Tonton Siri Animasi Nabi Musa AS Kalimullah di Nurflix TV

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Gembira saya nak kongsikan dengan korang, yang kita sekarang dah ada satu platform penstriman Islamik dan sopan, sesuai untuk orang Islam diseluruh dunia iaitu aplikasi platform Nurflix.

Malaysia, sebagai sebuah negara yang agama rasminya Islam, semestinya menjadi satu negara contoh untuk negara lain sebab kedudukan negara kita dengan penduduk yang pelbagai agama dan bangsa yang hidup dengan harmoni.

NURFLIX, yang ditubuhkan pada Julai 2022 berazam untuk menjadi satu hub pusat kendungan ilmu Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan memberikan hiburan yang 'sopan' kepada penonton khususnya penonton Islam diseluruh dunia.


Dengan inisiatif terbaru mereka, Nurflix TV melalui Nurflix Productions telah menerbitkan sebuah siri animasi Kisah 25 Rasul Edisi Bahasa Melayu dengan tajuk utamanya "The Journey Of Humankind".

The Journey Of Humankind akan menceritakan kisah yang menyeluruh tentang ketanadunan manusia sejak dari zaman Nabi Adam a.s berdasarkan rujukan daripada Al-Quran, Hadith dan sumber-sumber Islam yang sahih.

Pentingnya kita sebagai muslim yang beragama Islam untuk tahu bukan saja tentang sejarah negara, tapi wajib tahu tentang sejarah agama kita seperti yang diceritakan didalam Al-Quran menurut kisah-kisah yang disampaikan oleh Allah SWT melalui Rasulullah SAW.

Dari kiri: Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre, BOD Nurflix; Tan Sri Syed Zainal bin Syed Mohd Tahir, Pengerusi Nufflix; Encik Syah Mohamed, CEO Nurflix.

Habib Ali Zaenal Abidin, Mushrif Nurflix

Siri Animasi Nabi Musa A.S Kalimullah Edisi Bahasa Melayu

Fasa pertama mereka dalam penerbitan Kisah-Kisah 25 Rasul yang berdasarkan rujukan utama Kitab Qisas Al Anbiya' karya Ibnu Katsir adalah Kisah Nabi Musa AS Kalimullah yang akan mula ditayangkan di platform Nurflix bermula 27 Januari 2023.

Nabi Musa aAS Kalimullah Edisi Bahasa Melayu Musim 1 mengandungi 13 episod cerita animasi yang bermula dengan penghijrahan Bani Israel ke Mesir 400 tahun dahulu. Kisah ini akan diceritakan berdasarkan rujukan daripada Al-Quran, Hadith dan sumber-sumber Islam yang sahih.

Menariknya lagi, Siri Animasi 3D Nabi Musa A.S Kalimullah Edisi Bahasa Melayu ini telah dihasilkan oleh Nurflix Productions Sdn Bhd dengan menggunakan teknologi Unreal Engine dan Virtual Actor didalam bentuk 3D, sesuai untuk menarik minat generasi hari ini.

Siri Animasi Nabi Musa AS Kalimullah di Nurflix TV menggunakan teknologi Unreal Engine dan Virtual Actor didalam bentuk 3D


Sinopsis Siri Animasi Nabi Musa A.S Kalimullah Edisi Bahasa Melayu: 

Kemakmuran dan kemewahan menjadikan Bani Israil lalai terhadap risalah Allah SWT dan mereka kemudian diuji keimanannya dengan kezaliman Firaun. Penderitaan ini berterusan sehinggalah Nabi Musa dilahirkan dan seterusnya membawa Bani Israel ke tanah yang dijanjikan.

Konflik bermula apabila Nabi Musa a.s menerima perintah untuk menyampaikan dakwah daripada Allah SWT kepada Firaun sehinggalah kemuncaknya apabila Firaun ditenggelamkan di Laut Merah.

Dalam produksi ini, penonton akan dapat mengetahui ayat-ayat Al Quran daripada pelbagai surah yang menceritakan tentang Nabi Musa a.s. Renungan ayat tersebut diterjemahkan melalui jalan cerita berdasarkan tafsiran sahih ulama Islam.

Kisah paling lengkap tentang Nabi Musa a.s. Kalimullah akan memberikan penonton tahap pemahaman baharu tentang watak agung ini.


Siri Animasi Nabi Musa A.S Kalimullah Edisi Bahasa Melayu akan diceritakan oleh penyampai cerita dan pengembara Rawi Al Hakim, watak pelakon maya yang dicipta oleh pasukan animasi Nurflix sendiri untuk menyampaikan kisah-kisah dari dalam kitab Qisas Al Anbiya.

Pelakon suara Siri Animasi Nabi Musa AS Kalimullah:

WATAK PELAKON SUARA
Rawi Al Hakim Alwi Mustafa
Firaun Seti Dato Tuan Asmawi
Firaun Musa Muda Dai Syed
Panglima Tentera Amran Asmuni
Permaisuri Asiah Hana Ismail
Yukabid Ustazah Asni Mansor
Imran Farihin Abdul Fattah
Maryam Heliza Helmi
Safura Irma Hasmie
Permaisuri Neferteri Hazwani Helmi
Qarun Anas Tahir
Firaun Musa Mawi
Sheikh Ammar Kamal Ithman Qari

Dari kiri: Saya, Hazwani Helmi, Heliza Helmi,  Irma Hasmie, Ustazah Asni Mansor,  Hana Ismail


Siri Animasi Nabi Musa A.S Kalimullah akan ditayangkan didalam 13 episod pada setiap minggu didalam Bahasa Melayu, sesuai untuk tontonan kita di Malaysia dan untuk menarik minat anak kecil untuk belajar cintakan agama dan Rasul.

13 Episod Siri Animasi Nabi Musa A.S Kalimullah Edisi Bahasa Melayu di Nurflix TV akan diceritakan didalam 23 bahagian: 

01 Kedatangan Bani Israel
02 Firaun Seti 1
03 Kelahiran Firaun Musa
04 Pewaris Tahta Firaun
05 Tragedi Anak Pertama
06 Kelahiran Nabi
07 Hanyut
08 Ibu Susuan
09 La Tahzan
10 Permaisuri Mulia
11 Keturunan
12 Rahsia
13 Kembali Ke Pangkuan
14 Perlindungan
15 Madyan
16 Kalimullah
17 Utusan
18 Ahli Sihir
19 Qarun
20 Lelaki Beriman
21 Peringatan
22 Azab
23 Tenggelam


Nurflix TV
Website: thejourneyofhumankind.com
Stream Nurflix TV di: www.nurflix.tv
Email: admin@nurflix.tv 
Contact: 03-83204486

Instagram: www.instagram.com/nurflix.tv
Facebook: www.facebook.com/nurflixtv

Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

1 Comments

Aerill Hassan said…
Alhamdulillah, nanti bolehlah subscribe and tengok dengan anak-anak buah :)

FOLLOWERS