Sedekah Bulan Ramadan ke Kempen Infaq Ramadan 12

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 

Bulan Ramadan adalah bulan yang paling mulia dalam kalendar umat Islam. Masa Bulan Ramadan lah ramai umat Islam yang berlumba-lumba berebut nak cari pahala, ni dah masuk 10 malam terakhir Ramadan. Jom lah kita sama-sama ambil peluang untuk merebut pahala ganda Lailatul Qadar. 

Nak kumpul pahala pun mudah sangat. Daripada sekecil-kecil contohnya macam berzikir, membaca Al-Quran, memudahkan urusan orang lain, belanja orang berbuka puasa, bersedekah dan banyak lagi pun boleh menjanjikan syurga Allah S.W.T nanti.

Zaman sekarang pun mudah sangat. Kalau tak tahu masak, boleh belanja atau beli makanan. Kalau nak mudah lagi, boleh sedekah melalui badan-badan amal NGO seperti Pertubuhan Peduli Insan Malaysia yang banyak membantu umat Islam di Malaysia, Syria, Palestin dan Yaman.

Kempen Infaq Ramadan 12 - Pertubuhan Peduli Insan Malaysia


Kempen Infaq Ramadan (12) Pertubuhan Peduli Insan Malaysia

Tahun 2023 menyaksikan tahun ke-12 untuk Pertubuhan Peduli Insan Malaysia dalam usaha-usaha mereka membawa amanah dalam menyampaikan bantuan kepada negara-negara bergolak khususnya Syria.

Kempen Infaq Ramadan (12) Pertubuhan Peduli Insan Malaysia telah membantu 500000 penerima di kem pelarian Syria dan di Gaza, Palestin termasuklah bantuan makanan untuk berbuka dan bersahur sepanjang Ramadan.

Peduli Insan juga telah menghantar bantuan kepada lebih 350000 penerima dalam bentuk set makanan lengkap bersama dengan agihan kurma dan air minuman yoghurt Laban di Syria. Semua makanan panas ini disediakan oleh pasukan Peduli Insan sendiri di dapur terbesar mereka di utara Syria.

Kempen Infaq Ramadan 12 - Pertubuhan Peduli Insan Malaysia


 UNIC dilantik Ikon Kemanusiaan Muhibbah Pertubuhan Peduli Insan Malaysia

Kumpulan nasyid UNIC yang dianggotai oleh Fakhrul, Bazli dan Dr. Fitri Haris dengan ini telah sah menjalinkan kerjasama sebagai Ikon Kemanusiaan Muhibbah bersama dengan Pertubuhan Peduli Insan Malaysia.

UNIC merupakan kumpulan nasyid kedua yang dilantik sebagai kon Kemanusiaan Muhibbah Peduli Insan bersama dengan Kumpulan Inteam, yang sudah 4-tahun giat memperluaskan usaha untuk meraih dana sumbangan bagi kempen-kempen Pertubuhan Peduli Insan Malaysia.

Dengan kerjasama ini, Intean dan UNIC menyasarkan untuk bantu 500 ribu penerima manfaat di kem pelarian Syria serta di Gaza, Palestin sepanjang Bulan Ramadan dengan sokongan dan sumbangan orang ramai khususnya daripada peminat mereka.


Menurut Hazamin Harun - Inteam, berkongsi mengenai bantuan Ramadan yang telah mula diagihkan bermula 1 Ramadan dan bantuan ini akan diteruskan kepada musim Hari Raya Aidilfitri bagi kelengkapan makanan serta bantuan lain seperti kesihatan dan pakaian baharu. 

Peduli Insan dan hantar bantuan kepada lebih 350000 penerima manfaat dalam bentuk set makanan lengkap dengan agihan kurma serta air Laban di Syria.

Menariknya, segala persiapan ini dilakukan oleh pasukan Peduli Insan sendiri di dapur terbesar mereka di utara Syria yang sebenarnya dimaksimumkan sehingga 10,000 juadah makanan pelbagai, tetapi sebab tak cukup sumbangan jadi mereka tak boleh capai kapasiti penuh dapur tu.



Fadhilat memberi makan kepada orang yang berbuka puasa

Allah S.W.T sangat memuliakan orang-orang yang bersedekah terutamanya pada Bulan Ramadan sampai ada pintu surga yang hanya dapat dimasuki oleh orang yang bersedekah. Antara cara untuk sedekah pada Bulan Ramadan adalah dengan cara memberi makan kepada orang yang berbuka puasa.

Amalan Sedekah di Bulan Ramadan - Hadis yang diriwayatkan oleh Zaid bin Khalid al-Juhani R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

Maksudnya: Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun.

Riwayat Al-Tirmizi (807)

Imam Izzuddin Al Izz bin Abd al-Salam menjelaskan fadhilat memberi makan kepada orang yang berpuasa: "Sesiapa yang memberi makan kepada 36 orang yang berpuasa dalam sepanjang tahun, maka dia akan mendapat pahala berpuasa selama setahun’". - Maqasid al-Saum, Izz Abd al-Salam (Hlm. 18).

Dijelaskan juga setiap kebaikan yang dilakukan oleh seseorang itu akan mendapat 10 ganjaran pahala seperti firman Allah S.W.T:

مَن جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا

Maksudnya: Sesiapa yang melakukan suatu kebaikan maka baginya sepuluh ganjaran pahala.

Surah Al-An’aam (160)

*Sumber: muftiwp.gov.my

Kempen Infaq Ramadan 12 - Pertubuhan Peduli Insan Malaysia


Jom kita kumpul pahala sedekah dan bagi orang berpuasa makan dengan cara beri sumbangan melalui tabung bantuan Kempen Infaq Ramadan 12 Pertubuhan Peduli Insan Malaysia. Amalan sedekah di Bulan Ramadan ini sangat besar pahalanya.

Cara Memberi Sumbangan melalui Pertubuhan Peduli Insan Malaysia

👉 Secara bank in
Pertubuhan Peduli Insan Malaysia:
Bank Islam - Nombor akaun: 07043011062082 

👉 Secara dalam talian melalui laman sesawang:
Pertubuhan Peduli Insan Malaysia
No. 38, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.
Contact: 013 3968840/ 017 7444595

Email: info@peduliinsan.org
Website: www.peduliinsan.org
Facebook: www.facebook.com/peduliinsan.my

Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS