Konsert Selamat Ulang Tahun dan Kisah Lainnya oleh Nadin Amizah di Kuala Lumpur

Hai dan salam sejahtera korang,

Tahun 2022-2023 menyaksikan semakin banyak konsert yang diadakan di Malaysia. Ada yang daripada artis tempatan dan tak kurang juga artis antarabangsa. Saya berkesempatan untuk ke konsert sulung artis dari negara jiran, Nadin Amizah.

Nadin Amizah, penyanyi dan juga penulis lirik kebanyakan lagunya sendiri merupakan seorang penyanyi muda yang hanya berusia 22 tahun, yang terkenal dengan genre nyanyian alonan pop balada dan folk. Lagu-lagu dia semua dengar slow dan soothing je minda.

Konsert Selamat Ulang Tahun dan Kisah Lainnya oleh Nadin Amizah di Kuala Lumpur, Malaysia


Oleh kerana kejayaan konsert pertama Nadin Amizah di Jakarta pada tahun lepas, Nadin memilih untuk membuat konsert antarabangsa pertamanya di Malaysia dengan memilih tarikh 21 Januari 2023, juga merupakan satu tarikh yang special sebab ulang tahun konsert di Jakarta tahun lepas.

Konsert Selamat Ulang Tahun dan Kisah Lainnya yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur ini telah dibawakan khas oleh MYdeteksi dengan kerjasama TAPAUasia, Sorai dan Tap Projects.

Seusia muda, Nadin Amizah dah dapat banyak anugerah sepanjang kariernya. Antara anugerah besar yang Nadin pernah dapat adalah AMI Music Award 2019 didalam kategori "Produksi Best Folk/Country/ Ballad Terbaik" dan kategori "Pendatang Baru".

Press conference Konsert Selamat Ulang Tahun dan Kisah Lainnya oleh Nadin Amizah di Kuala Lumpur, Malaysia

Nadin Amizah bersama ibu dan bapanya.


Harga tiket konsert Nadin Amizah:
Konsert Selamat Ulang Tahun dan Kisah Lainnya di Kuala Lumpur

STAR (VIP BOX) – Meet & Greet + Special Gifts: RM600.00
BERTAUT (CAT 1) - Premium Standing: RM230
TARUH (CAT 2) – Normal Standing: RM190.00
SORAI (CAT 3) – Premium Seating: RM250.00
RUMPANG (CAT 4) – Normal Seating: RM190.00

*Tiket didapatkan di tapautix.tapau.asia 



Kami berdua dapat BERTAUT (CAT 1) - Premium Standing, yang memang kena berdiri untuk enjoy konsert ni. Jujur cakap, kalau pendek macam saya ni, better next time pergi duduk je. Pertama kali juga kami berdiri, boleh tahan penat juga la nak berdiri. Masing-masing dah berusia kan. HAHA

Tapi yang betul-betul fans Nadin Amizah ramai yang ikut nyanyi dan berdiri, serta enjoy moment kenangan manis deorang kat konsert ni. Walaupun alunan lagu yang dinyanyikan slow dan mellow je, tapi siap ada persembahan teater atas stage tau.

Konsert Selamat Ulang Tahun dan Kisah Lainnya - Nadin Amizah di Kuala Lumpur


Paling dreamy, setting stage kat Zepp Kuala Lumpur memang sangat best. Walaupun kawasan dewan dia tak besar, tapi lighting, sound system semua best sangat. Cuma satu je la, stage rendah, so ada part yang saya tak nampak sangat sebab orang kat depan tinggi-tinggi nau T_T

Suara Nadin Amizah di Konsert Selamat Ulang Tahun dan Kisah Lainnya di Malaysia jangan cakap la, sedap telinga mendengar, lirik pun sedap juga. 

Setting konsert tempoh hari memang sangat magical.



Jumlah keseluruhan persembahan Nadin Amizah di Konsert Selamat Ulang Tahun dan Kisah Lainnya di Kuala Lumpur ada 16 buah lagu dengan dibahagikan didalam 2 babak. Nadin pun sangat berpengalaman layan fans, banyak interaksi dengan peminat dia.

Lagu yang dinyanyikan di Konsert Selamat Ulang Tahun dan Kisah Lainnya oleh Nadin Amizah di Kuala Lumpur, Malaysia:

Babak 1:
1. sebuah tarian yang tak kunjung selesai
2. hormat kepada angin
3. seperti takdir kita yang tulis
4. menangis di jalan pulang
5. dan, selesai.
6. Rumpang
7. Seperti Tulang

Babak 2:
8. Kanyaah
9. Paman Tua
10. Kereta Ini Melaju Terlalu Cepat
11. Beranjak Dewasa
12. Bertaut
13. Taruh
14. Cermin
15. Mendarah
16. Sorak Sorai

Sekitar suasana Konsert Selamat Ulang Tahun dan Kisah Lainnya oleh Nadin Amizah

Persembahan Bertaut - Nadin Amizah bersama bonda diatas pentas

Unik sangat konsert ni sebab seleksi dan persembahan memang dah di kurasi dengan style teater persembahan semasa nyanyian, cukup untuk membuatkan bulu roma ramai orang meremang, siap ada juga yang sampai menangis sebab lagu Nadin sesuai dengan keadaan semasa sekarang.

Kalau korang pertama kali nak dengar lagu Nadin Amizah, saya recommend untuk korang cuba dengar lagu Nadin Amizah - Bertaut sebab lagu merupakan sebuah lagu yang Nadin karangkan buat ibu yang tersayang ❤

Nadin Amizah - Bertaut 
Keras kepalaku sama denganmu
Caraku marah, caraku tersenyum
Seperti detak jantung yang bertaut
Nyawaku nyala karena denganmu


Terima kasih Nadin Amizah atas invitation untuk tonton Konsert Selamat Ulang Tahun dan Kisah Lainnya di Kuala Lumpur. Jujur cakap, memang tak kenal Nadin sebelum ni, tapi lepas je dengar persembahan, dengan lagu dan suara dia, terus jatuh hati dengan lagu-lagu dia dah.

Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

7 Comments

Bae Roslan said…
lagu nadin ni selalu dengar tapi baru tau wajah penyanyinya. comel je... congratulations nadin
Rawlins GLAM said…
Wah. Kira dia banyak lagu-lagu sesuai healing la kan. Selamat Ulang Tahun Nadin.
fareast said…
Best, menarik ada konsert macam ni. Apapun happy CNY juga
仙妮 said…
Wow....thanks for sharing your story about this amazing Konsert Selamat Ulang Tahun dan Kisah Lainnya. Nice one. Cheers Siennylovesdrawing
iena eliena said…
Cantiknya Nadin amizah,Banyak jugak lagu yang dia nyayni dalam konsert tu >Bagus dia pandai layan peminat walaupun masih baru lagi
Ruby said…
Secara jujurnya akak memang boleh berkhayal dengan lagu dan muzik Nadin ni. Memang sesuai untuk healing dan appreciate life. hehe.
AzianKhalil said…
alamak...dah tua agaknya saya..sebab tak kenal. Tapi takpe.. yg penting peminatnya semua enjoy

FOLLOWERS