Pearly Tan Dilantik Duta VitaHealth

Hai dan salam sejahtera korang,

Tahniah saya ucapkan kepada pemain badminton negara, Pearly Tan yang telah dilantik sebagai Duta Jenama VitaHealth Malaysia Sdn. Bhd. (VitaHealth), yang merupakan duta jenama ini yang pertama - dalam masa 76 tahun!

Majlis pelantikan ini telah disempurnakan oleh Ybhg. Dato' Sri Suriani Binti Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang datang untuk memeriahkan lagi majlis pelantikan ini.

Majlis pelantikan Pearly Tan sebagai Duta VitaHealth telah diadakan di Sheraton Imperial Kuala Lumpur pada 12 April 2023 yang lepas dan turut diserikan dengan majlis berbuka puasa untuk wakil-wakil yang hadir menyaksikan pelantikan itu.

Pearly Tan Dilantik Duta VitaHealth


Pearly Tan, anak jati Kedah yang berusia 23 tahun, yang juga merupakan pemain badminton beregu wanita, yang kini menduduki ranking ke-8 dunia, telah dipilih untuk menjadi contoh teladan untuk memberi inspirasi kepada gaya hidup lebih sihat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Apabila ditanya kepada Pearly Tan, apa yang membuatkan beliau bersetuju dengan kolaborasi ini, beliau menjawab bahawa ramai dalam kalangan ahli keluarga dan rakan-rakannya yang mengambil supplement VitaHealth dan beliau tahu tentang keberkesanan dan kebaikan jenama ini.

Pearly Tan juga dipilih menjadi duta bukan sahaja bakatnya dan gaya hidupnya yang sihat untuk memberi inspirasi kepada ramai orang, tetapi juga untuk memberikan impak positif dan 'Happy Vibes' kepada semua penggunanya.

Saya bersama dengan Pearly Tan - Duta VitaHealth

Sebagai sebuah jenama yang dimiliki oleh syarikat Australia dan tersenarai dalam Australian Securities Exchange, VitaHealth komited untuk membantu masyarakat mencapai kesihatan fizikal dan mental yang optimum melalui suplemen-suplemen kesihatan berkualiti tinggi. 

Sebagai peneraju veteran dalam industri, VitaHealth memenuhi permintaan dunia terhadap suplemen melalui pelbagai produk. Menjelang suku kedua 2023, VitaHealth berusaha untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan nutrisi seimbang dalam mempertingkatkan kesihatan fizikal dan mental, disamping menambahbaik kesihatan dan kualiti kehidupan.


Dari kiri; YBhg. Dato’ Sri Suriani dan Pearly Tan pada majlis pelantikan Duta VitaHealth

YBhg. Dato’ Sri Suriani didalam ucapannya berkata,

"Terdapat banyak jalan dan peluang untuk membangun, baik dalam pelbagai industri, sepertimana yang dibuktikan oleh Pearly Tan. Sebagai atlit kebangsaan, Pearly layak menjadi contoh, memberi inspirasi kepada generasi muda untuk berusaha, mengatasi cabaran dan mengejar impian dengan semangat tinggi."

"Dengan itu, saya ingin menggalakkan rakyat Malaysia terutamanya generasi muda, supaya lebih berani keluar dari zon selesa demi mengasah kemahiran dan mencapai impian, seperti yang dilakukan Pearly Tan melalui kerjaya pemain badminton profesional. Saya percaya kerjasama di antara VitaHealth dan Pealy Tan akan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat dan kehidupan yang bermakna."

Hari ini turut menandakan pelancaran rasmi VLife, siri kesihatan menyeluruh yang direka khas bagi para pengguna yang sibuk dan dimana sahaja. Siri eksklusif ini boleh didapati di kesemua cawangan Big Pharmacy di seluruh negara.



VitaHealth Malaysia
Website: www.vitahealth.com.my
Facebook: www.facebook.com/vitahealthmy
Instagram: www.instagram.com/vitahealthmy

Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS