Koleksi Baju Raya Hijabistahub & Soultan 2023

Assalamualaikum dan salam Ramadan korang,

Bila nak masuk je Ramadan, mesti ramai yang dah mula prepare untuk Raya nanti. Macam suami dan saya, memang kami selalu prepare awal, ada yang kadang dah beli sebelum start puasa lagi. Baju raya pulak, kalau tak tempah, kami akan cuci mata tengok online koleksi mana yang menjadi pilihan.

Berpeluang dijemput ke Pertunjukan Fesyen Koleksi Raya Hijabistahub & Soultan Royale Night - Raya 2023 di JW Mariott Hotel, Kuala Lumpur pada 2 Mac 2023 yang lepas. Majlis ini telah dihadiri oleh lebih daripada 300 jemputan termasuklah artis dan selebrti, influencers, agen-agen dan rakan media.


Bersama Geng KembaRojak di Hijabistahub & Soultan Royale Night Raya 2023 Collection

Siapa yang tak kenal dengan jenama pakaian wanita yang mula menapak didalam industri fesyen negara pada tahun 2016, Hijabistahub. Kalau ingat baju raya cantik, mesti jenama ini menjadi ingatan ramai wanita diluar sana. Kini, dah 8 tahun jenama ini ada dipasaran.

Malam itu, turut menyaksikan pelancaran jenama baharu khas untuk koleksi pakaian lelaki terutamanya koleksi Baju Melayu, Soultan. Menariknya, jenama Soultan sebenarnya merupakan hasil kolaborasi bersama dengan selebriti popular, Aeril Zafrel.

Baju Raya Wawa Zainal dan Aeril Zafrel 2023


Majlis Pertunjukan Fesyen Koleksi Raya Hijabistahub & Soultan Royale Night - Raya 2023 dimulakan dengan gimik pelancaran Hijabistahub yang berkonsepkan ala-ala ‘Snow White’ yang tengah menunggu ‘prince Charming’ datang untuk selamatkan dia. 

Kehadiran 7 orang kerdil yang mengusung Wawa Zainal ke pentas dalam sketsa yang turut dimeriahkan dengan sketsa daripada Ryan Bakery, Boss James dan prince charming sendiri, Aeril Zafrel.



Majlis seterusnya diteruskan dengan gimik pelancaran perasmian jenama pakai lelaki dibawah Hijabistahub, iaitu Soultan yang diperkenalkan buat kali pertamanya. Gimik pelancaran pun tak kurang gah-nya apabila ada barisan panji yang masuk ke dewan pertunjukan.



Lebih meriah, dengan kehadiran penyanyi tersohor tanah air, Anuar Zain yang telah datang dan membuat persembahan semasa sesi catwalk. Bukan setakat Anuar Zain, kehadiran Erni Zakri bersama Syamel dan juga Iman Troye membuat persembahan cukup bagi surprise kan penonton.

Anuar Zain di Hijabistahub & Soultan Royale Night Raya 2023

Erni Zakri dan Syamel di Hijabistahub & Soultan Royale Night Raya 2023

Iman Troye di Hijabistahub & Soultan Royale Night Raya 2023

Antara artis dan pasangan selebriti yang turut ditampilkan bagi memeriahkan pertunjukan fesyen ini termasuklah: Alif Aziz & Bella Astilah, Mawar Rashid & Raf Yaakob, Amyra Rosli & Amar Baharin,  Nisdawati Nazaruddin & Fauzi Nawawi dan Iman Troye.

Selain itu, social media influencer yang telah berkolaborasi bersama jenama ini, Ryan Bakery dan Boss James juga turut hadir memperagakan pakaian dan membantu memperkenalkan jenama baju melayu ini kepada orang ramai.

Amyra Rosli & Amar Baharin, Nisdawati Nazaruddin & Fauzi Nawawi, Mawar Rashid & Raf Yaakob, Alif Aziz & Bella Astilah di Hijabistahub & Soultan Royale Night Raya 2023


Koleksi Raya Hijabistahub 2023
Elegante Raya 2023 / Classic Raya 2023 / Wawa Zainal Raya 2023

Pada tahun 2023, Hijabistahub menampilkan 34 design baju raya yang ada didalam 3 jenis koleksi baju raya wanita dan kanak-kanak iaitu Elegante Raya 2023, Classic Raya 2023 dan 4 design dibawah koleksi Wawa Zainal Raya 2023.

Harga pun macam tahun sebelum ini, ada design yang bawah RM200 dan ada yang nak dekat RM300 tengok design dan material kain juga. Tambah lagi menarik tahun ini, Hijabistahub juga ada sizing yang besar untuk pelanggan yang plus-size!

Cantik betul saya tengok design Koleksi Raya Hijabistahub 2023 sebab menampilkan tema dan design yang berunsurkan elemen moden klasik dengan sentuhannya yang begitu menawan daripada designer. Bila pakai, auto nampak macam gadis Melayu terakhir.




Baju plus-size Koleksi Raya Hijabistahub 2023

Soultan - Koleksi Baju Melayu 2023, kolaborasi bersama Aeril Zafrel

Koleksi Baju Melayu Soultan 2023 didatangkan dengan 18 pilihan warna untuk korang yang mencari baju melayu nak sedondon satu family. Selain koleksi baju melayu dewasa, Soultan turut memperkenalkan koleksi baju melayu untuk kanak-kanak.

Harga untuk Koleksi Baju Melayu Soultan 2023 ready-to-wear bermula daripada RM139 dah korang boleh pilih dariapda 6 jenis design baju melayu daripada Soultan Raya 2023.



Antara keunikan dan eksklusifnya Koleksi Baju Melayu Soultan 2023 ini adalahlah, selain daripada sepasang didatangkan dengan baju dan seluar, satu set juga datang dengan butang baju melayu yang unik dengan design tanjak, dan juga sapu tangan.

Warna pun ekslusif sangat, kalau beju dengan koleksi Raya Hijabistahub, memang terus masuk dengan color nak sedondon dengan pasangan korang. Lepas tu, material pun tahan lasak dan dan flexible ya, siap boleh main bola lagi.




Beli di koleksi Elegante Raya 2023, Classic Raya 2023, Wawa Zainal Raya 2023 dan Soultan Baju Melayu 2023 secara dalam talian di www.hijabistahub.com dan agen sah diseluruh Malaysia.

Untuk walkin ke butik, boleh ke butik mereka di Setia Alam, FourSeason Kuala Lumpur, Kelantan dan booth mereka di Plaza Angsana, Johor Bahru. 



Hijabistahub
Website: www.hijabistahub.com
Instagram: www.instagram.com/hijabista.hub

Soultan
Instagram: www.instagram.com/soultanofficial_


Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS