20 Hotel Lokasi Berbuka Bufet Ramadan di Selangor 2021

Salam Ramadan Mubarak, 
 
Dengan kedatangan bulan suci Ramadan, ramai lah yang akan pening nak buat pilihan untuk berbuka. Ada yang pilih untuk berbuka dengan masakan rumah, ada yang berbuka dengan makanan di bazar Ramadan dan ada juga yang pilih untuk berbuka di luar.
 
Dibawah, saya senaraikan 20 lokasi hotel dan 2 lokasi bonus untuk berbuka puasa sempena dengan bulan Ramadan pada tahun 2021 di Selangor siap dengan harga untuk rujukan korang. 
 
Khas untuk korang yang mencari untuk berbuka puasa di hotel di kawasan Puchong, Petaling Jaya, Bangi, Subang, Klang, Shah Alam, dan bonus di Putrajaya dan Sepang, Selangor.

 
-20 Hotel Lokasi Berbuka Bufet Ramadan di Selangor-
 
 LOKASI BERBUKA BUFET RAMADAN DI PUCHONG
 
(1) Four Points by Sheraton Puchong
Alamat: 1201, Tower 3, Puchong Financial Corporate Ctre, Jalan Puteri 1/2, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor.

The Eatery, Four Points by Sheraton Puchong menyakikan hidangan bufet bertema Tradisi Warisan bermula 13 April hingga 12 Mei 2021. Harga: RM 145/dewasa dan  RM72.50/kanak-kanak. Ada juga set pesanan istimewa Briyani Kambing: RM18 dan Briyani Ayam: RM13 setiap set.
 
 
(2) Hilton Garden Inn Puchong
Alamat: Jalan DM2, Desa Millennia, 47150 Puchong, Selangor.

Hotel yang terletak berdekatan dengan IOI Mall Puchong ini turut menyajikan bufet ramadan pada harga harga RM 88/dewasa dan RM 44/kanak-kanak. Tetamu boleh menikmati juadah berbuka puasa Selera Warisan Bonda bersama yang tercinta di restoran The Garden Grille. 


 LOKASI BERBUKA BUFET RAMADAN DI PETALING JAYA
 
(3) One World Hotel
Alamat: First Avenue, Bandar Utama City Centre, 47800, Selangor.

Cinnamon Coffee House di One World Hotel, merupakan salah satu restoran bufet terbaik di Petaling Jaya yang wajib korang cuba! Dengan tema Meriah Kembali, mereka menawarkan lebih 100 sajian dengan aneka pencuci mulut. Harga: RM158/dewasa, RM79/ kanak-kanak.

 
(4) Eastin Hotel Kuala Lumpur
Alamat: Pusat Dagang, 13, Jalan 16/11, Seksyen 16, 46350 Petaling Jaya, Selangor.

Hotel ini menawarkan menu utama Kambing Panggang bersama Nasi Arab, Sup Gearbox Berempah, serta Nasi Lemak Kukus Daun Teratai. Ada juga pilihan menu special seperti Rendang Rusa, Ikan Patin Kukus Asam Limau, Masakan Kawah, Apam Balik Durian, aneka Asam Pedas dan banyak lagi!


(5) Royale Chulan Damansara
Alamat: 2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.
 
Sepanjang bulan Ramadan, Royale Chulan Damansara akan menyajikan bufet Citarasa Nusantara Ramadan Buffet dengan lebih dari 150 hidanngan asli. Harga: RM 118/dewasa, RM88/warga emas, RM68/kanak-kanak, RM 98/para frontliners.
 
Selain itu, solat terawih akan diadakan pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad bersama Da’i Muhammad bagi mereka yang berbuka puasa di Royal Chulan Damansara.
 
 

 LOKASI BERBUKA BUFET RAMADAN DI BANGI
 
(6) Tenera Hotel 
Alamat: Persiaran Kemajuan, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
 
Hotel Tenera menawarkan Bufet Ramadan Tujuh Kawah yang menyajikan pelbagai menu kawah seperti kerutuk daging, rendang, kambing bakar, satay, kuih-muih dan banyak lagi. Harga: RM78/ Dewasa/RM78, RM48/ Kanak-kanak.
 
 
(7) Avenue Garden Hotel
Alamat: No.3, Pusat Perniagaan Bangi Avenue, Persiaran Bangi Avenue, Seksyen 2, Taman Bangi Avenue, 43000 Kajang, Selangor.

Bufet ramadan di Avenue Garden Hotel yang bertema Dari Dapur Cik Abang ini disediakan oleh pasukan chef yang pakar dalam masakan melayu asli. Buat tempatan awal sebelum 16 April 2021, korang boleh dapat harga: RM58/dewasa, RM48/ kanak-kanak.



 LOKASI BERBUKA BUFET RAMADAN DI SUBANG
 
(8)  Dorsett Grand Subang Hotel
Alamat: Jalan SS 12/1, Ss 12, 47500 Subang Jaya, Selangor.

BerIftar di The Emperor, Dorsett Grand Subang Hotel menawarkan menu berbuka puasa bermula dari 16 April hingga 12 Mei 2021, daterbahagi kepada dua set iaitu Santapan Mubarak dan Santapan Barokah. Sup Gearbox turut ditawarkan sebagai juadah berbuka puasa dengan harga RM 55. 
 
Korang juga boleh bersedekah melalui Sedekah Iftar @ RM18 yang untuk satu set makanan. Boleh hubungi nombor yang ada dibawah ya.
 

(9) Empire Hotel Subang
Alamat: Jalan SS 16/1, Ss 16, 47500 Subang Jaya, Selangor.
Dewasa: RM55, Kanak-kanak dan warga emas: RM45.
 

(10) Holiday Villa Hotel Subang
Alamat: 9, Jalan SS 12/1, Ss 12, 47500 Subang Jaya, Selangor.

Dengan lebih daripada 50 hidangan yang disajikan di bufet ramadan Holiday Villa Hotel, bufet ini akan berlangsung selama sebulan bermula 13 April 2021. Harga: RM88/ dewasa, RM55/ warga emas, RM44/ kanak-kanak.
 


(11) Geno Hotel
Alamat: Jalan Subang Mas, Taman Subang Mas, 47620 Subang Jaya, Selangor.

Bufet Tradisi Ramadan akan bermula 16 April 2021 sehingga 9 Mei 2021 di Geno Hotel. Korang boleh nikmati pelbagai hidangan di hotel ini dengan harga: RM88/ dewasa, RM55/ warga emas, RM40/ kanak-kanak.
 

 
  LOKASI BERBUKA BUFET RAMADAN DI KLANG
 
 
(12) Wyndham Acmar Klang Hotel
Alamat: No. 1-G-1, Persiaran Bukit Raja 2/KU1, Bandar Baru Klang, 41150 Klang, Selangor.

Nostalgia Kampungku menjadi tema kepada Wyndham Acmar Klang Hotel untuk tahun ini dengan menyajikan anda hidangan-hidangan nostalgia yang pastikan membuatkan anda menjilat jari! Terdapat pelbagai masakan Melayu tradisional yang melazatkan serta aneka kuih untuk dijamah bersama keluarga dan sahabat handai. T Cafe merupakan lokasi untuk berbuka puasa dan tentunya diiringi dengan masakan langsung daripada chef-chef yang berbakat. Senarai harga adalah RM 138 seorang untuk dewasa, RM 100 untuk warga emas dan RM 84 untuk seorang kanak-kanak. 
 

 
(13) Première Hotel
Alamat: Bandar Bukit Tinggi 1/KS6, Jalan Langat, 41200 Klang, Selangor.
Dewasa: RM100, Kanak-kanak dan warga emas: RM75.
 
 
 
 LOKASI BERBUKA BUFET RAMADAN DI SHAH ALAM:

 
(14) Mardhiyyah Hotel & Suite 
Alamat: No 5, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.

Mardhiyyah Hotel & Suites menampilkan tema Bufet Antarabangsa yang menawarkan aneka pilihan masakan utama berasaskan pilihan tempatan. Selain itu, terdapat barisan gerai yang menampilkan konsep yang berbeza. 
 
Harga: Dewasa/RM99 dan pembelian 10 orang dengan harga RM990 layak mendapat 1 baucar penginapan di Bilik Deluxe  selama 2 hari 1 malam. Selain itu, tetamu juga dapat menikmati alunan bacaan ayat suci Al-Quran dan boleh menunaikan solat Maghrib dan solat terawih di hotel ini. 
 
 
(15) Pegasus Hotel Shah alam
Alamat: Jalan Pahat L 15/L, Dataran Otomobil Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor.

Hotel yang mewujudkan konsep moden serta seni retroturut menawarkan menu bufet Ramadan. Hotel Pegasus turut menawarkan hidangan istimewa setiap hari iaitu kambing bakar, sate ayam dan daging. Harga: Dewasa/ RM88, Kanak-kanak/ RM44.  

 
(16) The Saujana Hotel 
Alamat: Jalan Lapangan Terbang Subang, Saujana, 40150 Shah Alam, Selangor.
 
Jelajah Selera Ramadan merupakan tema bufet ramadan bagi The Saujana Hotel. Bufet ramadan ini menawarkan lebih daripada 120 sajian yang merangkumi hidangan tempatan mahupun antarabangsa. Bufet Ramadan boleh dinikmati di Charcoal’s Malaysian Style Grill Room. 
 

(17)  Acappella Suite Hotel
Alamat: No. 8, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.
 
Sempena ulang tahun ke-6, buka puasa di Acappella Suite Hotel RM60/ dewasa dan RM42 / kanak-kanak. Korang boleh datang bersama keluarga anda untuk menikmati juadah berbuka puasa yang sangat melazatkan!


(18) Concorde Hotel Shah Alam
Alamat: 3 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, 40100 Shah Alam, Selangor.

Chef Eksekutif Concorde Hotel Shah Alam, Chef Alham Ahmad Daldiri dan pasukan masakannya menawarkan rangkaian masakan tradisional Melayu yang menarik bermula 13 April 2021 sehingga 12 Mei 2021 yang bertemakan Juadah Iftar 2021 


(19) Best Western i-City Shah Alam
Alamat: A-GF-01 Golden Triangle, No. 6, Jalan Multimedia, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor.
 
Bufet Citarasa Warisan akan disajikan pada 15 April hinga 11 Mei 2021. Korang boleh dapat bufet dengan citarasa tempatan seperti Sup Gearbox, Kambing Bakar, BBQ, menu berasaskan daging yang dimasak lembut dan banyak lagi. Harga: RM 119/dewasa, RM 55/warga emas & kanak-kanak.
 

 
(20) Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie
Alamat: 1, Jalan Usahawan U1/8, Seksyen U1, 40250 Shah Alam, Selangor.
Dewasa: RM108, Kanak-kanak: RM65 nett


 
BONUS! 
LOKASI BUFFET BEBRUKA DI PUTRAJAYA & SEPANG, KLIA.
 
 
(21) Park Inn by Radisson (Sepang) Putrajaya
Alamat:  Persiaran Universiti, Taman Unipark Suria, 43000 Kajang, Selangor.
 
Park Inn by Radisson (Sepang) Putrajaya buat pertama kalinya menawarkan bufet ramadan. Dengan tema Sajian Ibunda Bufet, mereka menyajikan lebih daripada 100 hidangan asli selain daripada masakan tempatan dan antarabangsa. 
 
Bufet juadah berbuka puasa yang pelbagai sesuai dijamu bersama seisi keluarga dan sahabat handai ini bermula pada 16 April hingga 9 Mei 2021. Senarai harga adalah RM 78 seorang untuk dewasa dan RM 58 untuk kanak-kanak
 


(22) Sama-Sama Hotel KL International Airport
Alamat: Lapangan Terbang Kuala Lumpur, Jalan Cta 4b, Kuala Lumpur International Airport, 64000 Sepang, Selangor.

Korang yang tidak gemar dengan menu buffet, Sama-Sama Hotel KL International Airport menawarkan hidangan berbuka puasa secara ala-carte. Park & Dine at Piazza menyajikan pelbagai set makanan yang disediakan oleh pasukan chef yang diketuai oleh Eksekutif Chef Ahmad Farhan Noorzali. 
 


(23) Mövenpick Hotel and Convention Centre KLIA
Alamat: Kompleks Th Sepang, 10, Jalan Masjid Klia, 64000 Sepang, Selangor.
Dewasa: RM98, Warga emas: RM88, Kanak-kanak: RM49.

 
 
Entry ini diterbitkan dengan kerjasama:
Tousim Selangor
Website: www.selangor.travel 
Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!
 
 
Salam Ramadan,

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS