Sparty (Spa-Party) Dengan Penta Series Ogos 2020

Hai dan Asslamualaikum korang!

Selalukan dengar orang cakap tentang kecantikan luaran dan dalaman sebab penting sangat menjaga kecantikan dalaman selari dengan kecantikan luaran. Kecantikan dalaman ni banyak, antaranya kesihatan mental.

Haritu saya ke "Sparty Penta Series", sebuah event kecantikan dalaman yang dianjurkan oleh Depression Wellness Project dengan kerjasama Furqon Wellness, Seri Spa, Kembara Kumbang dan Digital Nomad Malaysia yang ditaja oleh Penta Harvest International.
 
"Sparty" diambil daripada perkataan spa dan party. Jadi event ini memang samtai dan lebih kepada sharing session. Disebabkan mama saya pun sangat mementingkan tentang kesihatan dalaman dan mental, saya pun ajak mama untuk ke sesi sharing Sparty ini.




Acara ini diadakan di RUANG, USJ. Untuk menjaga jarak sosial dan SOP, maka hanya lebih kurang 20 orang peserta sahaja yang dapat peluang untuk sertai sesi kecantikan ini.

Sesi Sparty kali ini adalah bertopik: Physically & Emotionally Fit. Penting sebenarnya untuk kita tahu dan kenal dengan kesihatan fizikal dan mental kita. 
 
Bukanlah jenis sakit mental yang sampai masuk hospital tu, tapi kesihatan mental ni termasuklah stress, cara kita kawal diri dan pemikiran dan banyak lagi. Emosi juga berkait rapat dengan fizikal dan pemakanan kita, sebab itu fizikal dan emosi perlu sihat.


 

Ramai juga peserta yang ada kat sini, nasib baik peserta yang datang dah tempah tempat duduk masing-masing. Untuk sesi kali ini, peserta dikehendaki untuk membayar wang pendaftaran sebanyak RM20 sahaja. Kalau tak lagi mahal, tapi sebab Penta Harvest dah sponsor sikit.



Panel yang dijemput bukan calang-calang orang. Dr. Nor Halwani Habizal, Cardiologist Consultant dari Hospital Serdang dan Siti Syahida Jamalludin, Psychologist, Psycology Islamic Centre yang membincangkan tentang "Physically & Emotionally Fit".

Dr. Nor Halwani Habizal merupakan Konsultant Kardiology atau perkataan mudah, seorang Konsultant Jantung dari Hospital Serdang. Sharing daripada Dr Halwani, ramai orang yang dapat sakit jantung ini tak tahu pun tentang simptom kecil yang mereka alami.

Ramai juga yang tak tahu yang selain daripada pemakanan, banyak lagi faktor yang boleh mempengaruhi kesihatan jantung. Antaranya ialah kesihatan mental, stress dan gaya hidup yang tidak aktif. Kami juga dibekalkan dengan self-diagnose untuk jantung :)



Puan Siti Syahida Jamalludin merupakan seorang ahli Psychologist & Psychology di  Islamic Centre. Menurut perkongsian beliau, memang ramai kes di Malaysia ni yang mereka tak sedar tantang kepentingan kesihatan mental dan kebanyakannya tak tahu pun yang mereka ada masalah.
 
Antara sebabnya adalah, mereka tak tahu macam mana nak buat semakan atau segan nak berjumpa dengan pakar untuk masalah mental mereka. Sebab ye lah kadang-kadang orang ingat stress itu perkara biasa, padahal kalau teruk boleh menyumbang kepada banyak masalah mental. 


 Pada sharing kali ini, kami masing-masing diberikan kertas ujian Anxiety and Stress Scale 21 (DASS 21) merupakan 3 set soalan ujikaji sendiri yang akan melihat tahap kesihatan emosi termasuklah depresi, anxiety dan stress seseorang.
 
Set soalan ini mudah dah boleh diambil sendiri oleh mereka yang nak tengok tahap kesihatan mental mereka. Jadi kalau korang ada masalah, jangan malu untuk berjumpa dengan pakar physhology yang diperakui untuk membantu korang.


Seronok sharing session ini sebab banyak peserta yang aktif bertanyakan soalan. Mama dan saya pun tak melepaskan peluang untuk bertanyakan soalan sebab topik forum macam ni memang jarang orang buat di tempat lain.

Lagi seronok, siapa yang tanya soalan siap dapat free gift daripada Penta Series. Itu yang ramai juga nak mula tanya soalan masing-masing. Soalan pun kemain advance daripada apa yang saya fikir, tapi panel chill je jawab.


Lepas habis sesi sharing bersama dengan panel jemputan, boleh pun makan tea-time yang disediakan. Sedap katering yang deorang pakai, walaupun makanan ringan sebab tea-time tapi sedap dan sesuai la dengan tema sparty.

Dah habis makan kenyang, ada sesi mini kuiz bersama dengan Penta Harvest. Sesi ni deorang kongsikan tentang produk dan kebaikan produk mereka. Bagus juga saya tengok sebab pertama kali nampak ada produk kecantikan yang berasaskan sarang burung.



Dah habis sesi mini kuiz tu, akan ada sesi facial menggunakan produk daripada Penta Series. Yang menariknya, dalam goodie bag yang kami dapat awal acara tadi, dalam tu ada set spa untuk setiap orang. Baguslah sebab ada sendiri, bersih patuh SOP non-sharing.

Antara produk yang kami cuba semasa sesi facial ini adalah: PENTA 2in1 Antioxidant Cleansing Mousse, PENTA Rehydrating & Lightening Tonic Lotion, PENTA Cell Energizing & Revitalizing Cream dan PENTA Shaping & Lifting Serum.



Akhir sekali, saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur dan panel jemputan sebab buatkan forum harini sayang berinformasi dan seronok. Tak dilupakan juga kepada Kak Fie yang menjemput mama dan saya untuk join.

Terima kasih bebanyak kepada Dr. Nor Halwani Habizal dan Puan Siti Syahida Jamalludin sebab banyak bagi input yang menarik dan berilmu untuk dibawa ke dalam kehidupan seharian. Banyak info yang mereka kongsi ini sangat bagus untuk dipraktikkan dalam seharian.



With love,

Post a Comment

1 Comments

Misya said…
Bagus event2 camni sesekali join dapat byk manfaat dan ilmu. Jemput join my GA. :) http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html

FOLLOWERS