Review Masak Lemak Restoran Salai Power Shah Alam

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Restoran Salai Power yang terletak di Jalan Kebun, Shah Alam ini telah mula beroperasi sejak 5 tahun yang lepas menghidangkan menu lauk citarasa dulu kala dan menu masakan ala kampung yang memfokuskan menu masak lemak dan sambal.

Kekuatan Restoran Salai Power Shah Alam adalah menu mereka yang menggunakan teknik 'Salai' dan teknik memasak nasi secara 'Apollo'. Kalau datang sini, korang boleh tengok sendiri Rumah Salai yang mereka ada disini.

Dimiliki oleh pasangan chef yang berpengalaman didalam bidang kulinasi masakan, Puan Siti Asiah Othman dan Encik Mohd Shahabudin Mahmud, Restoran Salai Power terkenal dengan menu masakan salai seperti Ayam Salai, Daging Salai, Keli Salai dan yang paling popular, Itik Salai.

Kedai makan masak lemak salai di Shah Alam - Restoran Salai Power

[Video Review Restoran Salai Power Shah Alam]




Haritu kami datang ke Restoran Salai Power di Jalan Kebun, Shah Alam pakai Waze je. Nak maps pun mudah nak jumpa sebab restoran berada di tepi jalan. Rupanya restoran ini memang popular bagi mereka yang tinggal di sekitar Shah Alam.

Restoran masakan salai Shah Alam bermula daripada menu hidangan lauk campur untuk makan tengah hari, tapi disebabkan permintaan ramai untuk makan malam, makanya sekarang, Restoran Salai Power dan buka sampai 11 malam untuk mereka yang nak makan malam masakan salai.




Dah nama pun "Restoran Salai Power", semestinya mereka terkenal dan kekuatan mereka adalah didalam menu masakan salai. Disini, ada macam-macam menu salai yang korang boleh cuba daripada ayam, itik, daging, keli dan sebagainya. Menu salai fresh daripada Rumah Salai mereka.

Selain daripada menu masakan salai, menu masak lemak cili api lain turut dihidangkan untuk peminat masakan masak lemak hasil inspirasi menu dan resepi daripada ibu pasangan chef ini.


Antara menu yang kami cuba di Restoran Salai Power, Jalan Kebun, Shah Alam adalah:

Daging Salai ⭐⭐⭐⭐⭐
Itik Salai ⭐⭐⭐⭐⭐
Ayam Salai ⭐⭐⭐⭐

Memang betul, kekuatan mereka di Restoran Salai Power adalah menu salai mereka. Saya suka betul dengan daging, itik dan ayam salai masak lemak sebab terasa 'smoked' yang disalai selama 24 jam sebelum dihidangkan.

Daging pun lembut je nak makan. Tambah dengan kuah masak lemak cili api, memang umph sangat! Special juga kuah masak lemak kat sini sebab deorang pakai bahan masakan resepi asli masak lemak iaitu kunyit hidup, cili api, serai dan daun kunyit.



Telur Itik Masak Lemak ⭐⭐⭐⭐⭐

Masa datang ni, teringat kalau bawa Mak dan Nenek mesti dia suka dengan menu ni. Satu menu tradisi yang sempurna sebab telur itik masak elok je, dengan kuah masak lemak yang pedas. Makan simple macam ni pun boleh membuatkan kita order extra nasi lagi.


Ikan Patin Salai ⭐⭐⭐⭐
Ikan Keli Salai ⭐⭐⭐

Team kami suka dengan ikan patin salai sebab merupakan salah satu menu yang susah nak jumpa kat restoran lain. Saya pula suka sebab portion ikan patin salai yang diberikan agak besar, satu portion boleh kongsi dalam 2 orang sekali.

Untuk ikan keli, habis juga cuma saya tak sempat nak rasa sebab kurang gemar dengan ikan keli. Tapi overall, rasa dia okay-okay kata kawan yang makan ikan keli salai ni, yang pastinya rasa salai tu ada, jadinya sedap.



Siput Sedut Salai ⭐⭐⭐⭐⭐

Merupakan menu yang geng kami berebut nak makan walaupun kena sedut-sedut. Suka sebab dia dah ketuk siap-siap siput, jadi mudah je nak makan. Seriously, makan pakai garfu pun boleh sebab deorang ketuk banyak. Nak sedut pun tak perlu banyak effort.


Telur Mayong Pais Tempoyak ⭐⭐⭐⭐⭐

Merupakan salah satu menu terbaru yang dihidangkan di Restoran Salai Power yang saya rasa korang perlu cuba. Memula tu saya macam taknak makan sebab tak beberapa suka dengan tempoyak, tapi sebab dah ada kan, macam rugi tak rasa.

Pertama kali makan telur mayong, masak pais tempoyak memang sedap sangat. Tempoyak yang dipakai pun fresh, tak masam sangat, dengan telur mayong yang tak bau. Satu kombinasi yang akan membuatkan saya order lagi kalau datang.


Satu plus point yang saya boleh bagi kepada Restoran Salai Power, Shah Alam adalah kita boleh minta nak masak lemak kurang pedas atau yang masak lemak cili api pedas tu. Untuk saya yang memang minat masak lemak salai, tapi tak tahan pedas, usaha ini adalah sangat bagus.

Kiranya restoran ini adalah sangat mesra keluarga. Kalau bawa anak-anak yang tak makan pedas pun tak ada masalah sebab inshaAllah deorang boleh makan lauk yang dihidangkan. Untuk mereka yang sukakan masak lemak cili api yang kaw-kaw pedas, korang boleh makan disini juga.


Teknik masakan Apollo di Restoran Salai Power Shah Alam.

Tambah lagi special di Restoran Salai Power adalah teknik masakan nasi putih dan nasi lemak adalah menggunakan teknik masakan "Apollo". Teknik ni lebih kurang sama dengan teknik kaedah nasi kukus, so nasi jadi lebih lembut, sedap dan gebu.

Teknik Apollo - Bekas beras disusun secara bertingkat tingkat di dalam dulang dan terdapat satu tong denagn penutup berbentuk kon yang akan diletakkan menutup nasi itu untuk dikukus.

Antara menu Nasi Lemak Apollo di Restoran Salai Power yang korang perlu cuba adalah:

✅ Nasi Lemak Daging Salai ⭐⭐⭐⭐⭐
✅ Nasi Lemak Rendang Itik Salai ⭐⭐⭐⭐⭐
✅ Nasi Lemak Lidah Salai ⭐⭐⭐⭐
✅ Nasi Lemak Lidah Berlado ⭐⭐⭐⭐⭐ - Fav kami semua! Recommended sangat.
✅ Nasi Lemak Paru Dinosaur ⭐⭐⭐⭐⭐ - Mesti cuba kalau suka makan paru!

Nasi Lemak Apollo di Restoran Salai Power Shah Alam.

Selain daripada masakan masak lemak dan salai, Restoran Salai Power turut menghidangkan pilihan menu masakan kampung popular yang lain seperti:

✅ Daging Pekasam Masak Lemak ⭐⭐⭐
✅ Ayam Goreng Nestum ⭐⭐⭐⭐⭐
✅ Soto Ayam ⭐⭐⭐⭐⭐
✅ Ubi Kayu Style Kampung ⭐⭐⭐⭐


Geng yang kami bawa untuk datang review masakanan di Restoran Salai Power Shah Alam.

Menu makanan di Restoran Salai Power Shah Alam

Waktu Operasi Restoran Salai Power
Setiap Hari (8am - 11pm)

Restoran Salai Power
Jalan Keluang, Batu 8, Jln Kebun Tambahan,
40460 Shah Alam, Selangor.
Contact: 010-3131955

Instagram: www.instagram.com/salaipower_
Facebook: @Salai POWER Restaurant

Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS