Kempen Bantuan Kecemasan Gempa Turki Syria Peduli Insan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Lately banyak berita tentang bencana alam, dan terkini yang paling menggemparkan adalah Gempa Bumi Turki–Syria 2023 [Turkey-Syria earthquake]. Angka kematian akibat gempa bumi Turki-Syria setakat harini ini (17 Feb 2023) telah menghampiri lebih daripada 44,000 orang. 

Banyak negara dan badan kebajikan yang datang memberikan bantuan untuk Turki dan Syria yang terjejas akibat  Gempa Bumi Turki-Syria ini, dah tidak terkecuali, Pertubuhan Peduli Insan Malaysia (Peduli Insan).

Orang ramai yang ingin menyumbang kepada mengsa Gempa Bumi Turki-Syria melalui Pertubuhan Peduli Insan Malaysia (Peduli Insan) boleh terus ke akhir blogpost ini untuk maklumat lanjut. Nak derma sesikit dan sebanyak banyak mana pun boleh, InshaAllah setiap sen itu dapat bantu mangsa disana.


Gambar: Pasukan Peduli Insan di lapangan terbang.

Peduli Insan merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang selalunya memfokuskan usaha bantuan ke arah negara Syria, Palestin, Yaman dan juga di dalam Malaysia sendiri. Syria merupakan negara yang paling menarik minat Peduli Insan untuk terus memberikan bantuan.

Pada 15 Februari 2023 yang lepas, pasukan Pertubuhan Peduli Insan Malaysia bersama dengan 29 NGO lain dari Malaysia dan Indonesia, telah berlepas menuju ke Lubnan untuk misi Kemanusiaan Prihatin Gempa Bumi Turkiye dan Syria.

Kronologi Gempa Bumi Turki-Syria 2023:
Pada 6 Februari, gempa bumi berukuran 7.8 berlaku di selatan Turki berhampiran dengan sempadan utara Syria. Kira-kira 9 jam kemudian, gempa ini diikuti oleh gempa bumi berukuran 7.5 berlaku di sekitar 59 batu (95 kilometer) arah barat daya.

Gempa bumi awal berpusat berhampiran Gaziantep di selatan-tengah Turki yang juga rumah kepada ribuan pelarian Syria dan kebanyakan organisasi bantuan kemanusiaan juga berpangkalan di sana. Turki /Türkiye merupakan sebuah negara dibawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations).


Gambar: Bantuan yang telah diberikan kepada mangsa di Syria.

Gambar: Makanan siap hidang yang dimasak di dapur Peduli Insan di Azaz, Syria.

Bantuan Musim Sejuk 3 Negara Peduli Insan

Kali ini, Pasukan Peduli Insan membawa misi yang lagi berat iaitu mini Bantuan Musim Sejuk 3 Negara dan Bantuan Kecemasan Gempa Syria Turkiye yang telah menyebabkan banyak korban nyawa dan orang yang cedera termasuk kanak-kanak dan bayi.

Tambahan pula sekarang musim sejuk, maka makin susah life deorang kat sana sebab keadaan cuaca musim sejuk, manakala Syria pula merupakan sebuah negara yang sehingga kini masih bergolak kerana kesan daripada perang saudara yang berlaku hampir 12 tahun lalu. 

Untuk misi kali ini, Pasukan Peduli Insan ke Lubnan dahulu untuk membantu dan mengedar bantuan musim sejuk seperti alat pemanas, bahan bakar, set pakaian musim sejuk, kotak makanan dan makanan panas siap hidang kepada lebih daripada 10,000 pelarian Syria.

Kalau korang masih lagi tertanya-tanya, siapakah Peduli Insan dan adakah Peduli Insan ini berdaftar dan scam atau tidak?

✅ Mereka merupakan sebuah pertubuhan amal yang bergerak bukan berdasarkan keuntungan yang berusaha untuk menyediakan bantuan dari segi: Makanan, Pendidikan, Perlindungan dan Kesihatan kepada fakir miskin di dalam serta luar negara dan juga kepada pelarian yang menderita akibat peperangan mahupun bencana.

Gambar: Pengerusi Pertubuhan Peduli Insan Malaysia, Mohd Luqmanulhakim Mohd Redzuan bersama dengan sukarelawan yang akan berlepas untuk misi bantuan Peduli Insan


Kempen Bantuan Kecemasan Gempa Turki Syria Peduli Insan

Selepas bantuan musim sejuk, pasukan Peduli Insan akan terus ke wilayah Gaziantep, Turkiye dan utara Syria bagi Misi Bantuan Kecemasan Gempa Syria Turkiye yang dilancarkan selepas mendengar berita buruk yang melanda Turkiye dan Syria yang mengakibatkan kemusnahan serta kerosakan hampir 30,000 bangunan. 

Melihat bantuan dunia lebih tertumpu kepada Turkiye, Peduli Insan akan memfokuskan bantuan kecemasan gempa ini diberikan kepada rakyat Syria serta pelarian Syria yang berada di Turkiye. Peduli Insan juga ada perbincangan dengan Kementerian Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (AFAD) untuk tengok apa jenis bantuan yang mereka perlukan.

Menurut En Mohd Luqmanulhakim Mohd Redzuan, Pengerusi Pertubuhan Peduli Insan Malaysia, Peduli Insan telah mengeluarkan dana kecemasan awal yang berjumlah RM250,000 untuk kegunaan segera kepada mangsa gempa di Syria dan Turkiye bermula hari pertama berlakunya bencana ini. 

Menerusi pasukan di pejabat Peduli Insan di Syria dan Turkiye, pasukan ini telah mengedarkan bantuan dari segi sokongan peralatan mencari dan menyelamat, makanan panas siap hidang termasuklah bantuan musim sejuk berbentuk set pakaian musim sejuk, selimut tebal serta sokongan perubatan dan pemulihan trauma kepada kanak-kanak dan kini keseluruhan dana adalah melebihi RM600,000.

Gambar: Bantuan yang telah disalurkan melalui Pasukan Peduli Insan di Syria dan Turkiye.


Gambar: Alatan mencari dan menyelamat Gempa Turki-Syria

Hasil daripada dana kecemasan itu, dapur Peduli Insan di Azaz, Syria turut berjaya menghasilkan lebih 10,000 makanan panas dan juga telah memberikan 14,000 liter bantuan diesel bagi kegunaan alatan pemanas yang telah diberikan kepada masjid-masjid yang menempatkan mangsa gempa bumi.

Selain itu, sebanyak 11,950 set pakaian musim sejuk dan 2,000 selimut tebal  juga telah diagihkan oleh pasukan Peduli Insan. Pasukan Peduli Insan juga memberi fokus bantuan kepada lebih 200 keluarga yang mempunyai bayi serta anak kecil berbentuk lampin bayi, susu formula untuk bayi.

Kata En Azfar Abdullah, Pengarah Jabatan Projek Peduli Insan:

"Kami juga sedar tentang trauma yang dihadapi oleh kanak-kanak terutamanya apabila berlaku bencana seperti ini, dan pasukan kami telah memberikan sokongan pemulihan trauma kepada 865 kanak-kanak melalui permainan, gula-gula serta coklat dan juga program penceritaan buku kanak-kanak bagi memastikan mereka dapat berada di dalam keadaan tenang.".


Gambar: Poster rasmi Tabung Bantuan Kecemasan Gempa Bumi Syria-Turkiye

Bantuan kecemasan gempa bumi Syria Turkiye

Cara untuk memberi sumbangan bantuan kecemasan gempa bumi Syria Turkiye melalui Pertubuhan Peduli Insan Malaysia: 

👉 Secara bank in
Pertubuhan Peduli Insan Malaysia:
Bank Islam - Nombor akaun: 07043011062082 

👉 Secara dalam talian melalui laman sesawang:
Sumbang sekarang: https://www.peduliinsan.org/my/donate/donatenow

Peduli Insan
No. 38, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.
Contact: 0133968840
Email: info@peduliinsan.org
Website: www.peduliinsan.org

Saya tabik spring kepada pasukan Peduli Insan yang cekap dan pantas dalam memberikan bantuan kemanusiaan kepada negara yang memerlukan bantuan. Semoga urusan misi kemanusiaan mereka dipermudahkan.

Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS