Sekitar Majlis Pembukaan KSL Esplanade Hotel Klang

Hai dan salam sejahtera korang,

Pada 18 Mac 2023 tempoh hari, saya telah menyaksikan pelbukaan hotel generasi baharu KSL Holdings Berhad, iaitu KSL Esplanade Hotel yang terletak di Klang, Selangor dengan konsep dekorasi keseluruhan hotel merangkumi reka bentuk kontemporari masa kini.

Terletak hanya 10 minit dari pusat bandar Bukit Tinggi Klang, KSL Esplanade Hotel menawarkan penginapan bertaraf 4 bintang, dengan fasiliti yang bertaraf tinggi, hotel ini juga mudah diakses melalui lebuhraya KESAS, SKVE dan NKVE.

KSL Esplanade Hotel yang bertujuan untuk meningkatkan pelancongan melalui pelaburan yang inovatif dan berterusan dalam infrastruktur hospitaliti menepati dengan kehendak pelanggan pada masa kini.



Majlis pelancaran pembukaan KSL Esplanade Hotel Klang diakan secara gilang gemilang dengan persembahan tarian singa sebagai simbolik untuk memberikan 'Ong' dan menghalau 'energi negatif' supaya hotel ini akan terus menjadi pilihan ramai untuk menginap disini.

Majlis potong riben dilalukan oleh barisan VVIP yang terdiri daripada pemegang saham, ahli lembaga pengarah daripada KSL Holdings Berhad, dan wakil Hotel KSL Esplanade Hotel.




Melangkah masuk ke lobi Hotel KSL Esplanade Klang, terus terawa masuk kedalam hotel mewah dengan rekabentuk yang kontemporari dan moden, nampak hotel ini boleh pergi jauh hingga ke peringkat antarabangsa.

Hotel yang dibina atas tanah seluar 18 ekar yang mengelilingi KSL Bandar Bestari ini adalah merupakan projek mega daripada pemaju dari Johor Bahru yang memiliki KSL City Mall, Hotel-hotel  KSL dan resort di Johor Bahru.




Melangkah masuk ke Bilik & Suite Tetamu KSL Esplanade Hotel Klang, saya kagum dengan kebersihan dan dekorasi bilik yang simple, moden dan straightforward dengan susunan perabut yang membuatkan bilik nampak lebih luas.

Hotel ini ada lebih kurang total 403 bilik penginapan termasuk 214 Bilik Superior, 134 Bilik Deluxe, 20 Bilik Keluarga, 29 Bilik Premier, 4 Suite Eksekutif dengan 2 Bilik Tidur, 1 Suite Junior dan 1 Suite Deluxe yang akan menjadi pilihan pelanggan mereka untuk menginap nanti.

Dari bilik ini pun korang boleh dapat view menghadap view kehijauan kebun sayur, yang dari jauh nampak macam sawah padi, satu tarikan baru yang saya rasa tak pernah jumpa lagi dimana-mana hotel. Ada juga bilik dengan permandangan bandar Klang.




KSL Esplanade Hotel menawarkan pelbagai fasiliti dan kemudahan yang memuaskan untuk pelanggan mereka yang menginap disini, termasuklah:

✅ Bar atas bumbung/ rooftop bar dengan view kehijauan dan permandangan bandar,
✅ Kedai kopi/ coffee shop,
✅ Pusat kecergasan/ fitness center,
✅ Spa Onsen untuk berendam hilangkan stress dan kepenatan,
✅ Ruang acara/ event space,
✅ Bilik Mesyuarat,
✅ dan banyak lagi kemudahan.




KSL Esplanade Hotel
No 1, Persiaran Bestari 2 / KS09, 41200 Klang, Selangor. 

Website: www.kslesplanadehotel.com
Facebook: www.facebook.com/KSLEsplanadeHotel
Instagram: www.instagram.com/kslesplanadehotel

Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS