Menu Special Merdeka 2022 di Me'nate Steak Hub

Salam Hari Kebangsaan dan Merdeka korang!

Rasanya masih tak lambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Merdeka dan selamat menyambut Hari Kebangsaan untuk semua warganegara Malaysia.

Sempena dengan Merdeka dan Hari Kebangsaan pada 16 September 2022 nanti, Me'nate Steak Hub telah melancarkan "Merdeka Meat Fiesta 2022" yang membawakan beberapa menu spesial Merdeka dan diskaun untuk pengunjung.

Merdeka Meat Fiesta 2022
 ✅ Tawaran diskaun 15%-  20% untuk menu terpilih.
✅ 7 Menu special sehingga 16 September 2022.



Pelancaran menu ini dibuat sekali sempena dengan pembukaan cawangan Me'nate Steak Hub yang pertama didalam kompleks membeli belah dan outlet mereka yang ke-10, di The Curve, Mutiara Damansara.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Encik Iskandar Mirza Mohd Yusof, Pengarah Kanan Domestik dan Acara Tourism Malaysia. Majlis ini diacarakan oleh pengacara selebriti, Keanu Azman (Hitz FM) dan Aki Chan (MY FM).



Menurut Encik Syed Ashraf bin Syed Ali, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Me'nate Steak Hub,

"Di Me'nate, kami amat berbangga dapat mengekalkan tradisi tempatan walaupun kami merupakan restoran stik barat, kerana kami berpandangan adalah amat penting untuk kita berpegang dan berbalik kepada adat resam dan asal usul terutamanya pada masa kini dalam dunia yang sentiasa berkembang pesat ini."

"Makanan memainkan peranan penting dalam menghubungkan masyarakat daripada budaya, latar belakang dan etnik yang berbeza sejak dari dahulu lagi. Justeru itu, semasa kami melancarkan kempen Merdeka Meat Fiesta 2022, kami berharap dapat menjadi penghubung dalam menggalakkan perpaduan, kepelbagaian budaya dan kebersamaan sepanjang Merdeka ini".


Dari kiri: YBhg. Datuk Aureen Jean Nonis, Senior Director (Strategic Planning Division) of Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE), YBrs. En. Iskandar Mirza Mohd Yusof, Senior Director - Domestic & Event of Tourism Malaysia and En. Syed Ashraf bin Syed Ali, Managing Director & Chief Executive Officer of Me’nate Steak Hub.


Salah satu aktiviti yang special pada hari pembukaan tempoh hari adalah dapatkan lukisan potret anda yang dilukis dengan kopi. Kartunis berbakat yang buat potret kami berdua dan warna menggunakan campuran air dah kopi. Bau wangi kopi je.

Pihak Me'nate Steam Hub turut menghadiahkan lukisan potret kopi sebagai tanda penghargaan kepada YBrs. Encik Iskandar Mirza Mohd Yusof kerana sudi menyerikan lagi majlis pelancaran outlet terbaru Me'nate Steak Hub dan Merdeka Meat Fiesta 2022.


Farah Ann Abdul Hadi, ahli gimnastik Olimpik negara pun ada pada hari perasmian.

Selain daripada 7 menu Merdeka Meat Fiesta 2022 yang ditawarkan, bermula dari 20 Ogos hingga 31 Ogos 2022, pelanggan juga boleh menikmati potongan harga sebanyak 20% off untuk menu stik daging dan kambing, dan 15% off untuk menu Me'nate Steak Hub yang lain.

Manakala 7 Menu special boleh dinikmati sehingga 16 September 2022. 


3 Menu Special Merdeka Meat Fiesta 2022:

🥩 Malaysian Daging Bakar RM69.90
Daging bakar yang dihidangkan bersama dengan sos istimewa Me'nate Steak Hub beserta dengan sos sambal belacan. Menu ini dicipta khas mengikut selera orang Malaysia yang sukan pedas dalam makanan mereka. Dagin pula boleh request untuk jenis masak yang mana ikut citarasa korang.


🍖 Lamb Jalur Gemilang RM59.90
Sejenis menu kambing bakar yang diperap didalam perapan istimewa Me'nate Steak Hub. Antara menu yang paling sedap untuk seleksi Merdeka Meat Fiesta 2022. Bagi saya, Lamb Jalur Gemilang merupakan menu wajib cuba untuk korang yang peminat kambing.


🍗 Merdeka Fried Quail RM35.90
Merupakan menu burung puyuh goreng yang disalut dengan tepung goreng khas Me'nate Steak Hub. Kalau korang nak cuba sesuatu yang baru, korang boleh cuba menu burung buyuh goreng ni. Satu set ada banyak ekor, boleh kongsi dengan 3-4 orang.


Ada 4 jenis minuman special yang korang boleh dapatkan sebelum 16 September 2022,

☕ Kopi tarik 65 RM5.90
☕ Teh Tarik 1957 RM5.90
🍹 Bandung Bunga Raya RM9.90
🍹 Soda Kebangsaan RM9.90


Untuk pelanggan yang nak cuba menu lain selain daripada menu promosi pun boleh, korang boleh pilih apa yang korang nak makan terus daripada menu, atau ke kaunter untuk pilih dan bayar ikut jenis steak apa yang korang nak cuba. Harga dah termasuk satu set beserta upah masak.

Lagi best, di Me'nate Steak Hub, korang boleh pilih macam mana korang nak daging steak korang, samada Rare, Medium Rare, Medium, Medium Well atau Well Done.





Tahniah kami ucapkan kepada Me'nate Steak Hub atas pembukaan cawangan mereka yang ke-10 yang juga merupakan cawangan pertama Me'nate Steak Hub didalam kompleks membeli belah. Lepas ni, mesti lagi ramai orang datang lepas penat membeli belah.

Selamat maju jaya kami ucapkan ^_^



Tarikh promosi Me'nate Merdeka Meat Fiesta 2022:
✅ 20% Off Beef & Lamb Steak;
✅ 15% Off untuk menu lain.
- Promosi bermula dari 20 Ogos hingga 31 Ogos 2022.

Menu special Me'nate Merdeka Meat Fiesta 2022:
- Sehingga 16 September 2022

Me'nate Steak Hub
Website: menate.com.my
Facebook: www.facebook.com/menatesteakhub
Instagram: www.instagram.com/menatesteakhub

Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS