Assalamualaikum dan hai korang,
Siapa kat sini hantu Durian angkat tangan? Kalau korang memang tengah tunggu musim buah durian macam saya, korang kena datang ke Festival Durian Makan Sepuas Hati 2023 yang akan diadakan di beberapa lokasi di seluruh Malaysia pada bulan Mei, Jun dan Julai 2023 nanti.
Festival Durian Makan Sepuas Hati 2023 dianjurkan oleh Maybank Berhad, institusi kewangan terbesar Malaysia dengan kerjasama Agro Best Services Malaysia Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat peruncit dan pengeksport durian premium Malaysia.
Mereka yang beli tiket Festival Durian Makan Sepuas Hati 2023 Oleh MAE Maybank2U yang bakal diadakan pada tarikh terpilih di negeri Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor akan dapat menikmati buffet Durian selama 60-minit dengan harga serendah RM49.99 sahaja!
![]() |
Festival Durian Makan Sepuas Hati 2023 anjuran Maybank Berhad dan Agro Best Services Malaysia Sdn. Bhd. |
Festival Durian Makan Sepuas Hati 2023 Oleh MAE Maybank2U
Festival Buffet Durian 2023 Oleh MAE Maybank2U merupakan festival durian yang terbesar di Malaysia yang telah mendapat perhatian bukan saja warga Malaysia, malah juga mendapat perhatian dari pelancong negara luar seperti Indonesia, Singapura, Thailand, China dan Hong Kong.
Ramai orang Malaysia dan yang bukan Malaysia pun yang suka dengan durian. Acara makan durian di buffet durian unlimited ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan sampaikan tiket 'Super Early Bird' di lokasi pertama Komtar Walk Penang, habis dijual dalam tempoh lima hari pertama!
Bestnya, didalam buffet durian anjuran MAE Maybank2U dan Agro Best Services Malaysia Sdn. Bhd. ini, korang yang dah beli tiket boleh makan durian tanpa limit dalam masa 60-minit. Setiap tiket pun siap free dengan air kelapa lagi tau.
Harga tiket bermula dari RM49.99 untuk tiket warga emas dan RM59.99 untuk tiket dewasa. Kalau nak beli tiket murah, korang boleh beli sekarang sementara masih lagi didalam tempoh 'Early Bird'.
Harga Pakej Buffet Durian 2023 Oleh MAE Maybank2U
⭐ MAE Pakej Sedappp
- Durian Kampung Kahwin, D24, D13, IOI dan Udang Merah.
Early Bird Promotion
• Dewasa: RM69.99 (Harga Biasa: RM89.99)
• Warga Emas: RM59.99 (Harga Biasa: RM69.99)
* Setiap pembelian 2 tiket dewasa, percuma 2 tiket kanak-kanak dan 1 tiket warga emas.
⭐ MAE Pakej Sedappp Gilerrr
- Musang King bersama durian-durian campuran seperti Super XO, D13, D99 dan Udang Merah.
【 MAE Pakej Sedap Gilerrr 】- Early Bird Promotion
• Dewasa: RM148.00 (Harga Biasa: RM160.00)
• Warga Emas: RM99.00 (Harga Biasa: RM99.00)
* Setiap pembelian 4 tiket dewasa, percuma 4 tiket kanak-kanak dan 2 tiket warga emas.
Promosi Khas!
Untuk pembeli tiket buffet Durian ni, kalau korang share content promosi event Festival Buffet Durian 2023 Oleh MAE Maybank2U yang dibuat di laman sosial Penang Foodie, KL Foodie dan Johor Foodie, korang layak membawa pulang sebiji (1) durian!
* Tawaran tertakluk kepada 100 orang yang pertama dan sementara stok masih ada.
Lokasi Festival Durian Makan Sepuas Hati 2023 Oleh MAE Maybank2U
KOMTAR Walk, Pulau Pinang
Tarikh: 27 dan 28 Mei 2023 (Sabtu - Ahad)
Komtar Walk, Georgetown, Pulau Pinang | |
---|---|
7 sesi | Masa: 60 minit | |
12.30 – 1.30pm | 2:00 - 3.00pm |
3.30 – 4.30pm | 5.00 – 6.00pm |
6.30 – 7.30pm | 8.00 – 9.00pm |
9.30 – 10.30pm |
Pusat Membeli-Belah IPC, Mutiara Damansara
Tarikh: 3 dan 4 Jun 2023 (Sabtu - Ahad)
Pusat Membeli-Belah IPC, Mutiara Damansara | |
---|---|
7 sesi | Masa: 60 minit | |
12.30 – 1.30pm | 2:00 - 3.00pm |
3.30 – 4.30pm | 5.00 – 6.00pm |
6.30 – 7.30pm | 8.00 – 9.00pm |
9.30 – 10.30pm |
The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bahru
Tarikh: 1 dan 2 Julai 2023 (Sabtu - Ahad)
The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bahru | |
---|---|
7 sesi | Masa: 60 minit | |
12.30 – 1.30pm | 2:00 - 3.00pm |
3.30 – 4.30pm | 5.00 – 6.00pm |
6.30 – 7.30pm | 8.00 – 9.00pm |
9.30 – 10.30pm |
Beli tiket buffet durian Festival Buffet Durian 2023 Oleh MAE Maybank2U secara dalam talian di platform digital MAE oleh Maybank2 atau di tapak e-dagang Agro Best Services.
Agro Best Services - www.agrobestservices.com/mae-maybank-durian-festival
MAE oleh Maybank2 - m2u_marketplace/sama_samalokal.page
Untuk maklumat lebih lanjut:
Facebook: www.facebook.com/agrobestservices
Contact: 011-18891007 / 011-88881007.
Zayani Zulkiffli.
0 Comments