Explorace Sabak Bernam 2022 - Team Buddies

Hello dan salam sejahtera korang!

Sempena dengan bulan Ogos, bulan kemerdekaan, Majlis Daerah Sabak Bernam dengan kerjasama Tourism Selangor telah menganjurkan Explorace Sabak Bernam 2022 yang berlokasi di sekitar Sabak Bernam.

Tahun ni meriah sebab ada 18 pasukan yang sertai dengan 4 orang satu pasukan. Penganjuran acara ini merupakan program kesinambungan dari Program Karnival Pelancongan Sabak Bernam yang telah berjaya dianjurkan oleh pihak Majlis Daerah Sabak Bernam pada tahun 2016 hingga 2018.

Explorace Sabak Bernam 2022
Tarikh: 13 Ogos 2022
Lokasi mula: Homestay Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam.



Kerajaan Negeri Selangor menerusi Agensi Promosi Pelancongan Rasmi, Tourism Selangor dan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) telah menganjurkan program Explorace Sabak Bernam 2022 pada 13 Ogos yang lalu di Homestay Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam. 

Hasil dari kejayaan penganjuran Karnival Pelancongan Sabak Bernam yang lalu, pihak MDSB dengan Kerjasama Tourism Selangor merancang untuk menganjurkan penganjuran acara Explorace Sabak Bernam bagi menggalakkan sektor pelancongan di daerah Sabak Bernam. 



Bagus acara macam ni, sebab kami peserta dapat tengok sendiri apa produk pelancongan yang ada di daerah Sabak Bernam ni, lepas tu boleh recommend kepada keluarga dan kawan-kawan. 

Sabak Bernam sesuai sangat dipromosikan sebagai aktiviti pelancongan beraskan “Experience Tourism”.  Acara ni akan membantu menyokong dan meningkatkan jumlah kehadiran pelancong serta mempromosi daerah Sabak Bernam sebagai sebuah destinasi pelancongan agro di Selangor. 



Explorace Sabak Bernam 2022 

Acara ini merupakan acara pertandingan penjelajahan berkereta secara berkumpulan di mana peserta perlu mencari lokasi – lokasi yang telah ditetapkan berpandukan maklumat – maklumat yang diperoleh untuk menyelesaikan soalan dan tugasan di setiap lokasi checkpoint.

Antara kawasan pelancongan yang terlibat di sekitar daerah Sabak Bernam adalah seperti, Homestay Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Homestay Papitusulem, Sekinchan, Homestay Sg. Nibong, Sungai Besar, Homestay Batu 4 Sepintas, Sabak Bernam, dan Mini Muzium Wak Surgi, Sungai Besar.

Tahun ini, pertama kali saya sertai acara explorace ini, dengan pasukan:
Team Buddies - Murni (alongmurni.blogspot.com) , Dboy (www.dboystudiomy.com) dan Aeril (www.aerill.com).

Masing-masing kami ada tugas yang sendiri, Dboy driver, Aeril jadi tukang cari lokasi dalam Maps dan selaku co-pilot, Murni tukang ingatkan nak ambil gambar dan nak kemana manakala saya jadi tukang road and time management planner.


Checkpoint 1 -  Homestay Batu 4 Sapintas

Di Homestay Batu 4 Sapintas memang popular dengan port jualan kerepek terutamanya Kuih Loyang atau nama lainnya, Kuih Goyang. Nampak fresh macam mana mereka bancuh dan goreng kuih loyang daripada kuali. Bukan mudah nak buat.

Nasib baik task kami tak susah sangat, hanya perlu packing sahaja kuih loyang kedalam packaging. Itu pun bukan mudah sangat sebab kuih ni jenis lembut, tahan je diri daripada nak masukkan kedalam mulut. Haha.

Task kami perlu belajar packing kuih Loyang kedalam plastik yang diberikan, setiap team kena packing 4 paket untuk layakkan diri ke checkpoint lain. alhamdullilah, team kami tak ada masalah.



Checkpoint 2 - Homestay Batu 23 Sg Nibong

Belajar seni budaya Warisan Gamelan. Dah lama saya teringin nak cuba main sendiri alat dalam seni muzik Gamelan ni. Something yang sangat unik dan merupakan budaya kita, yang semakin ditinggalkan anak muda.

Cara nak main pun tak susah sangat, kejap je team kami dapat belajar mainkan satu lagu untuk mara ke checkpoint lain. Dalam task ni, setiap ahli kena main salah satu alat gamelan yang ada, dan tanpa silap kena mainkan sebuah lagu gamelan.



Kenangan main alat gamelan daripada team kami, dengan bantuan orang kampung berpengalaman di Homestay Batu 23 Sg Nibong, korang boleh tengok video di Instagram (@nzayani) atau tekan link posting dibawah:


Checkpoint 3 - Muzium Wak Surgi

Checkpoint ni special sikit sebab kami dapat berjumpa dan kenal dengan Wak Surgi. 

Mini Muzium Wak Surgi adalah milik hak persendirian Encik Surgi Bin Gharib. Beliau merupakan seorang pesara kerajaan di Pejabat Tanah Daerah Sabak Bernam. Muzium ini dibina di kawasan rumah beliau di Taman Setia Jaya, Sungai Besar. 

Wak surgi sangat berminat mengumpul barang-barang lama dan antik dan disebabkan minat itu, beliau mewujudkan mini muzium untuk berkongsi minat yang mendalam mengenai sejarah malaysia dan mengumpulkan artifak bersejarah untuk menjaga dan memelihara keaslian dan sejarahnya




Kat sini, lokasi yang paling lama kami habiskan masa sebab ada banyak aktiviti yang kena habiskan. Ada total 6 checkpoint disini sahaja yang perlu kami lengkapkan, untuk mara ke checkpoint yang terakhir.

Di Mini Muzium Wak Surgi terdapat lebih 100 koleksi barangan antik yang dipamerkan kepada orang ramai sejak 20 tahun lalu. Antara koleksi yang disimpan di sini seperti manuskrip lama, buku sejarah, pinggan mangkuk kuno, arca, tembikar dan kamera lama.

Selain itu, ada juga koleksi senjata lama, senapang Belanda, pedang, gabus, alat muzik tradisional lama, kipas angin padi, mesin parut kelapa dan sampan. Peminat sejarah dan barang antik mesti suka kalau ke Mini Muzium Wak Surgi.



Checkpoint seterusnya, kami perlu siapkan task untuk mengecat pagar ni. Habis kotor juga tangan la, tesk ni paling kami tak suka sebab messy sangat, lepas tu ada team dapat part yang kat bawah, so lagi mudah, saya dengan rendah, nak kena cat bahagian atas memang messy.

Last task kat Muzium Wak Surgi kami perlu bermain alat muzik dan menyanyi lagu tradisional dan klasik kanak-kanak zaman dulu dalam masa minima 20 saat. Paling mudah sekali, kami pun nyanyi je lagu 'Rasa Sayang'.

Terakhir sekali, kami kena nyanyi lagu bertema Merdeka, kami pun hentam je main alat muzik tu sambil bersemangat menyanyi lagu Merdeka. Haha



Checkpoint 4 - Homestay Papituselum

Homestay Papituselum sebenarnya menawarkan kemudahan untuk pelancong yang ingin bermalam di situ dan rasa sendiri pengalaman duduk di kampung dan merasa macam mana jadi orang kampung.

Disini juga popular dengan menu Nasi Ambeng. Dengar cerita, tak sah kalau datang ke homestay ni tapi tak cuba makan Nasi Ambeng didalam talam, dan ini lah task kami. 

Perut pulak memang tengah lapar sebab tak makan tengah hari lagi. Task disini, dengan diberikan lauk nasi ambeng, kami perlu hias hidangan kami didalam talam. Yang paling kreatif, dapat markah lebih, lepas hias boleh terus makan.





Checkpoint 5 - Homestay Sg Haji Dorani

Walaupun kami semua dah sampai di checkpoint terakhir ni dalam pukul 11pagi lebih, tapi kami masih perlu tunggu masa mula aktiviti disini iaitu pada pukul 2pm untuk aktiviti seterusnya. Lama juga menunggu, tapi okay la boleh rehat.

Jujur cakap, sampai saja di checkpoint terakhir ni, team kami dah confident akan dapat Top-5, sebab kami buat kerja cepat dan dapat markah yang okay juga untuk checkpoint yang sebelum ini, tapi lepas sampai sini, terus rank turun teruk.

Di Checkpoint 5, Homestay Sg Haji Dorani, kami perlu sertai aktiviti menggagau ikan keli. Malangnya didalam team kami, ada 2 orang yang takut dengan ikan iaitu, Aeril dan saya. Maap team! Saya dah bantu sikit, tapi malangnya nasib tak menyebelahi kami.



Paling susah nak percaya, dalam banyak-banyak team tu, pasukan kami sahaja yang tak sapat apa-apa ikan langsung. Haha, padahal baju kemain berlumpur kotor habis dah. Team lain, tengok sampai 11 ekor ikan keli deorang genggam. 

Kagum tengok deorang pegang macam tu je ikan keli tu, sebab bukan mudah nak tangkap. Ikan tu bergerak dan licin. Tahniah korang! Apa-apa pun best berendam dalam selut lumpur sawah tengah hari rembang kat sini. Haha T_T




Finally, selepas aktiviti menggagau ikan, selepas kami semua peserta bersihkan badan dan makan tengah hari, terus berlangsungnya acara penyampaian hadiah. Ikutkan, hanya Top-5 sahaja yang akan dapat hadiah duit, tapi rezeki kami, haritu, Top-10 dapat hadiah duit.

Bertambah rezeki, Team Buddies dapat tempat ke-10, sekaligus Top 10. Dapat sedikit hadiah saguhati wang tunai, medal, sijil penyertaan dan hadiah daripada Sabak Bernam.Bangganya dengan team dan diri sendiri sebab dapat habiskan Explorace Sabak Bernam 2022 dengan berjaya!



Terima kasih dan tahniah team, Buddies sebab kita berjaya habiskan Explorace Sabak Bernam 2022 dengan berjaya. Boleh tepuk diri kira okay la dapat habiskan, kalau betul tak takut ikan tu, boleh tangkap pakai mulut je XD

Special thanks to buah hati saya, suami, Faeez sebab teman dan hantar sampai ke Sabak Bernam. Lepas tu jadi driver dan tukang amik gambar masa aktiviti. Lap u! 💖



Finally, tahniah kepada semua peserta sebab berjaya habiskan race, dan tahniah juga kepada team yang menang. Korang memang terbaik lah! 

Harap tahun depan Majlis Daerah Sabak Bernam dan Tourism Selangor anjurkan lagi Explorace Sabak Bernam sebab kami tak habis explore lagi apa yang ada disini. For sure, saya akan datang balik dengan family untuk bercuti kat sini.



Jemput juga baca entry blogpost daripada rakan Team Buddies yang lain:
🌸 Murni:   


Sambutlah Hari Kemerdekaan tahun ini lebih bersemangat dengan jiwa yang penuh semangat patriotisme! Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-65!


Till then, Jumpa lagi tahun depan! 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

1 Comments

  1. Yeah... Memang boleh dibanggakan untuk bawa tempat menarik ni ke persada dunia.

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^

FOLLOWERS