PBS Studio Cafe | Lokasi Halal Makanan Western & Grill Sedap di Kajang-Bangi

Hai dan Salam Sejahtera korang!

Suami dan saya memang peminat makanan western, dulu ada satu port kedai western yang kami suka singgah kalau masa craving western food, tapi sebab dah tutup pun restoran tu, maka kami sampai sekarang mencari restoran western sedap, terbaik di area Kajang-Bangi ni.

Sampai lah singgah dine-in di PBS studio Cafe, yang terletak di Sungai Merab, Kajang. Kami jumpa kafe western dan grill sedap di Sungai Merab Bangi ni daripada Facebook mereka. Tengok menu terus tertarik nak singgah makan di restoran deorang.



Orang Bangi-Kajang dan sekitar, kalau mengidam makanan western sedap di kawasan Bangi-Kajang, boleh singgah saja di PBS Studio Cafe. Menu kafe western dan grill sedap ni pun banyak pilihan dengan harga yang berpatutan.

Jemput tengok video di Reels Instagram kami: Link. Suasana cafe yang chill, dengan masa kami datang pun baru lepas hujan, serious rasa romantik dan best. Sesuai la bawa pasangan, atau family, atau nak lepak dengan kengkawan pun sesuai.



Perjalanan kami datang dari rumah di Cheras Kajang mengambil masa dalam lebih kurang 15-20 minit mengikut Waze terus ke lokasi PBS Studio Cafe. Dekat je lokasi dia, sayang baru tahu wujudnya restoran makanan Halal western sedap di Sungai Merab.

Datang sini korang boleh buat tempahan ataupun walk-in sahaja. Saya sarankan kalau korang nak datang ramai, atau nak buat majlis hari jadi ke, baik book dulu supaya deorang boleh standby tempat duduk untuk korang sebab seat disini agak limited.




Kafe ini diusahakan oleh pasangan suami-isteri Islam Melayu. Menu yang mereka usahakan kat sini pun banyak yang unik dan lain daripada yang lain. Paling saya tak boleh lupa adalah sos homemade blackpepper dan sos yogurt mint dia.

Antara menu yang kami cuba dah totally recommend untuk korang cuba:

Lamb Grill Set
Harga: RM26.90
Rating: ⭐⭐⭐⭐⭐

Peminat Lamb Grill mesti cuba menu ni. Saya bukan lah penggamar daging kambing sangat sebab takut bila makan badan panas, tapi sebab bau lamb grill tu sedap, rasa rugi pula kalau tak cuba. 

Walaupun lamb grill tu makan tanpa sos pun dah sedap, terasa rempah perapan dia. Jarang saya suka makan grill tanpa sos tau. Saya beri extra point untuk mashed potato dia sebab sedap juga, plus dengan sos blackpepper tu, terangkat perut masa makan. Hehe XD



Aglio Olio Seafood
Harga: RM19.90
Rating: ⭐⭐⭐⭐⭐

Paling worth dan sedap sangat! Saya memang suka sangat dengan pasta menu Aglio Olio macam ni, dan jujur saya cakap ini merupakan Aglio Olio yang paling sedap saya pernah makan dan korang wajib cuba menu ni. 

Suka dengan style masakan walaupun style Aglio Olio tapi lain daripada yang lain, sebab selalunya kalau Aglio Olio akan rasa rempah cili dan minyak sahaja, tapi di dapat rasa dengan sos special seafood yang chef campur sekali. Satu inovasi menu yang sedap sangat.


Meatball Set
Harga: RM16.90
Rating: ⭐⭐⭐⭐

Saya bagi plus point yang untuk menu ini sebab meatball yang mereka pakai ni memang homemade. Selalunya meatball kedai akan pair kan dengan brown sauce atau blackpepper sos, tapi kat sini deorang setkan dengan coleslaw, fries dan sos yogurt mint serta musshy peas.


Fish & Chips
Harga: RM20.90
Rating: ⭐⭐⭐

Fish & Chips merupakan salah satu makanan western kegemaran saya. Kat sini, chef buat sendiri barter ikan dori dan terus masak. Memang makan rasa rangup je, ada setengah kedai pakai yang frozen dan tak sedap sangat. Tapi satu la, barter ni masin sikit bagi saya, or else dah sedap sangat.

Satu lagi yang special di PBS Studio Cafe ni adalah sebab, ada sos homemade "musshy peas" ni. Kreatif betul chef bila dia create sos istimewa yang lain daripada lain untuk pairkan sekali dengan menu western ni, dan paling penting menu tu jadi. 

Musshy peas ni sedap betul cicah dengan fries makan macam tu. Sekali dengan set ni juga ada sekali dengan sos yogurt mint yang masam-masam sikit. Plating hidangan menu kat sini pun rasa macam makan kt kafe hotel 5 bintang.


Baru tahu rupanya deorang pun ada keluarkan jenama kambing perap Rasa Sedap Grill & BBQ Marinated Lamb. Yang kami makan tu pun memang daripada sini juga lah, bagus la, yang suka dan teringin tu boleh beli dan baut sendiri kat rumah terus.

Portion dalam paket ni pun boleh kongsi dalam 4-6 orang juga, dan nak masak pun mudah. Tinggal buka paket dan grill, lepas tu hidang dan makan terus. Sesuai la kalau buat gathering ke open house ke masa Raya nanti.


Untuk pilihan air pula, ada banyak pilihan yang not bad. Ada air minuman yang style cafe, jus buah-buahan dan air bikarbonat. Kami saja cuba menu baru mereka, air style cocktail, air Lemon Tropika dan Detox Drink.

Lemon Tropika RM7.00 ⭐⭐⭐⭐
Ice Chocolate RM7.00 ⭐⭐⭐⭐⭐
Watermelon Juice RM9.00 ⭐⭐⭐⭐
Detox RM7.00 ⭐⭐⭐⭐⭐


Antara menu lain yang korang boleh order kalau dah sampai di PBS Studio Cafe. Korang boleh refer menu dibawah. Portion makanan memang banyak, ada yang boleh kongsi 2 orang. Kami datang haritu siap order kongsi dengan group sebab nak rasa banyak menu.

Harga pun boleh tahan standard harga makanan Western & Grill yang berkualiti, sesuai dengan portion, sedap, dan suasana yang kita dalam bila dine-in di sini. Memang tak rugi makan, inshaAllah nanti nak repeat bawa family lain pula.



Terima kasih kepada kedua-dua Chef Muhammad Fadzli dan Chef Mohamad Farhan sebab masakkan untuk kami. Ramah chef sampai keluar borak dengan kami tentang menu. Rupanya memang deorang buat dan hasilkan sendiri menu kafe ni supaya menu jadi lain daripada yang lain.


Waktu operasi:
Buka setiap hari (Isnin - Tutup)
(5PM - 11PM) 

PBS Studio Cafe
No 3, Jalan Sungai Merab Luar Bangi, Taman Desa Utama, 
43000 Kajang, Selangor
Facebook: www.facebook.com/pg/PBS.Cafe
Instagram: www.instagram.com/pbs.cafe


Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

9 Comments

Bella Jamal said…
Okla saiz studio, Tapi mesti nak kena book dulu ni takut ramai org. Menu western mesti laku punya kalau menarik dan sedap.
Sis Lin said…
Menarik, boleh cuba ni kalau ada ke Kajang.. menu dia pun nampak sedap dan meriah..
Princesa3290 said…
Tak sabar nak cuba... Selalu kalau ke bangi naik confuse nak makan kat mana... Skrg ni boleh lah try PBS Studio cafe ni
Cik Min said…
Menarik menu2nya plus harga pun ok. Yang penting tempat pun selesa
kalau datang 2-3 orang walk in pun boleh sis :)
sedap! saya memang recommend kalau fan western food.
kan sis, kat area Kajang ni susah nak jumpa kedai western best, sini best.
tempat ni mcm exclusive sikit, best la melepak.
Tini Alif said…
Wah! Nampak menarik juga tu. Looked cozy dan menenangkan gitu. Gambar-gambar menu tu pun nampak menyelerakan. Baik. Nak masukkan kat dalam wish list untuk singgah kalau ke area sana.

FOLLOWERS