Review Movie 2023: Sumpahan Syaitan

Hai korang,

Salah satu filem yang ditunggu-tunggu tahun ini adalah filem Sumpahan Syaitan. Memula dengar tajuk macam tak sabar sebab filem seram kan, tapi lepas tonton trailer filem ini baru tahu yang filem Sumpahan Syaitan adalah filem ber genre komedi-seram.

Membariskan pelakon hebat seperti Farid Kamil, Dato' AC Mizal, Dato' Jalaludin Hassan bersama dengan penampilan kumpulan lawak legend Malaysia, Senario dan penghibur daripada Raja Lawak, semestinya filem ini akan membuatkan korang ketawa.

Filem ini bakal ditayangkan di seluruh pawagam termasuk di negara jiran Brunei dan Singapura bermula 2 Mac 2023 (2.3.23) - cantik tarikh pilih untuk keluarkan filem ini.



Saya telah dijemput untuk hadir ke Malam Gala Sumpahan Syaitan yang telah diadakan di Dadi Cinema, Pavillion Kuala Lumpur pada 23 Februari 2023 yang lepas. Jom baca apa pendapat saya tentang filem ini dibawah.

Filem komedi-seram Sumpahan Syaitan merupakan sebuah filem terbitan D-Bay Film Factory dan Redfiress Film Production yang diarahkan oleh Roy Krishna yang dimana proses penggambaran dan telah siap pada tahun 2019 yang lepas semasa PKP lagi.

Ada 2 lagu tema rasmi untuk filem ini: OST - Filem Sumpahan Syaitan:
🌸 Akhirnya Pasti - Aniez Burke ft. Ishraq, Beejay, Ash [https://youtu.be/ZENPYUSDDRA
🌸 Pergilah - Amira Anuar ft. Ishraq [https://youtu.be/7xhf6cb0wpo]

Masih lagi ternyiang-ngiang lirik lagu Pergilah - OST Filem Sumpahan Syaitan:

Inilah.. Sumpahan Syaitan

Hentikanlah segala
Suara yang menghantui jiwa
Bayanganmu terasa
Semakin ku lari, semakin resah
Oh pergilah.




Masa malam tayangan haritu, ada ramai 'hantu' yang berkeliaran kat situ. Hantu-hantu ini merupakan talent daripada rumah hantu, Creepy Chamber yang terletak di Danau Kota.

Special sempena dengan tayangan filem Sumpahan Syaitan, mereka telah bekerjasama dengan rumah hantu, Creepy Chamber untuk memberikan pengalaman yang lebih 'extra' untuk korang yang nak merasa sendiri pengalaman macam berada didalam filem ini.

Korang boleh melawat ke haunted house Creepy Chamber untuk rasa sendiri projek Sumpahan Syaitan x Creepy Chamber secara booking atau walk in.

Creepy Chamber KL 
Alamat: 66-1 Jalan Danau Niaga 1 Crystal Ville, 53300, Taman Danau Kota, 53100 Kuala Lumpur.
Instagram: www.instagram.com/creepychamberkl
Facebook: www.facebook.com/profile.php?id=100086114241665 (creepy chamber)

Barisan pelakon didalam filem komedi-seram Sumpahan Syaitan 2023

Review Movie 2023: Sumpahan Syaitan - Farid Kamil

Review Movie 2023: Sumpahan Syaitan - (dari kiri) Dato' AC Mizal dan Saiful Apek

Pengarah Filem Sumpahan Syaitan - Roy Krishna

Filem Sumpahan Syaitan bukan sahaja menggabungkan elemen komedi dan seram dengan jayannya dengan barisan pelakon yang berpengalaman. Bila lagi korang nak tengok Farid Kamil dan Dato' Jalaludin Hassan berlakon dalam filem komedi-seram kan?

Senarai artis yang berlakon didalam Filem Sumpahan Syaitan termasuklah: Farid Kamil, Dato' AC Mizal, Dato' Jalaludin Hassan, Nynaa Harizal, Saiful Apek, Azlee Senario, Pak Ya Sepahtu, Yassin Senario, Epy Kodiang, Syaiful Zero, Amai Kamaruddin, Arin Rajalawak, Adam Shahz, Azlan Komeng, Kenji Sawahii, Lala (Watak Kanak2 Anak Sam), Cracky Don dan ramai lagi.



Diana Danielle, isteri Farid Kamil turut hadir memeriahkan Malag Gala Filem Sumpahan Syaitan walaupun baru sahaja pula daripada mengerjakan umrah.

Sinopsis Filem Sumpahan Syaitan

Kisah tentang Sam yang diperdaya untuk membuat pelaburan MLM. Sam terpaksa meminjam wang dengan seorang peminjam wang yang ganas iaitu Branco. Selepas Sam menyedari beliau telah di tipu dari pelaburan MLM, Sam membawa keluarganya berjumpa Malik bagi melarikan diri dari Branco. 

Malik telah mengarahkan Sam & Keluarganya pergi ke Hotel lama yang baru dibelinya untuk menyembunyikan diri. Namun malangnya nasib Sam sejak Hotel itu beroperasi, pelbagai kejadian aneh berlaku di hotel tersebut. Rupa-rupanya hotel itu telah di sumpah oleh syaitan yang pernah dipuja pada satu ketika dulu.
 
Apakah yang akan terjadi kepada Sam dan keluarganya?
Adakah Branco berjaya mendapatkan kembali wangnya?


Review Movie 2023: Sumpahan Syaitan - Dato' Jalaludin Hassan jadi orang jahat dalam filem ini.


Contest "Tonton dan Menang" Filem Sumpahan Syaitan

Berita special untuk peminat dan penonton yang tonton Filem Sumpahan Syaitan. Korang bukan sahaja boleh enjoy kalau tonton filem ini, malah korang juga berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah betupa 5 buah motosikal!

Cara sertai Contest "Tonton dan Menang" Filem Sumpahan Syaitan:
1. Beli dan tonton filem Sumpahan Syaitan bermula 2.3.23,
2. Simpan tiket atau bukti pembelian korang,
2. Upload dan isi borang penyertaan di [www.sumpahansyaitan.com]
3. Klik hantar dan tunggu 'sumpahan kemenangan' korang ^_^

Untuk maklumat lanjut, boleh terus ke: www.sumpahansyaitan.com atau scan je QR code di gambar kat bawah ni. All the best!




Review Movie Filem 2023 - Sumpahan Syaitan

→ Jalan cerita yang simple dan straight-forward sesuai untuk tontonan semua orang.

→ Banyak elemen kelakar daripada seram, most of the time saya memang ketawa.

→ Tapi ada juga part lawak yang tidak sampai ke jiwa saya. Rasa macam nak ketawa, tapi tak jadi ketawa sebab lawak tak sampai atau terpotong gitu.

→ Walaupun ini merupakan filem genre pertama Farid Kamil, tapi bagus juga dia masuk sekepala dengan pelakon lawak yang lain walaupun watak dia tidak kelakar.

→ Saya enjoy tengok filem Sumpahan Syaitan sebab banyak juga lawak yang menjadi, dan bukan lawak yang syok sendiri semata-mata.

→ Ada unsur nasihat tersirat yang menasihati masyarakat untuk tidak mudah terjebak dengan MLM.

→ Memula excited nak tengok Dato' Jalaludin Hassan berlakon didalam filem komedi, tapi rupanya watak dia watak yang serious. Haha

→ Filem Sumpahan Syaitan memang entertaining, siap ada tambahan ala-ala filem hisdustan lagi hasil tangan pengarah Roy Krishna.

Rating daripada saya: ⭐⭐⭐★☆ (3.5/5 bintang)



Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS