Short Vacation ke Resorts World Kijal, Terengganu

Hai dan salam sejahtera korang,

Kami suami isteri boleh tahan lama jugak tak holiday kemana-mana sebab kekangan kerja, event dan training suami. Alhamdullilah akhir bulan lepas dapat peluang untuk ke Terengganu atas jemputan daripada Resorts World Genting.

Ini merupakan kali pertama kami berdua ke Terengganu. Antara sebab utama nak datang kesini adalah sebab Resorts World Kijal ni dekat sebelah pantai dan nak tengok penyu! (bawa sampai habis untuk Pengalaman Lepaskan Anak Penyu di Terengganu!)

Alang-alang nak ke Kemaman hanya mengambil masa dalam 5 jam, untuk staycation hujung minggu, apa salahnya kan? Dulu, Resorts World Kijal dikenali dengan nama Awana Kijal.



Kami gerak ke Resorts World Kijal pada hari sabtu pagi. Lepas 5 jam tidur, maka sampai lah ke destinasi. Cuaca di Terengganu tak sama macam di Kuala Lumpur yang sekarang ni tengah musim hujan. Disini, panas dan redup je. 

Sampai je, kami disambut dengan minuman sejuk dan tarian tradisional daripada anak-anak ni. Pandai dan teratur sangat deorang menari. Teringat zaman sekolah menari tarian tradisi macam ni.

 



Habis je tengok persembahan budak-budak tadi, maka nak lah check-in ke bilik sebab nak bersihkan diri dan rehat kejap dengan perjalanan lama dari Kuala Lumpur. Bilik saya yang berada di tingkat 8 resort ini merupakan jenis bilik Premier Room - Sea View.

Ada lagi banyak jenis bilik disini dengan harga yang berlainan. Ada Deluxe Room, Deluxe Suite dan Premier Suite untuk keluarga besar. Harga bilik ini ada serendah RM200+ sahaja untuk satu malam siap dengan sarapan pagi untuk 2 orang. Ok la tu.

 
 

Apa yang saya perhatikan, senibina banggunan Resorts World Kijal memang unik sebab ada elemen tradisional dia. Sesuai sangat lah senibina dan design macam ni sebab berapa di Terengganu. Kalau perhati betul-betul, cara susunan kayu dan bumbung dia pun unik.

Lagi best, design bentuk banggunan utama dia, seakan-akan membentuk melengkung. Bentuk ni menyebabkan kebanyakan bilik yang ada sini adalah yang menghadap laut. Jadi takde lah nak kecewa kalau nak booking tiada bilik menghadap laut.

Permandangan ke laut dari bilik saya di tingkat 8

Premier Room - Sea View

Harga bilik yang kami ambil ni memang menghadap laut. Memang layan betul tengok permandangan laut. Kamera pun penuh je dengan gambar laut sebab kami berdua memang suka dengan laut. Mendamaikan dan hilang stress.

 



Tengok bilik yang kami dapat ni, katil dia memang luas betul. Walaupun bilik ni untuk 2 orang, tapi sebenarnya boleh memuatkan dalam 2-3 orang dewasa kalau katil digabungkan tau. Malam tu, kali berdua suami isteri tidur satu katil aje sebab katil Super Single.

Selain daripada tu,  ada juga working space, ye lah kot ada kerja yang perlu diselesaikan secara segera. Tapi dah vacation, tak payah la buat kerja ya. Then boleh lepak minum-minum teh sambil layan permandangan luar.



 

Kelengkapan diri saya boleh cakap semua lengkap. Senang kata kalau datang sini memang jimat banyak ruang dalam beg sebab banyak barang dah disediakan. Antaranya:

- Tuala, gel mandian, syampu, perapi rambut,
- Berus gigi, shower cap, sikat, beg sanitari,
- Teh, kopi, gula dan creamer,
- Pengering rambbut, seterika dan sejadah (boleh request telekung).



Dah penat-penat dengan telematch dan jalan-jalan pusing resorts petang tu, malam mesti la wajib rendamkan badan dalam bath tub. Tak lama pun nak isi penuh tub sebab air laju, panas pula tu. Dah habis tu, campak Lush punya bath bomb yang adik saya bagi dari UK. Layan.

Lepas bath tub, boleh layan movie daripada program Satellite TV dia.


Terengganu kan berada di Timur Malaysia, Timurkan tempat matahari naik. Jadi walaupun dah pukul 7 pagi, korang masih lagi ada peluang untuk tengok matahari naik. Seriously cantik, dengan belakang tu cahaya kuning dia.

Bak kata Sis Ellie, "A place where you'll never see the sun sets.".


