Systema Advance Lancarkan Ubat Gigi Anti-Plak

 Hai korang,

Semua orang tahu betapa pentingnya kebersihan dan penjagaan kesihatan mulut dan gigi tapi tak semua yang nak jaga kesihatan mulut mereka. Masa kecil dulu, mama mesti akan bawa kami adik beradik ke klinik gigi sekurangnya 3 bulan sekali.

Walaupun tiada masalah. Dah besar ni, punya lah liat nak ke klinik gigi. Sampai masa sakit gigi baru rasa nak jumpa doktor. Thank you mama sebab jaga kami :)

Kempen "Save Your Gums, Save Your Teeth" yang dijalankan adalah hasil kerjasama oleh Systema, Program Kesihatan Oral, Kementerian Kesihatan Malaysia, Malaysian Society of Peridontology dan Universiti Teknologi MARA. 




Kempen ini diadakan untuk meningkatkan lagi tentang kesedaran rakyat Malaysia dalam penjagaan gigi dan gusi. Kementerian Kesihatan Malaysia tahu ramai orang tak tahu, selain daripada gigi, gusi pun penting untuk dijaga.

Kempen ini juga turut diadakan untuk menyokong National Oral Health Plan of Oral Health Programme 2011-2020 yang dimana mereka ada 3 sasaran untuk dicapai:

1) 50% yang berumur 16 tahun mempunyai gusi yang sihat;
2) 0% yang berumur 35-44 tahun adalah edentulous (masih mempunyi gigi);
3) 60% yang berumur 60 tahun dan keatas masih mempunyai sekurang-kurangnya 20 batang gigi.


Semasa Kempen "Save Your Gums, Save Your Teeth" tempoh hari, sempat juga saya check samada gusi dan gigi saya ni sihat atau pun tak. Mana tahu, kalau ada masalah, tahu lebih awal boleh halang masalah lagi teruk.

Cara dia senang je sebenarnya. Nak semak gusi sihat hanya perlu tengok sendiri di cermin je. Kalau gusi korang nampak merah sangat, ada nanah atau senang berdarah tu, baik pergi jumpa doktor gigi terus. Kalau setakat berdarah sikit semasa gosok gigi tu normal ya.


 

Dah tahu gusi saya sihat, kemudian, saya semak pula kesihatan gigi. Masa sekolah dulu selalu lah ada kementerian kesihatan datang buat kempen disekolah, bila dah besar jarang sangat jumpa doktor gigi. Time ni lah nak tahu gigi sihat ke tak.

Mereka gunakan benda biru ni untuk tengok plak di gigi. Makin terang biru, maksudnya banyak lah plak. Banyak juga plak kat gigi saya rupanya. Misi tu cakap sebab kita banyak makan makanan yang berminyak dan bergula, atau teh dan kopi.

Memang segan nak buat test macam ni depan orang lain, tapi kalau tak check, tak tahu kan. Kadang-kadang kita nampak gigi bersih elok je, tetiba ada masalah lain.


 

Nak buang plak mudah je, gosok je gigi. Tak payah kuat-kuat, pelan je sebab plak tu lembut je sebenarnya. Sebab tu disarankan untuk gosok gigi selepas makan untuk buang plak.

Sebelum tidur pulak, barulah gunakan ubat gigi untuk buang bakteria dan lebihan makanan yang melekat di celah gigi. Sebab itulah pentingnya pemilihan berus gigi yang betul dan sesuai untuk bentuk mulut dan gigi.

Cara gosok gigi pun penting. Gosok gigi ikut alur bentuk gigi dan jangan kuat sangat nanti boleh terhakis gigi. Semasa gosok, penting juga untuk gosok/ urut gisu supaya gusi sihat dan jangan lupa untuk gosok lidah juga.

 


Alang-alang Systema nak lancarkan ubat gigi yang baru, bagus sangat mereka anjurkan kempen kesedaran penjagaan mulut dan gigi. Tahniah saya ucapkan sebab berjaya melancarkan ubat gigi anti-plak yang pertama di Malaysia.

Ada 3 cara teknologi ubat gigi anti-plak ini berfungsi.

1) TDS yang memusnahkan plak supaya senang dibuang.
2) IPMP yang menembus kedalam plak dan gusi gigi untuk membunuh 99.9% bakteria.
3) GK2 untuk meredakan ketidakselesaan gusi.


Ubat gigi Syetema Advance Anti-Plaque Toothpaste didatangkan dengan 3 variasi:

1) Extra Gum Protection: 
Untuk korang yang pentingkan penjagaan gusi. Sesuai untuk mereka yang ada masalah gigi tak sama dan yang nak jaga gusi. Ada rasa peppermint dan spearmint untuk bagi mulut rasa sejuk dan segar.

2) Deep Cleaning Whitening:
Sesuai untuk korang yang suka minuk kopi dan teh sebab ada efek putihkan gigi. Juga ada rasa mint sejuk dan bijik particle dalam ubat gigi ni untuk kebersihan maksima.

3) Extreme Clean Breath: 
Ada double mint flavour sesuai sangat untuk mereka yang ada masalah mulut berbau. Lepas gosok gigi pun masih terasa fresh menthol dia untuk nafas yang kekal segar.


Harga ubat gigi Syetema Advance Anti-Plaque Toothpaste: RM12.55



Till then,

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS