Program Infotainment “Productivity Talk” Anjuran MPC di Facebook

Perkongsian Berkonsep Infotainment 
Mendekati Industri untuk Tingkatkan Produktiviti

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Tahun ini, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang selama 56 tahun sebagai peneraju produktiviti dan daya saing negara, telah mengorak langkah melaksanakan transformasi pendigitalan dalam inisiatif menyebarluas informasi melalui penerbitan rancangan “Productivity Talk” bagi mendekati industri dalam meningkatkan kecekapan produk dan perkhidmatan mereka.


Inisiatif ini menggunakan platfom FB Live di media sosial MPC untuk berkongsi ilmu kepada  masyarakat mengenai idea – idea baru berkaitan pendigitalan dan inovasi. Program berkonsepkan infotainment ini turut memaparkan amalan terbaik serta kisah jatuh bangun usahawan sebelum dan semasa pandemik.

Ketua Pengarah MPC, YBhg. Dato’ Abdul Latif Haji Abu Seman berkata selain memupuk minda produktif kepada masyarakat terutama golongan peniaga dan industri, rancangan “Productivity Talk” turut dijadikan salah satu inisiatif dalam melancarkan Pelan Pemulihan Negara.

“Rancangan Productivity Talk ini merupakan salah satu usaha MPC dalam menyokong usaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam memulihkan ekonomi negara selepas pandemik COVID-19, termasuk meningkatkan daya saing dan produktiviti industri sekaligus memberi keyakinan kepada pelabur antarabangsa. Kesemua perkongsian itu harus dijadikan iktibar serta panduan kepada orang ramai dalam menjalankan perniagaan,” katanya.



Beliau berkata, sebanyak 21 siri “Productivity Talk” telah disiarkan pada tahun 2021 dan disasarkan sebanyak 52 siri akan dihasilkan pada tahun ini. 

“Intipati yang disampaikan berbeza daripada cara konvensional dalam penyampaian maklumat termasuk inisiatif yang dijalankan oleh kerajaan. MPC akan memberi nafas baharu dengan menyalurkan informasi mengenai agenda kerajaan dan perkongsian pengalaman industri dalam bentuk yang lebih komersial serta santai untuk menarik lebih ramai golongan muda menonton”.

Antara isu yang turut dikupas dalam rancangan dwi bahasa ini adalah mengenai penghasilan bakat masa hadapan; pendigitalan dan inovasi; membentuk ekosistem yang teguh; menentukan mekanisme pelaksanaan yang padu; memupuk minda produktif; dan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif,”

Rancangan “Productivity Talk” akan bersiaran secara mingguan:
Setiap Jumaat (3PM) di Facebook Malaysia Productivity Corporation.


Mengenai Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) adalah badan berkanun di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). MPC menggalakkan produktiviti, kualiti dan daya saing kepada industri dan organisasi di Malaysia. Visi MPC adalah menjadi organisasi terkemuka dalam peningkatan produktiviti untuk daya saing global dan inovasi.

Kalau terlepas untuk tengok FB Live, jangan risau sebab korang juga boleh tonton di: Youtube Malaysia Productivity Corporation ⬅ Tekan link


Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
Website: https://www.mpc.gov.my/
Facebook: https://www.facebook.com/MPCHQ
Instagram: https://www.instagram.com/mpc_hq

Till then, Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS