Cari Barang Dekorasi Rumah dan Pegantin di The Craft Decor

Hai korang!

Geng-geng kaki DIY (do-it-yourself) mesti dan yang tinggal sekitar Johor Bahru mesti dah familiar dengan kedai barangan dekorasi, The Craft Decor - Cari Barang DIY Dekorasi Rumah dan Pegantin di The Craft Decor di sekitar Johor.

The Craft Decor menjual barangan dekorasi rumah yang lengap bagi korang yang mencari idea dan inspirasi serta barangan untuk hias rumah di cawangan mereka di MidValley Southkey Johor Bahru.

Kepada bakal pegantin pula, korang boleh singgah ke cawangan mereka di Kempas Business Park untuk beli barangan seperti dekorasi pelamin, doorgift, bunga tiruan dan banyak lagi barang keperluan buat bakal pegantin disini.


Mudah sangat zaman sekarang sebab ada kedai macam ni, yang berkonsepkan one-stop-centre yang ada jual semua benda didalam satu kedai. Kalau dulu, nak cari bunga palsu kena cari kat kedai lain, nak cari frame hias, kena ke kedai lain. 

Dimana cawangan The Craft Decor? Untuk setakat ini mereka da 2 cawangan di Johor Bahru, Johor. Harapnya adalah satu hari nanti buka cawangan di Kuala Lumpur pula kan.

Untuk korang yang jauh daripada Johor dan taknak kesana, korang juga boleh membeli belah di The Craft Decor secara dalam talian dilaman web mereka. Saya tengok banyak juga barangan yang dijual dengan harga yang murah dan berpatutan.


Cawangan The Craft Decor, MidValley Southkey Johor Bahru
(Barangan dekorasi rumah)

Dimana nak cari barangan DIY hias rumah di Johor kalau bukan di The Craft Decor. Semua barangan hiasan rumah ada daripada bunga tiruan, pokok palsu, frame, pasu bunga, pewangi rumah, alas kaki, barang laundry semua ada.

Lagi cantik kat sini, bukan setakat banyak pilihan barangan, malah juga banyak pilihan warna yang sesuai mengikut tema warna rumah korang. Ada warna yang pastel, ada yang dark, ada yang neutral. Semua ada lah senang kata, mudah nak cari.



Cawangan The Craft Decor, Kempas Business Park Johor Bahru
(Khas untuk bakal pegantin)

Buat bakal pegantin yang rancang majlis perkahwinan mereka sendiri macam saya, ataupun yang nak survey dan cari idea mencari barang majlis kenduri dan barang majlis perkahwinan korang, saya suggest untuk korang cuba tengok seleksi pilihan deco yang ada disini.

Dengan keluasan kedai yang luas, puas korang nak cari idea dan barang yang korang nak. Macam-macam pilihan untuk bakal pegantin ada di The Craft Decor.

Antara barangan yang bakal pegantin selalu cari seperti idea doorgift perkahwinan yang murah, idea bunga telur yang cantik, idea dulang hantaran mesra bajet dan mudah dan banyak lagi.



Promosi Merdeka Sale The Craft Decor ↓

Sempena dengan bulan kemerdekaan dan Hari Kebangsaan, The Craft Decor ada buat promosi barangan perhiasan rumah, kraft dan juga barangan keperluan bakal pegantin di kedua-dua kedai mereka di Kempas Business Park dan MidValley Southkey Johor Bahru.

Promosi diskaun sebanyak 20% dengan tambahan 10% untuk pelanggan setia mereka. Untuk tambahan diskaun 10% tu tertakluk dengan pembelian minima RM300 dalam satu resit. Jimat habis ni kalau nak beli barang banyak, boleh share dengan kengkawan ke atau family sekali.

Promosi Merdeka Sale The Craft Decor berlangsung daripada 20 Ogos -18 September 2022.


Cawangan The Craft Decor

Kempas Business Park 
No. 4, Jalan Kempas Lama 1, Off Jalan Kempas Lama, Johor Bahru
Waktu operasi: Setiap hari (10AM - 6.30PM)

The Mall, MidValley Southkey Johor Bahru 
Third Mezzanine Floor, Level 4
Waktu operasi: Setiap hari (10AM - 10PM)

The Craft Decor
Contact: +6016-8115506 (Whatsapp)
Laman web: www.thecraftdecor.com.my
Facebook: www.facebook.com/thecraftdecor
Instagram: www.instagram.com/thecraftdecor_official


Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS