Tonton Seleksi Asian Romance “SWEET ON” Secara Percuma Hanya di iQiyi

Hai korang!

Siapa kat sini peminat cerita romantik terutamanya drama dan filem dari negara Asia seperti dari Korea, China dan Malaysia? Selalunya dimana korang tonton drama kegemaran korang? Kalau saya, k-drama memang saya tonton dari iQiyi sebab ada banyak seleksi drama yang best-best.

Saya sempat menyertai pelancaran secara virtual untuk kempen Seleksi Asian Romance “SWEET ON” tempoh hari. Memang excited nak tahu koleksi drama terbaru dan seleksi drama yang telah disediakan untuk peminat drama romantis di iQiyi.

Tonton Seleksi Asian Romance “SWEET ON” Secara Percuma Hanya di iQiyi


Mulai daripada 20 Mei sehingga 7 September 2021, iQiyi akan menayangkan 7 drama baru romantis Cina yang akan mula ditayangkan di iQ.com. Seleksi drama baru ini akan ditayangkan bersama dengan lebih daripada 600 jam pilihan drama yang sedia ada di website dan aplikasi mobile.


Koleksi SWEET ON Originals dan Love Lessons mula ditayangkan pada 20 Mei hingga September 2021 dengan 12 jenis bahasa serta 10 bahasa tarjemahan termasuklah: English, Traditional Chinese, Simplified Chinese, Bahasa Indonesia, Bahasa Melayu, Vietnamese, Korean, Thai, Arabic, Spanish, Japanese (UI sahaja), Portuguese (UI sahaja).

Ia boleh ditonton melalui aplikasi di telefon mudah alih dan di laman sesawang dengan laman yang mesra pengguna termasuk menetapkan kelajuan tayangan, penetapan kualiti resolusi tinggi (1080p dan 4K) beserta 10 pilihan sari kata.

Banyak seleksi drama dan filem yang baru dan lama telah disusun didalam kempem SWEET ON untuk peminat filem dan drama romantis di iQiyi.com seperti: Story of Yanxi Palace, Love is Sweet, dan Backstreet Rookie.

Dah juga akan menampilkan 7 drama baru dibawah Original Chinese romance dramas: Moonlight, Make a Wish, Sweet Teeth, Forever and Ever, Love Under The Full Moon, The Day of Becoming You, First Love Again.


Tentang iQiyi International:

iQiyi International meraikan 520, yang juga merupakan Hari Valentine China, iQiyi membawakan dan melancarkan "SWEET ON tab", yang menampilkan pelbagai koleksi romantis dengan lebih daripada 600 jam drama dan filem Asian.

Di dalam koleksi kempen terbaru, SWEET ON termasuklah 7 drama Cina terbaru yang akan ditayangkan secara eksklusif di dalam siri romance Originals. 

Salah satu aktiviti menarik daripada SWEET ON, iQiyi International juga melancarkan LOVE LESSONS, sebuah kempen yang akan berlangsung selama 4 bulan yang akan menampilkan kolaborasi bersama dengan artis tempatan di laman sosial iQiyi Malaysia.




iQiyi: “SWEET ON” ASIAN ROMANCE 

iQiyi International juga memperkenalkan LOVE LESSONS, laman sosial khas untuk peminat-peminat drama romantik percintaan. Peminat dapat mengikuti kandungan eksklusif di laman sosial iQiyi Malaysia yang bakal menampilkan pelbagai petua dan tips.

Contohnya seperti: Tips untuk merancang temu janji terbaik dan banyak lagi. Menariknya, semua tips dan petua ini diambil dari drama dan selebriti kegemaran pada setiap minggu sepanjang kempen ini berlangsung.  



Senarai utama 7 + 1 (krama) Program Romantik Asia iQiyi

🌸 iQiyi SWEET ON | Moonlight - Drama pertama lakonan THE9's Esther yang merupakan ahli kumpulan girl's group terbitan iQiyi. 
🌸 iQiyi SWEET ON Original | Make a Wish
🌸 iQiyi SWEET ON Original | Sweet Teeth
🌸 iQiyi SWEET ON Original | Forever and Ever
🌸 iQiyi SWEET ON Original | The Day of Becoming You
🌸 iQiyi SWEET ON Original | Love Under The Full Moon
🌸 iQiyi SWEET ON Original | First Love Again
🌸 iQiyi Korean | My Roommate is a Gumiho


Paling excited adalah tayangan korean drama yang terbaru, My Roomate is a Gumiho. iQiyi telah menjadi laman web yang terawal untuk dapat hak tayangan kdrama ni. Selalunya kalau tengok kat website lain, mesti lambat, substitle pun lambat keluar.


Lagi best untuk kempen kali ini, beberapa drama Melayu turut akan ditayangkan di iQiyi.com. Lagi best, sebab kolaborasi bersama dengan Media Prima, iQiyi dapat menjadi laman web yang pertama yang dapat tayangkan drama ni dulu. 

Jadi maksudnya, korang yang peminat drama dibawah, boleh tengok awal episod drama Melayu ni dari iQiyi, untuk kalahkan penonton yang tengok di televisyen! Then boleh la bagi spoiler untuk deorang yang lambat tengok tu kan. Haha.

Drama Melayu baru yang akan ditayangkan di iQiyi.com:
🌸 Shakira (Lakonan: Janna Nick, Shukri yahya)
🌸 Mr Bibik (Lakonan: Saharul Ridzwan, Zara Sya)
🌸 Saat Kau Takluk Cinta Ini (Lakonan: Idris Khan, Intan Najuwa)



“SWEET ON” ASIAN ROMANCE COLLECTION 

Official Trailer: 💕SWEET ON💕 
7 Romance Chinese Dramas Are Coming Soon This Summer iQiyi


Ada drama dan filem di iQiyi yang korang boleh tonton secara percuma dan ada juga yang percuma untuk beberapa episod dan seterusnya kena bayar. Jadi boleh la dapat preview drama tu okay ke tak.

Untuk mereka yang berminat untuk langgan pakej bulanan dariapda iQiyi, berikut adalah harga langganan bulanan untuk iQiyi. Memang sangat berbaloi terutamanya untuk mereka yang peminat drama daripada negara Asia.



Tonton Koleksi “SWEET ON” Asian Romance  di iQiyi

Tonton drama kegemaran korang di iQiyi.com melalui aplikasi di telefon mudah alih atau di laman sesawang yang mesra pengguna dan dengan penetapan kualiti resolusi tinggi (1080p dan 4K) serta lebih daripada 10 pilihan sari kata.


iQiyi Malaysia
Facebook: www.facebook.com/iqiyimalaysia
Instagram: www.instagram.com/iqiyimalaysia
YouTube: youtube.com/iqiyimalaysia



Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

9 Comments

Rawlins GLAM said…
I boleh bet yang my youngest sister mesti nak subscribe nie sebab dia memang peminat K Drama dan K Movie. Macam berbaloi gak kan
Bae Roslan said…
ni memang platform yang selalu tengok. banyak gak drama best2, banyak lagi yang tengah marathon
Dikbee said…
kite dah install IQIYI ni. memang selalu layan drama2 melayu kat situ sbb kalau kat tv selalu sgt termiss. Tak sabar nak tunggu 3 drama melayu tu, macam best je ^_^
Sis Lin said…
Lama dah ad APPS iQiyi ni tapi jarang betul bukak, kecuali terlepas drama episod, ni nak try laa.. banyak gak drama dalam tu kan.. jd vip boleh tgk tanpa iklan hehehe.
Banyak cerita menarik time PKP ninkan.. nanti bolehlah usha iqyi hehe
Aisya Ismail said…
Iqiyi ni Ai suka tengok cerita Korea. Banyak drama and filem ada. Memamg dah lama subscribe for VIP.
Cik Min said…
I rajin gak layan iqiyi ni sebab i suka layan drama korea. Mmg tak rugi la layan iqiyi ni semua cte best2 ada
Leezarewritten said…
sis klau cter romantik tengok jugak..kalau ok sis layan la..bukan ape kalau dh tngok xterlayan nnt..huhuhu..
Sunshine Kelly said…
Sis pun suka layan citer & drama romantic and sweet macam ni, nanti nak check out.

FOLLOWERS