Yoodo 2021 Kolaborasi Bersama Moonton & RSG MY

Hello korang!

Yoodo merupakan telco yang semakin meningkat naik saban hari didalam industri esukan. Pengguna Yoodo suka dengan jenama telko ini sebab dapat ubah dan sesuaikan data mengikut penggunaan. So tak adalah membazir data tak terpakai.
 
Penting juga untuk Yoodo mengikut perkembangan generasi kini yang semakin melangkah ke alam digital, termasukkan kedalam bidang esukan dan mobile. Sebab itulah Yoodo merupakan jenama telko yang terbaik.
 
Saya sempat menyertai perjumpaan Zoom bersama dengan Yoodo untuk mendengar pelan mereka pada tahun 2021. Acara Zoom pada kali ini menyaksikan Yoodo berkolaborasi bersama dengan Moonton dan RSG MY untuk 3 permainan mobile terbesar di Malaysia.


Kerjasama Yoodo & Moonton 2021

 

Pada tahun lepas, Yoodo telah berkolaborasi bersama dengan Moonton untuk membawakan pertandingan dan kejohanan MLBB untuk Season 5 dan Season 6, Professional League untuk Malaysia dan Singapura (MPL MY/SG S6).
 
Tahun ini, Yoodo sekali lagi berbesar hati untuk menaja 4 pertandingan besar MLBB iaitu:

 

1) MPL Season 7 (5 Februari - 2 Mei 2021)
2) MSC/MPL Invitational (Jun - Julai 2021)
3) MPL Season 8 (16 Julai - 17 Oktober 2021)
4) M3 2021 (November - Disember 2021)

 


 

Yoodo & Resurgence MY (RSG)
 
Yoodo dan Resurgence MY (RSG), sebuah organisasi esukan terkemuka di Malaysia telah bekerjasama membentuk pasukan baru untuk permainan esukan Call of Duty: Mobile (CODM) dan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB).



Yoodo x RSG Mobile Legends: Bang Bang (MLBB)

Yoodo mengumumkan kerjasama strategik bersama dengan RSG MY dengan mengumumkan penubuhan pasukan esukan MLBB, Yoodo RSG MLBB yang terdiri daripada pemain yang berbakat; Logan (Abdul Wandi), Leixia (Ahmad Ali Huzaifi), Zaraki (Jamil), Rush (Herwin), Kaizer (Isme Haqeem), Lolealz (Ealtond Rayner), dan Syno (Mohamad Amir Afdhal).
 

Yoodo x RSG Call of Duty: Mobile
 
Selari dengan permainan esukan CODM yang semakin meningkat naik dalam kalangan pengguna telko di Malaysia, Yoodo bekerjasama dengan RSG MY dengan memperkenalkan pasukam CODM, Yoodo RSG CODM.

Pasukan Yoodo RSG CODM diketuai oleh pemain berbakat besar RanGer (Abdul Hakiem) yang telah memenangi banyak pertandingan dalam dan luar negara sepanjang 3 tahun lepas. Pemain lain yang akan menyertai RanGer adalah; Edz (Farris Rauf), AlphaRe (Muhammad Azri), Raven (Ameer Imran) dan Derp (Muhammad Irfan Danial).


Update PUBG Mobile- Yoodo Gank
 
Yoodo Gank, pasukan esukan PUBG Mobile yang diasaskan pada tahun 2019 merupakan pasukan Malaysia yang pertama yang pernah memenangi PUBG Mobile Pro League (PMPL) Southeast Asia (SEA) 2020.
 
Yoodo Gank, mengumumkan barisan pemain yang baru untuk tahun 2021; Wrydep (Azim Haris), Putra (Fairul Iskandar Putra), dan Bravo (Lokman Hakim) yang juga disertai dengan pemain siri lepas, Draxx (Abdul Azim Ikromi) dan kapten pasukan, ManParang (Aiman Amirul).
 
  
 Yoodo Gank juga merupakan salah satu diantara pasukan esukan PUBG Mobile yang terbaik di Malaysia. Harapnya dengan barisan pemain yang baru ini dapat memberikan nafas yang baru serta dapat meneruskan kejayaan legasi mereka.
 
Atas bimbingan jurulatih pasukan, Hahagus, mereka telah menunjukkan perkembangan positif dari segi komitmen dan keserasian diantara pemain baru dan lama. Semoga berjaya diucapkan kepada Yoodo Gank!
 

 
 
Till then,

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS