Buffet Ramadan 2023: ROTI by D'Tandoor

Selamat sejahtera dan Salam Ramadan semua,

Pada 27 Mac 2023 yang lepas, saya telah dijemput untuk ke FMBA MEDIA APPRECIATION IFTAR yang telah dianjurkan oleh Persatuan Peniaga Malaysia (FMBA) - Federation of Malaysian Business Associations dengan kerjasama Kumpulan Rangkaian D'Tandoor.

Terima kasih saya ucapkan kepada FMBA sebab sudi menjemput saya. Pihak media yang dijemput turut diserikan dengan kehadiran YB Kol. (PA) Datuk Abdul Malik Abdullah, Abdul Amir bin Abdul Malik daripada Kumpulan Rangkaian D'Tandoor.


Restoran ROTI by DTandoor yang telah berada lebih 32 tahun didalam industri makanan dan minuman di Malaysia dikenali sebagai sebuah franchisor terunggul yang telah diberikan pengiktirafan sebagai "Syarikat pertama yang menceburi bidang francais bagi pengendalian makanan India Utara di Malaysia" oleh Malaysia Book of Records.

Restoran ROTI by DTandoor memang terkenal dengan kualiti makanan mereka yang sedap. Saya sendiri dah beberapa kali datang makan di Restoran ROTI by DTandoor dan so far tak pernah lagi saya tak suka dengan makanan yang dihidangkan.



Buffet Ramadan 2023: ROTI by D'Tandoor

Jadi bila dengar tentang Buffet Ramadan ROTI by D'Tandoor pada tahun 2023, saya ingatkan mereka ada khabar berita untuk anjurkan buffet Ramadan pada tahun ini setelah lama tidak anjurkan buffet Ramadan sejak dari tahun 2019 lagi.

ROTI by D'Tandoor TIDAK menganjurkan Buffet Ramadan 2023
→ Ini adalah sebagai salah satu usaha mereka untuk mengelakkan pembaziran makanan yang berlebih-lebihan dalam usaha mereka untuk mengurangkan pembaziran makanan pada bulan puasa.

Ini adalah kerana untuk memberi kesedaran secara menyeluruh kepada semua warga Malaysia tentang pembaziran makanan terutamanya pada bulan puasa. Antara punca utama kepada pembaziran makanan ini adalah apabila restoran atau hotel masak makanan yang berlebihan tapi tak habis.



Mengikut kajian, sebanyak 40% makanan di Malaysia dibazirkan pada setiap tahun dan hal ini patut dipandang serius oleh semua pihak kerana akan memberikan impak negatif kepada nilai sosial dan ekonomi.

Saya sendiri menyokong usaha Kumpulan Rangkaian D'Tandoor yang tidak menyokong kepada pembaziran makanan terutamanya pada bulan Ramadan yang mulia ini. Pembaziran macam ni dah lari dari tujuan utama kita berpuasa, iaitu untuk menghayati kehidupan mereka yang kurang bernasib baik.

Jadual aktiviti CSR ROTI by D'Tandoor:
🌸 Menganjurkan program kebajikan (CSR) bersama dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO);
🌸 Mengedarkan sebanyak 10,000 pek makanan bersama dengan Yayasan Kasih Kanser & Kronik (YKKK), dengan bantuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk 40,000 kumpulan sasaran petugas dan pesakit dihospital.
🌸Mengedarkan Bakul Sumbangan Makanan Istimewa Ramadan & Aidilfitri kepada kakitangan dan pesakit di hospital yang terlibat.


ROTI by D'Tandoor KL
82, Jalan Damai, Kampung Datuk Keramat, 55000 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Website: dtandoor.com

Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS