Hai dan salam sejahtera korang,
Ilusi Muller-Iyer
Ilusi Hollow Face (Ilusi Muka Cengkung)
Kat mana lagi korang boleh acah-acah memasak orang. Kalau korang geram dengan someone, bawak je datang sini, amik gambar maca ni. Berangan masak orang tu pun jadilah kan. Hot juga ilusi ni, selalu saya nampak tapi baru sekarang tahu macam mana ilusi ini terjadi.
Nak tahu macam mana boleh dapat gambar macam ni? Jemputlah datang ke Museum of Illusions. Banyak lagi ilusi bergambar yang lelawa dan memukau mata.
With love,
Baru-baru ini saya sempat ke Museum of Illusion yang terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Kalau korang ada nampak saya upload gambar rare dan menarik dalam Instagram atau Facebook saya tempoh hari, itu semua gambar dari Museum of Illusion.
Konsep muzium ini diilhamkan dari Zagreb, Croatia yang menyimpan lebih daripada 70 pameran yang terdiri daripada bilik yang menguji minda, ilusi optikal, dan bilik permainan dan teka-teki. Sangat sesuai untuk semua golongan umur.
Museum of Illusions memiliki koleksi pameran hologram, stereogram dan ilusi optik yang terbesar di Asia. Bangga kan di Malaysia dah ada muzium pameran untuk orang awam ni.
Museum of Illusions memiliki koleksi pameran hologram, stereogram dan ilusi optik yang terbesar di Asia. Bangga kan di Malaysia dah ada muzium pameran untuk orang awam ni.
Lagi best, selain dapat menguji minda dan mata, korang juga dapat bermain dengan ilusi dan juga mengambil gambar dan upload ke social media korang. Macam gambar kat bawah ni, bukan edit ya, tapi hanya dengan ilusi dapat jadikan saya kecil di kerusi tu.
Amazing kan? Ilusi ini sebenarnya hanya diwujudkan dengan konsep Hukum Persepsi dengan cara bermain dengan fungsi objek dan nisbah saiz.
Kalau korang tengok gambar kat bawah, nampak macam garisan melintang tu macam tak sama kan? Padahal panjang dia sama je sebenarnya. Otak kita dan tafsirkan gambar tu dalam 3D. Disebabkan garis sebelah kiri tu lebih jauh, itu sebab dia nampak lebih panjang.
Ilusi Hollow Face (Ilusi Muka Cengkung)
Kalau korang tengok ilusi ni di Museum of Illusions, korang akan nampak ilusi optik yang mana persepsi muka cekung nampak seperti muka cembung yang biasa. Maksudnya, sebenarnya ilusi tu rupa dia kedalam, tapo mata kita tafsirkan nampak macam keluar.
Nak tahu macam mana ilusi ni terjadi? Sebenarnya, bila kita tengok sesuatu, automatik mata kita akan proses sebuah muka tu sebagai "cembung" atau dalam 3D. Sebab tu kalau kat sana, bila korang bergerak, korang akan nampak muka tu macam ikut korang.
Kaleidoscope
Masa kecik-kecik dulu teringat saya suka main dengan kaleidoscope yang kecik dan macam teropong tu. Unik dan simple je ilusi dia. Sebabkan kaleidoscope ini selalunya dalam bentuk silinder, dengan adanya cermin dan cahaya, maka terpantul lah imej tu berulang kali.
Kalau pandai pilih imej permulaan tu, maka terjadilah hasil kaleidoscope yang lelawa.
Kat mana lagi korang boleh acah-acah memasak orang. Kalau korang geram dengan someone, bawak je datang sini, amik gambar maca ni. Berangan masak orang tu pun jadilah kan. Hot juga ilusi ni, selalu saya nampak tapi baru sekarang tahu macam mana ilusi ini terjadi.
Nak tahu macam mana boleh dapat gambar macam ni? Jemputlah datang ke Museum of Illusions. Banyak lagi ilusi bergambar yang lelawa dan memukau mata.
Bilik Warna
Bilik ni bermain ilusi dengan ruang kosong, warna, cahaya dan objek. Dengan menggunakan warna utama: Merah, Hijau dan Biru, dengan ilusi tu maka wujudlah warna sekunder seperti: Magenta, Kuning dan Cyan.
Bayang-bayang sinar cahaya yang lurus ke hadapan akan membentuk beberapa cahaya dalam warna yang menarik tadi. Unik tau sebab dapat menguji minda korang dalam gabungan cahaya. Nak ambil gambar upload kat IG pun lawa jugak.
Paling saya suka dengan bilik dimensi cermin macam kat bawah ni. Dalam ruang bilik ini ada cermin yang diletakkan di beberapa sudut. Jadi dengan bermain dengan warna dan cahaya lampu kat siling, maka dapatlah ilusi ruang macam ni.
Memang cantik tau, ada macam-macam warna. Paling saya suka dengan warna hijau dna kuning sebab nampak macam tengah lepak tepi laut sambil tengok bintang diangkasa.
Smart Playroom - Uji Kemampuan Otak
Kalau yang jenis suka menguji kemampuan otak tu, boleh bermain dengan banyak permainan minda disini. Korang tahukan mainan puzzle teka-teki macam ni memanh terbukti boleh melayih otot otak korang supaya berfungsi secara maksima.
Antara jenis puzzle yang ada disini adalah puzzle kayu, permainan minda dan permainan dilema. Main mainan macam ni bukan saja dapat melatih minda kita, tapi kalau gagal nak selesaikan tu, sampai boleh pecah kepala. Haha
Antara jenis puzzle yang ada disini adalah puzzle kayu, permainan minda dan permainan dilema. Main mainan macam ni bukan saja dapat melatih minda kita, tapi kalau gagal nak selesaikan tu, sampai boleh pecah kepala. Haha
Sebelum balik, jangan lupa jenguk ke Smart Shop yang menjual pelbagai permainan ilusi dan puzzle. Nak menguji minda masa kat rumah boleh la beli yang ni. Selain tu, ada juga cenderahati seperti T-shirt, alat tulis, buku nota dan banyak lagi.
Harga tiket masuk ke Museum of Illusions:
RM35 (Dewasa), RM25 (Kanak-kanak)
Waktu operasi:
Setiap hari jam 9AM-11PM.
Museum of Illusions
Tingkat 1 & 2, 101 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur,
Contact: 03-21102654
Website: www.museumofillusions.my
With love,
18 Comments
Salam dari indonesia 😁