Fasiliti

Kalau datang ke Resorts World Kijal, tak payah takut bosan. Punyalah banyak aktiviti yang korang boleh buat kat sini secara percuma atau dengan harga yang sangat berbaloi. Kalau taknak buat apa-apa aktiviti boleh ke kolam renang atau jakuzi.

Tahu tak, kolam renang di sini merupakan kolam mandi yang terbesar di Terengganu. Disebelah kolam tu, ada 2 bahagian jakuzi khas untuk korang yang nak rehat-rehat. Nak sewa basikal pun ada. Lagi syok, siap ada pakej untuk main golf lagi.






Selain daripada tu, yang jenis tak boleh miss hari gimnasiuum, boleh ke gimnasium yang disediakan. Masuk kesana, memang boleh pengsan tengok kelengkapan yang deorang ada. Dahla percuma untuk orang yang datang stay kat sana.

Banyak lagi aktiti percuma yang ada disekeliling resort ni. Ada bilik aktiviti kanak-kanak, pingpong, congkak, mencanting batik, human chess, giant snake ladder dan gelanggang takraw/ badminton dan tennis.



Restoran Makanan

Kalau sampai ke Resorts World Kijal dengan bas atau pengangkutan awam, jangan risau tentang nak makan. Disini sendiri ada dalam 4 restoran makanan siap dengan mengikut bajet korang. Nak makan sarapan, makan tengah hari, makan malam sampai ke minum petang semua ada.

Untuk sarapan dah jimat sebab korang boleh pakai aje baucar untuk 2 orang yang korang dapat di Restoran Kampong Meraga Beris. Menu makanan kat sini standard ikut menu hotel. Di sini juga korang boleh makan tengah hari secara buffet.

Antara menu makanan sarapan pagi.

 



Kalau jenis datang secara berkumpulan atas ada family day ke apa, boleh buat tempahan di Restoran D' Atas Kampong. Kat sini menu dia lain sikit daripada Meraga Beris tadi dan korang juga boleh mintak menu apa yang korang prefer.


Makan malam pula, boleh makan di sebuah restoran di kawasan resort, Restoran Oasis Beach Bistro. Restoran ni best sebab tepi laut je, sambil makan sambil layan angin laut dan live band. Suami belanja makan candle light dinner untuk makan malam. Special sangat :)

Hidangan BBQ kat restoran ni memang sedap. Macam-macam jenis hidangan ada. Daripada ayam, steak, sotong, sampailah ke ikan laut yang susah nak jumpa di BBQ ke steamboat pun ada. Dengan banyan pilihan pencuci mulut lagi. Tak kenyang tak tahu lah.

Alang-alang malam kami pegi tu ada juga macam karnival Mid-Autumn Festival, dengan bulan penuh tu, sempat juga kami lantern (ntahlah lantern dalam Melayu panggil apa).




Overall memang puas hati datang staycation walaupun masa singkat macam ni. Datang sini banyak benda boleh buat dan semua santai je itu yang seronok. Banyak masa tu kami berdua habiskan dengan berborak untuk lebih mengenali lagi.

Sebabkan dah lama tak holiday, jadi kami perlukan cuti kejap macam ni untuk lari dari kesibukan kerja di Kuala Lumpur. Datang tengok laut macam ni hilang terus sakit kepala. Detoks daripada kesibukan kota. Korang pun datanglah jugak.



Untuk korang yang nak tahu tentang harga dan pakej yang kami ambil semasa ke Resorts World Kijal sekali dengan lawatan tengok penyu (ikut musim), kat bawah ada harga dia. Ataupun korang boleh je telefon mereka untuk info lanjut.

Pakej Penyu Laut 3hari 2malam (RM682 sebilik/semalam untuk 2 orang, sah untuk lawatan dari 1-30 September 2018), di mana mereka boleh frolik di pantai di siang hari dan terus berjaga-jaga demi penyu di waktu malam.

Harga bilik Premier Room - Sea View: RM 500.00+

 Resorts World Kijal
KM28, Jalan Kemaman-Dungun,
24100 Kijal, Kemaman, Terengganu
Contact: 09-8641188
Website: www.rwkijal.com

With love,

Post a Comment

2 Comments

Syaza Redzuu said…
hehehe kemain kan short vacation! sekali sekala boleh relakskan diri.

Meh la visit blog: www.syazaredzuu.com

Done follow blog awak! hehe
Illya LeYa said…
Menarik dan sangat cantik pemandangan di Resort World Kijal. Okay...next vacation boleh ajak Mr. Otomen ke sini..😁😁

FOLLOWERS