Program Live Session Percuma Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman

Hello dan salam sejahtera korang!

Amacam tahun 2022? dah masuk Februari on the way ke bulan Mac dah ni. Dah ada azam tahun 2022 atau goal yang korang dah capai. Kalau dalam progress, baguslah, kalau masih belum mula, sekarang lah masa untuk mula.

Untuk korang yang ada impian dan nak muka berniaga sendiri tu, saya tabik korang sebab korang memang insan yang kuat demi mencapai impian. Tahun 2022 inilah masa untuk berniaga yang tidak mudah sebab penuh dengan cabaran.


Sebelum ini, saya memang dah beberapa kali berkesempatan menyertai seminar yang dianjurkan oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman dan RichWorks. Walaupun saya bukan orang yang didalam industri perniagaan, tapi rasa bersemangat bila tengok mereka bantu orang yang berniaga.

Seronok dengar kisah anak murid mereka yang sudah berjaya. Menjadi satu inspirasi untuk saya dan juga peniaga kecil yang baru nak mula berniaga untuk kecapi impian. Kalau yang pernah sertai seminar fizikal atau online mesti tahu macam mana seronok dan bersemangatnya program mereka.

Mereka yang teringin nak tahu macam mana suasana bila menjadi anak didik Datuk Wira Dr Azizan Osman, rezeki untuk korang sebab RichWorks ada anjurkan kelas PERCUMA sepanjang Februari 2022 di Telegram mereka.

Program Live Session bersama Datuk Wira ini akan diadakan setiap hari Ahad (8AM) sepanjang Februari 2022. Untuk link ada dibawah artikel, sila baca sampai habis.


10 Cabaran Kritikal Bisnes Selepas Pandemik 


Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman akan berkongsikan perspektif tentang 10 cabaran bisnes, selepas pandemik dan 2022 ini dalam Live Session di saluran Telegram Azizan Osman Official, pada Ahad ini, pukul 8 pagi.

Ini apa yang Dr Azizan kongsikan pagi tadi :

Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.

Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini. Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.

Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup. Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.

  

Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini? Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa.

Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'! Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini.

Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.

Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang. Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum.

Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli. Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'. Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.


Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?

Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi. Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.

Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.



Siapa Datuk Wira Dr Azizan Osman?

Accredited Business, Marketing & Leadership Coach, Mentor & Strategist, Serial Entrepreneur & Best-Selling Author Azizan, seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach.

Beliau terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat peningkatan luar biasa dalam perniagaan. Beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga mencecah jualan berjuta-juta ringgit.



RichWorks Bantu Mereka Yang Terjejas Dengan RichWell 

Bagus RichWorks sebab wujudkan RichWell untuk mengumpul sumbangan kilat supaya boleh membantu mereka yang terjejas dengan pandemik, dan juga masalah yang melanda negara kita sekarang. Tak semua yang bernasib baik musim pandemik.

Usaha ini diusahakan bersama dengan usahawan dan anak didik RichWorks dan juga hasil sumbangan orang ramai untuk meringankan beban dan kesusahan mereka yang menerima. RichWorks menyasarkan untuk mengumpul sumbangan sebanyak RM1 juta bagi bantu kira-kira 10,000 keluarga yang terjejas. 


Mengenai RichWorks International:

Diasaskan oleh Dr Azizan Osman, RichWorks International merupakan penganjur acara dan seminar yang terbesar di Malaysia yang mahir didalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com.

Sepanjang 12 tahun sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman, yang menarik lebih daripada 650,000 peserta dan pelanggan melalui lebih daripada 1,500 acara dan seminar.

RichWorks berjaya melahirkan lebih 700 Small Medium Enterprises (SMEs) menerusi program mentoring RichWorks - Titanium dan SPIRE.


Program Live Session bersama Datuk Wira ini akan diadakan setiap hari Ahad (8AM) sepanjang Februari 2022. Mana tahu kot ada rezeki untuk dapat hadiah istimewa seperti: Buku 100 Usahawan Jutawan sama ada Fizikal atau Digital secara PERCUMA!

Untuk maklumat lanjut, 
Klik dan sertai saluran Telegram Azizan Osman Official.


Till then, Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS