UPDATE Roket China Long March 5B 9/5/2021:
Roket China Long March 5B telah masuk atmosphere and jatuh di Laut India berdekatan dengan Maldives. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
It has been confirmed the rocket entered atmosphere and crashed in the indian ocean near the Maldives.
____________________________________
Hello korang,
Pada 29 April 2021, sebuah roket China, Long March 5B telah berjaya dilepaskan ke angkasa lepas dari Wenchang, China. Roket China Long March 5B merupakan satu misi membina International Space Station, yang diberikan nama Tianhe space
station.
Module Long March 5B ini akan menjadi lokasi untuk Chinese Space Station bila siap nanti.
Sebenarnya,
masa misi melancarkan pada 29 April 2021 tu tak ada apa-apa masalah. Memang masa core tu berpisah dengan roket selepas 492 saat, core tu ikut je orbit yang dah dirancang dan memang akan jatuh ke bumi selepas orbit tu.
Tapi tiba-tiba ada masalah yang terputus kawalan untuk kawal bahagian 'core' roket ni. Core Long March 5B dijangka akan masuk ke atmosphere pada lewat minggu ni (8-11 Mei 2021).
Apa itu Roket China Long March 5B?
Fakta Tantang Roket China Long March 5B
Kalau pada tahun 1998, module pertama
International Space Station yang dilancarkan adalah seberat 408 tan.
Long March 5B merupakan sebahagian daripada 11 misi untuk membina stesen
angkasa lepas Cina (China space station) yang dijangka akan siap pada
akhir tahun 2022.
Merupakan
sebuah roket kapal angkasa yang dibina sebagai model untuk buat stesen
angkasa lepas untuk negara Cina. Roket China Long March 5B yang
berbentuk huruf-T ini dianggarkan seberat 60 tan, kira ringan la untuk
kategori space station.
Tengok live Roket China Long March 5B:
Anggaran dimana Roket China Long March 5B akan jatuh dan live update lokasi Roket China Long March 5B secara live.
Roket China Long March 5B Akan Jatuh Dimana?
Persoalannya adalah, dimana Roket China Long March 5B akan jatuh?
Sampai sekarang (8/5/2021 - 11PM - Waktu Malaysia) kita tak tahu dimana dah bila Roket China Long March 5B akan jatuh. Nanti bila Roket Long March 5B dah masuk atmosphere baru boleh agak lokasi dah masa dimana dia akan jatuh.
Mengikut pemerhatian, deorang cakap kebarangkalian roket China Long March 5B akan jatuh di atas banggunan atau timpa manusia adalah tipis, so InshaAllah tak ada masalah.
Harap-harap Roket China Long March 5B jatuh ke dalam laut supaya semua selamat. Sebelum ini kalau ada misi kapal angkasa, memang kebanyakan negara akan jatuhkan kedalam laut.
Kenapa sukar nak ramal lokasi dimana Roket China Long March 5B akan jatuh?
Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Azlikamil Napiah berkata, ketidakpastian ramalan lokasi re-entry adalah sangat besar disebabkan perubahan kadar ketumpatan lapisan atas atmosfera, sifat fizikal objek seperti jisim dan komposisi bahan, serta lokasi dan kelajuan objek itu.
"Ramalan terkini bahawa re-entry roket Long March 5B milik China akan jatuh ke bumi adalah pada 7 Mei jam 9.34 pagi sehingga 9 Mei jam 3 petang waktu Malaysia.
"Sisa roket masih mengorbit dan semakin menurun menghampiri re-entry zone. Status ketinggian terkini bagi roket pada hari ini ialah pada ketinggian (dari paras laut) 198.3 kilometer (km) manakala ramalan lokasi re-entry ialah antara latitud 41.5° Utara dan latitud 41.5° Selatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
"Bagaimanapun, sebahagian besar serpihan akan musnah terbakar di atmosfera dan berkecai menjadi serpihan-serpihan kecil. Hanya serpihan yang tidak terbakar sepenuhnya saja yang akan jatuh ke bumi," katanya.

SUMBER:
Till then,
Zayani Zulkiffli.
1 Comments
bila da lepas Malaysia tu legaa. alhamdulillah jatuh kat laut..