Qurban4Ummah Peduli Insan Serendah RM800

Assalamualaikum semua,

Tahu tak, dengan hanya RM800 sahaja, korang boleh melaksanakan ibadah korban di 4 negara berbeza iaitu di Syria, Palestin, Yaman dan Malaysia melalui Kempen Qurban4Ummah yang dianjurkan Pertubuhan Peduli Insan Malaysia.

Setiap negara yang dipilih di dalam  Kempen Qurban4Ummah tahun ini yang mensasarkan bantuan utama berbentuk makanan sama ada daging segar mentah atau makanan siap hidang yang akan diagihkan kepada anak-anak yatim, balu, orang-orang tua, orang kurang upaya yang kehilangan anggota badan akibat peperangan serta fakir miskin.

Selain dari pakej korban serendah RM800 yang akan dilaksanakan di luar negara, Peduli Insan ada buat inisiatif Sedekah Adha juga turut dilancarkan di bawah Kempen ini untuk rakyat Malaysia yang ingin menyumbang serendah RM30 sahaja.


Kempen Qurban4Ummah Peduli Insan tahun 2023

Apabila ditanya kepada melaksanakan ibadah korban di 4 negara berbeza iaitu di Syria, Palestin, Yaman pihak Peduli Insan menjawab mengapa memilih negara Syria, Palestin dan Yaman untuk Kempen Qurban4Ummah 2023 kerana:

Syria:
 
Kira-kira 13 juta rakyat Syria terpaksa dan dipaksa untuk berpindah dan tinggalkan kediaman sebab tempat tinggal mereka hancur terus mahupun separa hancur akibat serangan bom atau tembakan. Kemusnahan infrastruktur seperti hospital dan sekolah, ketiadaan sumber air, dan kemudahan lain.

12.4 juta rakyat Syria bersamaan 60% daripada populasi penduduk negara itu menderita kekurangan makanan dengan 90% rakyat Syria hidup dalam kemiskinan.  Pelarian Syria paling ramai di Turki - 3.65 juta orang. Kemudian di Lubnan - 1.2 juta orang.

Syria dahulunya merupakan sebuah negara yang rancak dalam industry makanan, tapi sejak perang berlaku Syria menjadi negara ke-6 yang mengalami masalah krisis makanan. Menurut laporan World Food Program(WFP), harga makanan di Syria naik 532% antara tahun 2020 hingga 2022 dan trend kenaikan ini dilihat terus meningkat.
 
Palestin:
 
Kebanyakan rakyat Gaza tak mampu laksanakan ibadah korban. Bermakna, kebanyakan daripada mereka tak mempunyai lebihan wang sebab ekonomi Gaza sangat merunsingkan akibat daripada pengepungan dan sekatan ekonomi oleh Israel.

Kadar penggangguran semakin meningkat sehingga sekitar 60% rakyat Palestin tak mempunyai pekerjaan. Penternak juga terkesan akibat kekurangan permintaan dan pembelian haiwan korban membuatkan mereka kerugian besar.

Siri-siri serangan yang dilakukan oleh Zionis Israel juga membuatkan kehidupan mereka huru hara, memerlukan banyak duit untuk membina semula rumah dan tempat perniagaan yang telah runtuh.

Yaman:
 
Negara mereka mengalami krisis kemanusiaan terburuk abad ini sejak perang lebih 9 tahun hingga 4.1 juta rakyat Yaman telah menjadi pelarian di negara sendiri dan 21.6 juta rakyat Yaman kini sangat memerlukan bantuan kemanusiaan.

The Global Hunger Index kini meletakkan Yaman sebagai negara yang paling teruk berhadapan krisis kelaparan dengan berjuta-juta kanak-kanak Yaman mengalami malnutrisi. Di sesetengah kawasan, 95% kanak-kanak di situ berhadapan malnutrisi.

Hospital-hospital di Yaman telah dibanjiri oleh kes-kes kanak-kanak kekurangan zat sebab 2.2 juta kanak-kanak Yaman di bawah umur 5 tahun kebuluran. Malah hospital di sana juga tak dapat berfungsi dengan baik. Mereka kekurangan tenaga pakar, tenaga kerja dan juga kewangan.



Pelarian Syria, rakyat Palestin dan Yaman kini terpaksa hidup bergantung harap kepada bantuan kemanusiaan sahaja. Tanpa bantuan, sukar untuk mereka meneruskan kehidupan sampai ada yang sepanjang tahun mereka hidup dalam kelaparan.

Kes kebuluran lah yang banyak membunuh nyawa di Syria, Palestin dan Yaman. Kalau bernasib baik, mereka berpeluang makan daging hanya setahun sekali, pada Aidiladha. Itu pun kalau saudara seagama dari negara luar sudi melakukan ibadah korban di sana. 

Mereka adalah golongan yang benar-benar memerlukan. Benar-benar fakir sebab memang makan untuk meneruskan kehidupan, bukan makan untuk kenyang seperti kita. Daging-daging yang mereka terima betul-betul untuk dimakan oleh keluarga mereka yang kelaparan.
 


Apa Istimewa Melaksanakan Ibadah Korban Melalui Kempen Qurban4Ummah Peduli Insan?

Keistimewaan melaksanakan ibadah korban melalui Kempen Qurban4Ummah Peduli Insan adalah setiap peserta akan menerima gambar dan video sembelihan haiwan korban yang akan dikongsikan secara digital beserta dengan sijil penyertaan korban sebagai bukti ibadah korban telah dilaksanakan.

Peduli Insan juga berharap para peminat serta rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan semasa Ikon Kemanusiaan Muhibbah - Inteam, UNIC dan Ustaz Dr Zamri Mantop dapat memberi sokongan kepada golongan kurang bernasib baik di Syria, Palestin, Yaman serta di dalam Malaysia sendiri dengan mendaftar pakej korban ataupun melalui sumbangan Sedekah Adha.


Laksanakan Ibadah Qurban4Ummah  di Malaysia, Syria, Palentin dan Yaman


Qurban4Ummah Peduli Insan Serendah RM800 - Kempen Korban

Bagi korang  yang berminat untuk mendaftar korban melalui Kempen Qurban4Ummah Peduli Insan Serendah RM800, korang boleh terus ke pautan berikut: [Korban Murah Peduli Insan]

Untuk korang yang nak salurkan sumbangan Sedekah Adha, boleh terus bank in kan ke:
Akaun rasmi: Bank Islam Pertubuhan Peduli Insan Malaysia [07043011062082]


Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS