Hai dan salah sejahtera korang,
Till then,
Terima kasih saya ucapkan kepada Pacific West dan PC Studio kerana sudi menjemput suami dan saya untuk berbuka puasa tempoh hari. Best event ni sebab PR mereka semua friendly dan memang hargai blogger.
Baru-baru ini, Pacific West dengan kerjasama Kafe PC Studio telah menganjurkan majlis berbuka puasa bersama dengan rakan blogger dengan tema "A Get-Together Dinner with Pacific West". Kerjasama ini diadakan sebab alang-alang PC Studio ada melancarkan menu Ramadhan mereka.
Jenama produk makanan laut, Pacific West baru- baru ini telah memenangi Anugerah Best Innovative Seafood Product di Asia Halal Brand Awards 2017. Susah tau nak menang anugerah ini sebab diadili oleh JAKIM, HDC, MITTI, MATRADE dan Entrepreneur Insight.
Pada malam berbuka puasa bersama dengan Pacific West, kami telah dijamu dengan pelbagai hidangan yang telah disediakan oleh pihak kafe, dengan menggunakan produk dari jenama Pacific West seperti ikan, udang dan sotong.
Ada total 5 menu menggunakan produk Pacific West yang telah diperkenalkan. Memang saya sebagai peminat makanan laut yang jenis tempura suka dengan menu dan produk mereka. Sebab sedap dan puas hati punya pasal, balik tu saya pergi cari jenama ni kat pasar raya.
Makanan Ringan untuk alas perut sementara tunggu main dish:
1. Tempura Fish Cocktails Egg Mayo Bites,
2. Salt & Pepper Squid with Shredded Cucumber,
3. Tempura Prawn Salad Cup.
Pembuka Selera: Tomato Bruschetta
Dia bakarkan roti baguette tu sekali dengan tomato ceri kat atas dia. Lepas keluar oven, chef tu letak sos balsamic vinaigrette untuk naikkan lagi rasa masam-pedas dia.
Salad: Som Tam Salad with Tempura Calamari Rings.
Som tam sedap betul walaupun makan ratah gitu je. Salad betik hijau tradisi Thai ini dihidangkan sekali dengan sotong tempura. Sotong ni dia pakai jenis sotong katak, jadi besar-besar betul.
Soup: Mushroom Soup
Main Course: Oven Baked Fish Fillet with Flavoured Rice.
Paling suka dengan menu ni. Pandai chef dia olah menu letak keju kat atas dia. Makan Fish Fillet sahaja pun dah kenyang. Tips saya makan, saya akan rasa ikan tu dulu barulah makan dengan nasi. Masa ni lah nak rasa sedap dan fresh ikan tu macam mana.
Tak sangka ikan sejuk beku jenama Pacific West sedap. Terasa isi ikan dia yang banyak tu, kan setengah jenama terasa tepung je lebih. Lepas tu, senang sangat cara nak masak dia, tak payah tunggu cair. KEluar peti ais, terus goreng.
Tentang Pacific West
Sejak dari kewujudan mereka di Australia pada tahun 1995, Pacific West telah terkenal sebagai satu jenama makanan laut yang menawarkan produk makanan laut yang segar, mudah dan berkualiti. Ramai pengguna dan ahli keluarga mereka yang suka dengan produk ini.
Produk Pacific West boleh didapati di mana-mana pasaraya besar dan pasar raya sendirian berhad diseluruh Malaysia seperti di Cold Storage, Sam's Groceria, AEON, AEON Big, Tesco, Giant, Sunshine, Village Grocer dan banyak lagi.
Untuk maklumat tentang Pacific West,
Website: www.pacificwestfoods.com
Facebook: www.facebook.com/pasificwest.my
PC Studio Cafe
G-01, Ground floor, Block A, Damansara Intan,
No.1 Jalan SS20/27 47400 Petaling Jaya, Selangor.
Contact: 03-74967444
No.1 Jalan SS20/27 47400 Petaling Jaya, Selangor.
Contact: 03-74967444
Website: pcstudiocafe.com
Till then,
19 Comments
Sis pernah gak beli produk diorg ni..ok lah..not bad gak lah makanan diorg
Saya pun suka baked fish dia tu
Sedap gilos