Filem Anak Rimau The Movie Khas Untuk Peminat Bola Sepak

Salam bulan kemerdekaan korang!

Semangat tahun ni bulan Merdeka sebab kita Merdeka daripada PKP, walaupun COVID-19 masih lagi ada, tapi at least tak seteruk macam mula-mula dulu. Tahun ini kita berpeluang untuk mengambut bulan Merdeka macam sebelum-sebelum ni.

Sempena bulan Merdeka, antara Filem yang menarik untuk korang tengok adalah Filem Anak Rimau The Movie - sebuah filem bertemakan kisah bola sepak.

Pencinta bola sepak dan peminat filem boleh tonton Anak Rimau The Movie yang akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada tanggal 1 September 2022 bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan serta Kejohanan Piala Dunia 2022. 

Anak Rimau The Movie terbitan Keeklr Films Sdn Bhd bukan sekadar berlatarkan sukan bola sepak, malah, mengangkat semangat dan perjuangan generasi baharu dalam mengejar impian sebagai pemain bola sepak. 



Tahu tak korang, sebenarnya filem ini patut ditayangkan pada tahun 2020 haritu, tapi sebab penularan wabak COVID-19 yang teruk masa tu, maka tayangan filem Anak Rimau ditangguhkan. Sayang kan, filem best tapi tangguh lama-lama.

Filem ini bukan sahaja mendapat sokongan dariapada Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS), YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker, tetapi juga dengan sokongan daripada Cyberlynx International College selaku penaja utama, manakala Al-Ikhsan Sports pula sebagai penaja pakaian sukan rasmi.

Filem ini juga dihasilkan dengan usaha bersama dengan Majlis Sukan Negara (MSN), Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dan AMD dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS).




Majlis Tayangan Perdana Anak Rimau The Movie yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetami VIP termasuklah: 

Antara tetamu VIP yang hadir untuk memberi sokongan di tayangan perdana filem tersebut termasuk:
👑 YAM Tengku Arif Bendahara Pahang Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah;
👑 YAM Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Fahd Mua’adzam Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah;
👑 YM Tengku Dato’ Hishamuddin Zaizi bin YAM Tengku Azman Shah Al-haj;
⚽ YBrs. Encik Syirfan Indra Mitra Suryabin Hussin, Timbalan Ketua Pengarah Produksi dan Teknikal Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) mewakili Professor Dr. Md Nasir Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS;
⚽ YBhg. Datuk Santokh Singh Gurdial Singh PMW DSIS AMN, bekas pemain legenda bola sepak Malaysia;
⚽ YBhg. Datuk N. Thanabalan A/L Nadarajah, bekas pemain legenda bola sepak Malaysia;
⚽YBhg. Dato’ Zainal Abidin Hassan, bekas pemain bola sepak dan jurulatih Penang Football Club Sdn. Bhd;
💖 Farah Ann, bekas Olimpian gimnastik negara;
💖 Wakil daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM);
💖 Wakil daripada Persatuan Bolasepak India Malaysia (MIFA);
💖 Wakil daripada Persatuan Bolasepak Cina Malaysia (MCFA).



Filem Anak Rimau The Movie merupakan sebuah filem yang menceritakan satu kisah menyentuh hati yang mengetengahkan nilai kekeluargaan, kesukaran membuat keputusan, nilai integriti dan persahabatan.

Majlis pelancaran filem Anak Rimau The Movie yang turut selari dengan Bulan Kemerdekaan, sekali gus menyuntik semangat patriotik dalam kalangan rakyat serta kejohanan Piala Dunia 2022 yang akan melabuh tirai, tidak lama lagi.

Penerbit filem Anak Rimau The Movie - Fadzil Manap berkata,

"Filem memainkan peranan penting sebagai menjadi medium komunikasi kepada anak muda untuk melakukan perubahan dalam hidup. Saya percaya filem Anak Rimau The Movie mampu memberi impak, pengaruh dan gaya pemikiran masyarakat. Tujuan pembikinan filem bukan sahaja memberi semangat kepada anak muda, tetapi bertindak sebagai medium pendidikan, informasi dan hiburan bagi membantu membina asas kukuh untuk transformasi Malaysia,”.



Filem Anak Rimau The Movie mengetengahkan bakat baharu:
⭐ Idan Aedan
⭐ Ahmad Daniel Hakimi Ahmad Azmil @ Kechikimi 
⭐ Hanz Daniel Skelchy. 

Naskhah menelan belanja RM5.5 juta itu turut menampilkan aktor terkenal, Beto Kusyairy, Azhan Rani dan Adam Corrie.

Turut membintangi Filem Anak Rimau The Movie:
⭐ Taiyuddin Bakar;
⭐ Mustakim Bahadon;
⭐ Megat Sharizal;
⭐Barisan pemain bola sepak Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD):
→ Izz Qhuzaidie Mazni Alif Aiman Mohamad
→ Amil Haikal Rozmi, Nazwan Abdullah
→ Nur Qayyum Irfan Jamil
→ Airiel Zafran Mohd Azrul
→ Al Kausal Jarah
→ Shahmeer Rusli 
→ Adam Shauki Asmady.




Sinopsis Anak Rimau The Movie:

Memaparkan kisah sekumpulan anak muda berbakat tinggi dalam dunia bola sepak yang terdiri daripada pelbagai kaum ketika menyertai Akademi Bola Sepak Malaysia (Anak Rimau Academy). 

Mereka mengharungi pelbagai cabaran sebagai individu dan berpasukan ketika menghadapi fasa baru dalam dunia bola sepak.

Pemain perlu menentang cabaran peribadi dan halangan pasukan, sebelum berfikir mengenai kemenangan. Keazaman dan ketabahan pemain diuji menerusi kerjasama, isu keluarga, halangan hidup dan perlumbaan untuk menjadi yang terbaik demi memenangi Piala Jemputan Bola Sepak Belia ASEAN.

Selain itu, filem ini juga menekankan kebaikan akan sentiasa datang kepada mereka percaya dan berani berpegang kepada kebaikan dalam diri dan orang lain seperti slogan Anak Rimau The Movie - ‘bola itu bulat’.



Lagu tema rasmi dan muzik video bagi Anak Rimau The Movie yang bertajuk Pentas Dunia boleh dilayari di YouTube - Pentas Dunia - Anak Rimau The Movie Official MV & OST.

Para penonton boleh mendapatkan merchandise eksklusif Anak Rimau yang khas direka oleh Al-Ikhsan Sports menerusi laman web rasmi www.al-ikhsan.com dan www.alsports.com.my bermula dengan harga serendah RM19.90 sehingga RM99.00.

Terima kasih Anak Rimau The Movie atas jemputan dan saya harap filem ini berjaya!

Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS