
Cruise Tasik Putrajaya telah dilancarkan kepada orang ramai sejak dari
30 Ogos 2003 oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Dengan
misi untuk menarik lebih ramai pelancong ke Putrajaya, laluan cruise
telah direka supaya melalui lebih daripada 20 mercu tanda di Putrajaya
seperti Masjid Putra, Jambatan Seri Wawasan, Jambatan Putra, dan pejabat
perdana menteri Perdana Putra.
Cruise Tasik Putrajaya
terletak di Presint 1, Putrajaya. Lokasi Tasik Putrajaya yang strategik
membuatkan korang yang naik cruise ini dapat melihat beberapa tarikan
menarik yang ada di Putrajaya.

Lokasi ni dekat je dengan pejabat
perdana menteri dan Jambatan Putra di Presint 1 tu. Kiranya kalau korang
datang, dan nampak ada tasik ni, turun je ke bawah mesti akan jumpa
pejabat dan banyak-banyak kapal disini.
Ada
beberapa tarikan lain juga seperti perahu, dan aktiviti tasik. Tapi
kami pilih untuk naik cruise. Alang-alang dah datang sini, best naik
cruise sambil layan matahari terbenam. Bila dah beli tiket tu, kena
tunggu masa dia dulu, baru boleh naik.

Kapal cruise di Cruise Tasik Putrajaya
ada 2 jenis dengan total 4 buah kapal. Ada yang double deck (Sebarau
& Kelah) yang boleh memuatkan seramai 120 orang dan ada yang single
deck (Belimbing & Daun) yang mampu memuatkan seramai 76 orang untuk
bersiar-siar.
Tengok, nama kapal cruise pun menarik. Pakai nama traditional nama ikan dan tumbuhan je.

Kalau korang duduk kat dalam, boleh nampak kapten dan boleh dengar penerangan beliau tentang lokasi dan tarikan yang mana yang kita jalan. Tengok kapten bawa kapal pun best juga sebab dia akan bagi ilmu sikit tentang cara nak bawa cruise.

Masa ni lalu juga di kawasan Skyride Festival Park Putrajaya. Jadi nampaklah masa tu belon Helium yang nak naik. Memang besar juga belon tu. Kalau dapat naik mesti permandangan cantik. Yang atas cruise pun dah lawa, apatah lagi atas sana.
Lalu juga di mercu tanda seperti Monumen Alaf Baru. Di monumen ni, ada satu perutusan khas di dalam kapsul masa untuk dibaca pada tahun 2020. Cip kapsul masa itu diletakkan pada dinding di dasar monumen berkenaan.

Monumen Alaf Baru

Jambatan Seri Wawasan,
jambatan tambatan kabel menghubungkan Presint 2 dengan Pulau Utama.

Masjid Putra


Kapal cruise single deck. Kapal double deck boleh naik ke tingkat atas dan alami suasana outdoor.

Jambatan Putrajaya

Cantik suasana di Putrajaya semasa matahari terbenam. Rugi tinggal dengan dengan sini tapi tak pernah merasa pengalaman bercruise. Tiket RM30 saja.

Banggunan di bawah ini juga popular dengan nama 'Banggunan 4 beradik' sebab tinggi dan ada 4 banggunan tinggi yang menarik permandangan mata dari jauh lagi.
Banggunan ini merupakan banggunan baru Kementerian Pembanggunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Kementerian Kesejehteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Penerangan

Banggunan 4 Beradik
Orang
Putrajaya mesti best sebab dapat explore sekitar Putrajaya. Banyak
sebenarnya mercu tanda yang menarik dan ada sebab kenapa banggunan itu
direka dengan bentuk macam tu. Kalau korang dapat belajar dan tahu,
memang menarik.
Patutlah orang luar negara beriya-iya nak datang Putrajaya. Banyak kisah dan cerita rupanya. Baru sekarang saya hargai nilai apa yang ada kat sini. Next time, nak bawak family di Penang datang sini dan explore Putrajaya.

Harga Cruise Tasik Putrajaya
Dewasa: RM30
Kanak-kanak: RM20
Waktu operasi:
Isnin-Jumaat: 11AM- 7.15PM
Sabtu, Ahad & Cuti Umum: 10AM- 7.15PM
Setiap perjalanan mengambil masa selama 45 minit.
Setiap perjalanan mengambil masa selama 45 minit.
Cruise Tasik Putrajaya
Jeti Putra, Jambatan Putra, Presint 1, 62000 Putrajaya.
Contact: 03-88885539
Website: www.cruisetasikputrajaya.com
Facebook: www.facebook.com/cruisetasikptjy
Instagram: www.instagram.com/cruisetasikptjy
Till then,

12 Comments
LeYa dah naik masa awal pembukaan Cruise ni dengan family.. Memang menarik.. Tapi difahamkan sekarang lebih byk lawatan cruise ni singgah...hehe..
ReplyDeleteWah.. . Menarik laaa
ReplyDeleteBawak anak² best ni
Wow! Nice view.. I pun nak pergi putrajaya cruise ni...
ReplyDeleteMasa Rose kerja di Kl dulu, ada juga pergi jalan-jalan ke Putrajaya. Tapi , tak pernah naik Cruise tu. Bestnya kalau dapat naik petang-petang. Harga tiket pun berpatutan pada Rose. Bangunan 4 beradik tu menatiklah. Tak sangka namanya begitu.
ReplyDeleteSaya pernah bawa parent naik boat je kat sini.Dua kali pulak tu. Permandangan kat sini memang serious cantik. Sekali sekala makan angin around Tasik Putrajaya.Harga pun perpatutan.
ReplyDeleteDah lama tak naik Cruise. Tapi memang best. Tunggu anak besar skit. Sebab dah tak cukup tangan nak tengok permandangan, ambil gambar dan kejar anak. Hahaha. Ada pakej minum petang sekali tak utk naik cruise ni?
ReplyDeletePernah naik cruise ni dua kali. memang best. tapi raanya kalau dapat lagi lama2 atas cruise lebih syok... lebih jauh perjalanan pun syok juga hehehe
ReplyDeletewaa bestnya dapat naik cruise, Qeela tak pernah try lagi cruise kt Putrajaya ni, ingatkan mahal rupanya Rm30 je tijet dia yea? boleh laa nanti nak try naik dengan family, sbb cantik betul tengok pemandangan drp gmbr2 tu 😊
ReplyDeletebest yer naik cruise putrajaya ni, sambil melihat keindahan senibina putrajaya. Ok la harga tiket yer afforable dan berbaloi dengan pengalaman yang dapat.
ReplyDeleteI didn't know there's a cruise in Putrajaya, this reminds me of Amsterdam, I'll bring my daughter over and enjoy this someday, she'll definitely enjoy a ride like that.
ReplyDeleteNice environment of Putrajaya. Never think to look it on the water. Going cruise is a good idea and the price is reasonable.
ReplyDeleteI never know putrajaya is so beautiful and really an opportunity to be on cruise to see all this. I also want to bring my friend amount to check out this cruise
ReplyDeleteRachel
Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^