8 Sebab Kenapa KLCC Convention Centre Lokasi Terbaik Untuk Event di KL

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang!

Siapa yang tak kenal dengan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur / Kuala Lumpur Convention Centre, yang merupakan salah satu ikon negara kita. Pusat Konvensyen Kuala Lumpur terletak di tengah-tengah bandar, juga merupakan sebahagian daripada Presint Pusat Bandar Kuala Lumpur (KLCC).

Lokasi KLCC sangat strategik dan mudah diakses oleh kenderaan mahupun kenderaan awam dan menghadap ke Menara Berkembar PETRONAS (PETRONAS Twin Towers) yang ikonik dan Taman KLCC seluas 50 ekar yang dibuka secara percuma kepada orang awam.

KLCC - Kuala Lumpur City Centre merupakan kawasan di Kuala Lumpur, Malaysia yang telah dibangunkan. KLCC merujuk kepada kawasan dalam dan sekitar Taman KLCC tetapi istilah ini juga telah digunakan secara meluas oleh bangunan berhampiran dengan sekitarnya.


Kawasan KLCC direka dengan konsep "bandar didalam bandar", tapak seluas 100 ekar itu menempatkan bangunan berkembar tertinggi di dunia, hotel keempat tertinggi di dunia, pusat beli-belah, bangunan pejabat dan beberapa hotel. 

Sebuah taman awam dan masjid juga telah dibina di kawasan itu dan terbuka kepada orang awam. Keseluruhan presint itu dibangunkan oleh KLCC Property Holdings Berhad (KLCCP), cabang pelaburan hartanah Petronas.

Disini juga terletaknya Pusat Konvensyen Kuala Lumpur / Kuala Lumpur Convention Centre yang menjadi kebanggan rakyat Malaysia sebab sehingga kini dah banyak acara, konsert, teater, pameran, persidangan yang telah diadakan disini.



Kenapa saya suka kalau ada event di KLCC Convention Centre? dan Kenapa penganjur perlu anjurkan acara, konsert, pameran atau event di KLCC Convention Centre?

8 Sebab Kenapa KLCC Convention Centre Lokasi Terbaik Untuk Event di Kuala Lumpur:

Lokasi yang mudah diakses dengan kenderaan awam.

Setiap kali saya ke KLCC, memang selalu akan naik kenderaan awam. Bas pun ada, train LRT pun ada. Cara mudah untuk ke KLCC adalah dengan menggunakan perkhidmatan keretapi, dengan LRT Kelana Jaya Line.

Nak berjalan pun kat sini jenis indoor, tak perlu takut panas. Haritu saya siap travel dengan 3 anak buah untuk bawa mereka tonton teater muzikal yang diadakan di KLCC.
*Scroll kebawah untuk baca teater apa yang kami tengok.


Kawasan parkir yang mudah dan banyak dengan kadar parkir yang berpatutan.

Kalau yang tak mahu bersesak dan susah dengan kenderaan awam seperti LRT, pun boleh saja bawa kereta sebab kat KLCC pun ada parkir awam dengan kadar yang berpatutan. 

Kadar parkir KLCC bermula 1 Januari 2022:
1 Jam pertama: RM5.00
Jam berikutnya: RM4.00
Kadar maksima (Selepas 5PM): RM15.00
Kadar maksima (Hujung minggu): RM17.00


Banyak kedai, restoran dan kafe didalam KLCC.

Kalau datang ke KLCC Convention Centre tak payah risau pasal lapar dan kedai makan sebab ada banyak kedai, restoran dan kafe yang ada disini. 

Macam haritu, sebelum kami tonton Teater Muzikal Upin & Ipin - Pin Pin Pom di Plenary Hall, KLCC Convention Centre, kami siap makan dan alas perut di Café 88, Ground Floor, Kuala Lumpur Convention Centre.



⭐ Banyak acara dan event yang diadakan di KLCC Convention Centre.

KLCC Convention Centre ni dah buat dan host banyak acara sejak dari tahun 2005, dengan jumlah 16395 event. Daripada konsert, persidangan, teater, pameran dan pelbagai acara, kalau yang besar-besar tu memang selalu kat sini lah lokasinya.

Sebab itu melayakkan mereka untuk memenangi 250 Anugerah / Awards sebab menjadi antara lokasi yang bagus dengan memberikan perkhidmatan yang bertaraf antarabangsa.



 Banyak dewan yang Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ada, sesuai untuk semua acara.

Kawasan KLCC Convention Centre yang seluar 33,659 meter persegi yang dibina di ruang fleksibel dan banggunan yang melebihi 4 tingkat ini ada banyak bilik dan kawasan yang sesuai untuk semua jenis acara yang besar mahupun kecil.

Antara yang KLCC Convention Centre ada:
🌸 8 Dewan Pameran;
🌸 2991 tempat duduk Plenary Hall;
🌸 470 tempat duduk Plenary Theatre;
🌸 2 Bilik Ballroom (Grand Ballroom - 2389m² dan Banquet Hall - 738m²);
🌸 3 Dewan Persidangan yang boleh digabungkan;
🌸 1 Dewan Bankuet;
🌸 20 bilik mesyuarat (keluasan diantara 43m² hingga 173).

Ditambahkan lagi dengan pelbagai kemudahan seperti:
💖 Suite VIP;
💖 Suite style perhotelan;
💖 Suite / pejabat penganjur;
💖 Bilik perubatan;
💖 Kawasan yang mesra OKU;
💖 Bilik Keibubapaan;
💖 Kaunter pendaftaran dan concierge.



Dewan Plenary yang selesa, besar dan stage tak jauh.

Dah beberapa kali saya tengok teater dan konsert disini dan tak pernah sekalipun saya tidak berpuas hati dengan view, jarak pentas, sound system dan tempat duduk walaupun duduk dibelakang sekalipun, masih boleh nampak dengan jelas.

Paling penting kalau nak tengok persembahan macam ni adalah view nampak ke tak persembahan tu, selesa tak nak duduk, jarak antara seat, dan bunyi best ke tidak. Semua saya bagi 5 bintang untuk acara yang ada di Plenary Hall dan Plenary Theater.



⭐ Banyak anugerah dan pensijilan yang KLCC Convention Centre dapat.

Setakat ini, dah 250 Anugerah yang KLCC Convention Centre dapat, termasuklah telah diiktiraf oleh sistem pengurusan kualiti ISO yang menandakan perkhidmatan yang mereka tawarkan memang bagus dan diiktiraf.

Antara Pensijilan ISO yang mereka ada setakat ini:
→ ISO 9001 (Quality Management)
→ ISO 22000 (Food Safety Management System
→ ISO 14001 (Environmental Management) 
→ ISO 45001 (Occupational Health & Safety Management System)
→ ISO 37001 (Anti-Bribery Management System)

⭐ View sekitar KLCC Convention Centre yang cantik dan instagramable.

Menjadi satu perkara yang wajib, kalau siapa yang ada di sekitar KLCC untuk amil gambar bersama dengan Menara Berkembar KLCC dan lihat pertunjukan air pancut yang mereka tunjuk untuk orang awam.

Kawasan sekitar KLCC, samada siang ataupun malam, memang cantik untuk bergambar, senang buat stock untuk gambar korang nak upload di laman media social.



Pengalaman Tonton Teater Muzikal Upin & Ipin - Pin Pin Pom! di KLCC

"Teater Muzikal Upin & Ipin - Pin Pin Pom!", dianjurkan oleh Les' Copaque Production telah diadakan selama 2 hari pada 3 dan 4 September 2022 di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre.

Saya berkesempatan bawa, Mak, dan anak buah untuk tonton teater muzikal Upin & Ipin pada hari Sabtu, 11 pagi disana. Ramai juga orang yang datang nak tengok si Upin dan Ipin buat persembahan secara langsung pada hari tu.



Terpengaruh kami beli lightstick ni sebab konon nak bantu Upin & Ipin melawan nenek kebayan. Kalau tak cukup lampu, nanti kalah pula mereka. Budak-budak ni excited lah nak Pin Pin Pom! sambil halakan stick ni ke pentas.

Harga lightstick Upin & Ipin: RM30.00 untuk sepasang.



Memang focus habis budak-budak ni tengok teater muzikal. Ini pula pengalaman pertama deorang tengok teater depan secara langsung macam ni. Walaupun masa persembahan tak lama (tak sampai 1 jam pun show), tapi baguslah mereka focus.

Bukan setakan budak-budak je focus, nenek dengan mak bapak budak pun semua saya nampak macam lagi fokus daripada anak sendiri. Hehe

Show Teater Muzikal Upin & Ipin - Pin Pin Pom! memang best dan awesome! Tak bosan langsung, dan padat dengan aksi dan seronok tengok. Harapnya akan lebih banyak show macam ni untuk budak-budak. Kuddos kepada penganjur sebab buat tayangan dengan tiket murah macam ni.



Terima kasih kepada pihak KLCC Convention Centre sebab sudi belanja kami tiket untuk tonton persembahan Teater Muzikal Upin & Ipin - Pin Pin Pom!. We ❤️ you KLCC Convention Centre ^_^

KLCC Convention Centre
(Pusat Konvensyen Kuala Lumpur)
Jalan Pinang, Kuala Lumpur City Centre, 
50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Website: www.klccconventioncentre.com
Facebook: www.facebook.com/klccconventioncentre
Instagam: www.instagram.com/klccconventioncentre


Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

1 Comments

  1. suka dengan plenary hall tu sebab tak sejuk sampai ke tulang, just nice je temperature aircond dia. enjoy tengok performance dengan tenang

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^

FOLLOWERS