DYTM Raja Muda Selangor Meriahkan Malam Gala Selangor Youth Community

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Sedar tak sedar, dah 5 tahun Selangor Youth Community (SAY) ditubuhkan oleh penaung diraja, Raja Muda Selangor, DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. 

SAY yang ditubuhkan pada tahun 2017 ini membawa visi dan misi untuk mewujudkan komuniti belia yang bertenaga, dinamik dan progresif di Negeri Selangor. 

Setakat Disember 2022 sahaja, SAY dah memberi impak positif kepada lebih daripada 300 ribu belia dibawah 200 program dan inisiatif dibawah 4 kategori utama yang difokuskan iaitu:

1. Entrepreneurship (Keusahawanan),
2. Arts and Creative (Seni dan Kreatif),
3. Community Service (Khidmat Masyarakat),
4. Sports and Wellness (Sukan dan Kesejahteraan).



Malam Gala Ulang Tahun SAY yang ke-5 diserikan oleh dengan kehadiran  DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor. Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan YB Puan Hannah Yeoh bagi menyokong usaha SAY.

Acara gilang gemilang ini telah diadakan pada 15 Disember 2022 di Sunway Resort Hotel & Spa.

Ramai yang datang untuk memeriahkan malam gala yang bertemakan 'NEON' termasuklah penaja utama, Sunway Group Berhad. Penaja lain Prince's Trust International, Kerajaan Negeri Selangor, Yayasan Hasanah dan Kementerian Kewangan, Rafulin Holdings, Kumpulan Biforst.

Wakil rakan kongsi seperti Kementerian Belia dan Sukan, agensi, wakil perniagaan kecil, pemimpin belia dan sukarelawan daripada pelbagai industri serta belia yang terlibat turut datang memeriahkan majlis malam gala itu.



Team rakan media: (Dari kiri) Dboy, Zharif, Zayani, AlongMurni dan Faries.

Excited kami bila tengok persembahan istimewa anak orang asli dari Gerik, Perak dibawah projek Kemar Tari, yang ditaja oleh SAY di bawah Belia Juara Seed Funding yang memberi manfaat kepada 20 anak orang asli. Lama tengok deorang ni berlatih untuk buat persembahan terbaik malam tu.

Naim Daniel pun ada buat persembahan pada malam tu. Naim Daniel nyanyikan 3 buah lagu termasuklah lagu popularnya Sumpah, Seribu Tahun daripada Imran Ajmain dan lagu terkininya, Mainan.



SAY turut menayangkan 3 filem pendek oleh pemenang utama filem pendek yang telah memenangi Kempen Belia Juara untuk Ulang Tahun ke-5 SAY:

⭐ Joy (Kiara) dan Ong Yee Jing - "A Dream",
⭐ Leeyana Sulong - "Nostalgia",
⭐ Seha M.S.O - "102 Hari".

Penerima Anugerah SAY's 5th Anniversary Gala 2022

⭐ Pemenang Anugerah Belia Raja Muda Selangor:
Mohammad Syafiq Ridzwan bin Jamaluddin, 34 tahun, bekas Pemangku Presiden Majlis Belia Selangor

⭐ Pemenang Anugerah Organisasi Belia Terbaik:
Adab Youth Garage (menyediakan akses pendidikan dan peluang untuk belia yang kurang mendapat perkhidmatan di kawasan perumahan kos rendah).

⭐ Pemenang Anugerah Kepimpinan SAY (Seni & Kreatif):
Dhiyaul M. Asyraf (Yaul Acap), 31 tahun, Pengasas Art Battalion.

⭐ Pemenang Anugerah Kepimpinan SAY (Sukan & Kesejahteraan):
Daphne Ng Chiew Yen, 34 tahun, Bekas Atlet Badminton Kebangsaan, Ketua Jurulatih/Pengasas Bersama Duo Sparks.

⭐ Pemenang Anugerah Kepimpinan SAY (Keusahawanan):
Jason Fung, 24 tahun, Pelatih dan Mentor untuk Pemimpin Muda, Pelatih Pengurusan dan Bakat Baru.

⭐ Pemenang Anugerah Kepimpinan SAY (Perkhidmatan Komuniti):
Hairull Abdullah, 25 tahun, Penyelarasan Biodiversiti dan Pemuliharaan, Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan Hutan Hujan Tropika (TRCRC).

⭐ Pemenang Best Team Participant - Peserta Pasukan Terbaik:
Izzah Ezureen binti Mohamed Yusoff, 25 tahun, Pengasas Kopi Kontena Hulu Bernam.





Tahniah saya ucapkan untuk penerima anugerah. Bukan mudah nak dapat anugerah yang dipilih secara teliti oleh ahli komiti dan DYTM Raja Muda Selangor sendiri. Pemihan adalah berdasarkan impak dan sumbangan mereka didalam perubahan positif dalam industri masing-masing.

Kejayaan 5 tahun penubuhan Selangor Youth Community (SAY) yang bertemakan "Celebrating Achievements, Shaping Global Champion" yang mengiktiraf bakat individu, pergerakan belia dan organisasi selain daripada membantu agensi ini untuk bergerak dengan dana dengan setiap ringgit yang disumbangkan kepada SAY.



Para hadirin juga turut menyaksikan acara menandatangani memorandum persefahaman diantara ASEAN Foundation dan Selangor Youth Community (SAY) untuk memulakan kerjasama bagi program pemerkasaan belia di seluruh rantau ini.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada penaja lokasi, Sunway Resort Hotel & Spa atas hospitaliti dan kualiti makan makan malam yang dihidangkan pada malam Gala Ulang Tahun SAY yang ke-5. Kami memang enjoy betul dengan makanan yang dihidangkan.



Tentang Selangor Youth Community (SAY)

Selangor Youth Community - Komuniti Belia Selangor, juga dikenali sebagai SAY adalah merupakan sebuah pertubuhan NGO, yang diasaskan oleh DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Iris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor. 

SAY bertujuan untuk mewujudkan komuniti belia, untuk belia dan oleh belia sendiri, diilhamkan oleh wawasan Raja Muda Selangor agar negeri Selangor menjadi komuniti belia yang bertenaga dan dinamik melalui empat bidang tumpuan.


Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS