Raya 13 Mei 2021 (1 Syawal 1442 Hijrah)

Assalamualaikum dan Salam Syawal.
 
Tak lambat lagi Faeez dan saya, Zayani nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Kami berdua minta ampun dan maaf kalau sepanjang korang yang kenal kami, ada terkasar bahasa, terlajak bicara, terkutuk tanpa sengaja dan semua yang kami tak sedar salah dan silap.
 
Raya kan sebulan, kecuali tahun 2021 ni kita semua raya kat rumah aje kan. Tahun ni juga pertama kali saya tak buat kuih raya sebab oven tetiba pulak boleh rosak. Tahun ni pun Raya dalam PKP 3.0 lagi.
 
Sebenarnya baju raya ni saya beli sebelum mula puasa haritu, sebab takut nanti lambat sampai atau habis stock lah apa. Dapatlah beli 3 pasang, dengan 1 pasang extra untuk wedding sepupu yang tak pakai lagi, tapi ended up tak jadi beraya. 
 
Pakai 2 baju ni pun untuk bagi cukup syarat nak bergambar saja. Okay lah ada kenangan beraya tahun 2021, tahun lepas saya dah pakai baju Raya recycle dari tahun sebelum itu. Kalau tahun ni tak ada baju raya juga, mahu saya kemurungan. Haha.

| Hari Raya 1 |
 
👘 Asya Molek (Marbella)
👒 Bawal House: Code Felora Violet Plum3
👕 Baju Faeez: Baju recycle Raya tahun bila tah :D

Syawal 1 kami spent dengan video call (yang tak jadi) dengan family di Penang dan yang beraya di perantauan dan berphotoshoot di rumah dan juga depan rumah. Then singgah kejap beraya dengan keluarga mertua yang 5 minit dari rumah. 
 
Mak mertua saya masak sup tulang, dan ayah mertua masak rendang. Sedap sampai bertambah-tambah. Lepas tu, seharian juga stay di rumah mertua sambil borak-borak dan main dart. Dalam petang macam tu baru kami balik.
 
 
 
Nasib baik juga adik saya, Zulaikha sempat balik stay dengan saya di Cheras sebelum deorang umumkan untuk PKP haritu. Kalau tak lagi kesian kena beraya sorang-sorang. At least, ni beraya lah dengan saya dan suami.
 

 
 
| Hari Raya Ke-3 |
 
👘 Kain beli di Padang, Indonesia: Then upah aunty kat Penang jahitkan.
👒 Tiff Scarves: Code Sage
👕 Baju Faeez: T-shirt dari HLA

Saya suka juga dengan baju raya warna peach ni, simple saja tapi bunga dia buat cantik. Nampak muda 10 tahun bila pakai. Haha. Alhamdullilah kami berdua sihat-sihat sepanjang PKP (sihat sangat sampai naik 5-6kg sorang), dah duduk rumah aje, dengan suami work from home.
 
 
Raya masa musim Covid ni lain daripada lain sebab dalam beg wajib ada face mask dan hand sanitizer. Saya memang kena bawa hand sanitizer sendiri sebab Faeez tangan dia sensitif dan allergy kepada alcohol. Pakai Bath & Body Works Pocketbac okay, wangi dan best.


Sedihnya tahun ke-3 tak beraya dengan family di Pulau Pinang. Lama sangat tak jumpa dengan tok dan wan. Nasib baik haritu masa boleh merentas negeri sekejap tu ada la juga family datang ke rumah saya di Selangor untuk melawat.

Tak apa lah (pujuk diri), saya harap tahun depan ada rezeki nak beraya dengan family belah Penang pulak. Rindu nak jalan-jalan cari makan dan jumpa family kat utara, lama sangat dah tak balik. Cepatlan kes Covid kat Malaysia hilang.
 

 Tak dapat beraya pun takpe lah, asal dapat edit gambar family penuh untuk buat "kad Raya". Tahun ni pun tak semua adik-adik saya beraya dengan Abah dan Mama di Penang. Adik ke-3 stuck kat Kuala Lumpur sebab kerja, dan adik perempuan bongsu tersesat di universiti di Perlis.

Saya dulu sebelah kahwin pernah juga merasa pengalaman beraya di perantauan masa sambung belajar di Puwarkarta, Jawa Barat, Indonesia masa tahun 2013 dulu. Masa tu siap nangis-nangis masa video call, dahla baju Raya pun tak bawak. Sad tapi kelakar. Haha
 
 
 
Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

13 Comments

ejulz said…
Salam Aidilfitri :)
Nova Leeza said…
Selamat Hari Raya Aidilfitri Zayani, semoga kekal bahagian hingga ke Jannah. Tema baju kami tahun ni pun purple. :)
Bae Roslan said…
selamat hari raya yani, maaf andai ada salah silap, tahun kedua tak dapat beraya di penang, tapi takpa la janji kita semua selamat dari covid
Rawlins GLAM said…
Rawlins hanya duk rumah sepanjang raya hingga now. Yang bestnya, ada jemput beraya sama pada 1st day raya tapi tak pergi sebab takodddd
Faeez Azmi said…
Ada dua pasang baju raya tak pakai lagi ni hehe.. Best activity ever time Raya dalam PKP.
irrayyan said…
Selamat hari raya yani..sama lah kita tak dapat raya dengan mak abah kat kedah..2x raya 2x postpone jumpa mak abah yg dah tua...harap dapat la rentas negeri cepat cepat
Sis Lin said…
Selamat hari raya.. tahun ni seminggu sebelum raya dah siap semua, ingat boleh raya, last tersadai haaa dalam lemari huhuhu..
Tgk gambo raya ni, teringat plak, belum up gambo raya kat blog sendiri hahahaha
Ruby said…
Selamat Hari Raya Aidilfitri Zayani. Maaf Zahir & Batin! Semoga terus berbahagia bersama keluarga tercinta. Walaupun beraya dalam norma baharu. Kita kena cuba sesuaikan diri. Yang penting, raya tetap raya. Meraikan 30 hari kita berpuasa dan 1 Syawal mesti bersama keluarga. Dr video call atau masih duduk serumah. Kita mesti gembira. Hehehe. 😍
Kitkat Nelfei said…
Selamat Hari Raya to both of you! Simple jer kan Raya tahun ni...hopefully next year boleh back to normal la... 🤗
edahyukarim said…
Selamat hari raya, Maaf zahir & Batin :)
Tini Alif said…
Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf zahir batin Zayani... cantik-cantik baju rayanya tu... kami sekeluarga, tahun ni baru beli baju raya, tu pun masa Ramadhan ke-25 baru beli online... alhamdulillah Ramadhan ke-28 semuanya sampai... tahun lepas recycle je baju raya tahun sebelumnya, malas nak terima kejutan masa tu... hehehehe...
Raya PKP... walaupun sedih tapi.insyaallah jadi kenangan yg X Akan dilupakan sampai bila-bila
Zharif Azis said…
Tahun nie memang serba serbi sederhana je beraya. Ambik gambar dgn family n makan2 sendiri. Satu kenangan raya yg xdpt dilupakan. Cepatlah pandemik nie berakhir

FOLLOWERS