Review: Jurassic Dinosaur Adventure Park, Pavilion Bukit Jalil

Assalamualaikum dan hello korang!

Siapa kat sini yang ada anak atau anak buah yang suka dengan Dinosaur? Saya ada ramai anak sedara dan anak buah yang memang fanatik betul dengan dinosor ni sampai boleh ingat rupa dan jenis dinosor yang ada. Lagi power, mak dan ayah deorang pun ikut sekali suka dinosor. Haha

Peminat dinosor boleh la bawa anak-anak korang untuk melawat Jurassic Dinosaur Adventure Park yang terletak di Tingkat 5, Pavilion Bukit Jalil.

Sementara ada promosi (Baca sampai habis kalau nak tahu kod diskaun tau!), baiklah korang bawa anak korang untuk bermain disini. Bukan anak je dapat main, korang pun dapat main sekali tau. Boleh lah serlahkan jiwa muda kanak-kanak tu ^_^



Tarikh operasi: 1 Jun - 31 Ogos 2022

Waktu operasi
Hari biasa: 10.00AM - 8.30PM 
(Waktu rehat: 2:00PM - 3:30PM)
*Pas sehari

Hari minggu/Cuti Sekolah: 10.00am - 9.40PM
 6 sesi sehari (10AM, 12PM, 2PM, 4PM, 6PM, 8PM)
*100 minit / sesi

Dinosaur merupakan haiwan reptilia prasejarah yang telah hidup dibumi sejak daripada 245 million tahun dahulu sehingga sekarang. Tahu tak korang, burung moden zaman sekarang pun merupakan salah satu jenis dinosaur sebab mereka kongsi satu persamaan dengan dinosaurs zaman dulu.

Buat pertama kalinya di Malaysia, Jurassic Dinosaur Adventure Park dibuka khususnya kepada golongan kanak-kanak untuk merasa pengalaman bermain di taman permainan interaktif tertutup bersama dengan pelbagai spesis dinosaur dari zaman prasejarah.

Jurassic Dinosaur Adventure Park, Pavilion Bukit Jalil dibuka sehingga 31 Ogos 2022.



Dinosaur memang sangat popular dalam kalangan kanak-kanak, terutamanya zaman sekarang. Tanya je budak mana, mesti deorang tahu dinasor tu apa. Tapi sayang sebab haiwan reptilia ini dah pupus, maka kira hanya boleh tengok dinosair di dalam buku dan filem sahaja. 

Oleh sebab itu, KKday, membawa Jurassic Dinosaur Adventure Park ke Malaysia supaya korang boleh merasa pengalamakan berada di dunia era Jurassic, beserta dengan pelbagai aktiviti dan permainan interaktif yang best.




Antara 10 jenis permainan yang korang kena main di Jurassic Dinosaur Adventure Park:
🦕 Ride your favorite dinosaurs
🦖 Dino express train ride
🦕 Interactive Fun Slide
🦖 Volcanic Slide
🦕 Lava Trampoline
🦖 Primeval Forest
🦕 Excavate the Dino Bones Play Area
🦖 Dino Hunting Shooting Game
🦕 Dino Jungle Bouncy Castle
🦖 Interactive Ball Pit
🦕 Puzzle Building Pit

Dah kalau korang bertuah, korang juga berpeluang untuk berjumpa dengan dinosour besar yang dilepaskan. Kids, hati-hati sebab dinosaur tu menakutkan!


Yang dewasa yang fefeeling budak pun boleh turut main sekali permainan yang ada disini. Tapi jangan la pula berebut dengan budak-budak, kang deorang nangis report kat makbapak deorang jangan salahkan saya eh.



Pasal kebersihan pun korang jangan risau sebab masa kami pergi tu memang tempat dia terjaga dan bersih. Nak masuk dalam ni memang kena buka kasut dan wajib pakai stokin. Kalau takde stokin, boleh beli di kaunter.

Sebab ini taman tema indoor, please pakai mask juga okay. Kami pergi masa hari bekerja, makanya tak ramai orang sangat dan boleh main sepanjang hari. Kalau datang weekend, ada time slot untuk 100minit sebab nak jaga supaya tak ramai sangat dalam tu.

So far, kami memang have fun sangat! Nanti plan nak bawa anak buah dua orang yang memang peminat fanatik dinosaur tu.



Selain daripada pelbagai permainan interaktif bertemakan Jurassic Dinosaur ada banyak replika dinosaur yang ada untuk korang bawa anak kecil untuk belajar tentang haiwan yang dah pupus ni.

Selain daripada belajar dan baca tentang latar belakang dinosaur yang ada disini, boleh juga ambil gambar dengan replika ni. Tapi hati-hati, dinosaur kat sini semua bergerak dan berbunyi. Jangan terkejut dan jangan sampai kena makan tau! Hihi

Konsep di taman tema yang menampilkan pelbagai jenis dinosaur animatronik dengan saiz yang sebenar, supaya menggambarkan kehidupan di habitat mereka dan mampu bergerak serta menghasilkan bunyi yang menggerunkan. 




Juga, jangan lepaskan peluang untuk beli cenderahati yang dijual di kaunter masuk Jurassic Dinosaur Adventure Park. Antara barangan bertemakan dinosor yang menarik adalah: Beg macam-macam size, kusyen kerusi, telur dinosor misteri dan banyak lagi.

Saya pun grab beg galas dinosor ni dengan harga RM45.00 - Nota: Beg ni untuk bawa barang ringan je, memang tak tahan lasak. Budak-budak galas bawa baju sepasang dan pampers boleh la.


DIBUKA SEHINGGA 31 OGOS 2022

Harga tiket masuk Jurassic Dinosaur Adventure Park:

Tiket

Harga

Harga Hari Biasa

RM 55

Harga Hari Minggu

(termasuk cuti am, malam cuti am dan cuti sekolah)

RM 60


Jimat sehingga RM28 dengan pakej pembelian 4 tiket

Tiket

Harga

Harga Hari Biasa

RM 196

Harga Hari Minggu

(termasuk cuti am, malam cuti am dan cuti sekolah)

RM 212


Promosi tiket masuk Jurassic Dinosaur Adventure Park:

✅ Beli tiket disini: https://kkday.me/dinogcma

→ Dapatkan promosi tiket dengan diskaun 50% pada 8 dan 9 Ogos 2022
Gunakan kod promosi "DINO8"

→ Diskaun 50% untuk Pas 1-Hari pada Hari Minggu (minimum sebanyak 4 tiket)
Gunakan kod promosi "DINO50". 

*Tiket sah pada hari pembelian sehingga 31 Ogos 2022

Berkesempatan berjumpa dengan penyanyi tanah air, Jaclyn Victor semasa preview haritu sebab beliau ada bawa anak sekali untuk main di Jurassic Dinosaur Adventure Park, Pavilion Bukit Jalil. 


Jurassic Dinosaur Adventure Park
Lot 5.85.00, Level 5, Orange Zone
Pavilion Bukit Jalil, 2, Persiaran Jalil 8, 
Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur.



Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

1 Comments

iena eliena said…
MEnarik nya. Nanti boleh bawak anak anak saudara datang sini

FOLLOWERS