Cara Undi Online Anugerah Telenovela Ke-9 (ATN9)

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Bermula dari 27 Mei 2023, kini peminat telenovela boleh mula mengundi 5 Kategori Popular didalam Anugerah Telenovela Ke-9 (ATN9) secara dalam talian di laman portal Anugerah Telenovela Ke-9  di [www.telenovela.my].

Sempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023, berlangsungnya majlis perasmian yang telah diadalam di Ruang Legar, World Trade Centre Kuala Lumpur. Anugerah Telenovela kali ke-9 dianjurakan oleh Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) bersama Intact Media Sdn. Bhd.

Anugerah Telenovela dahulunya merupakan sub-kategori kepada Anugerah Buku Negara yang mula diperkenalkan pada tahun 2005 dan bermula pada tahun 2015, Anugerah Telenovela telah dianjurkan secara berasingan. 


Apa Itu Anugerah Telenovela?

Anugerah Telenovela merupakan acara tahunan bagi meraikan dan memberi penghargaan buat karyawan, penulis dan penerbit tempatan dan juga kepada semua yang terlibat didalam penghasilan filem atau karya audio dan visual yang diadaptasikan dari buku ke layar perak.

Acara tahunan yang berprestij ini telah mengiktiraf dan meraikan kejayaan warga industri seni kreatif tempatan yang sentiasa menerbitkan karya berkualiti tinggi dan berpotensi untuk menembusi pasaran di peringkat global. 

Cara Undi Online Anugerah Telenovela Ke-9 (ATN9)


Anugerah Telenovela Ke-9 (ATN9) kali ini mempertandingkan sebanyak 46 calon karya adaptasi novel ke telenovela (drama bersiri), telefilem dan filem bagi tayangan dari Januari hingga Disember 2022 untuk lebih dariapda 40 Anugerah dalam 2 Kategori, iaitu Kategori Popular dan Kategori Terbaik.

Nota: 
👉 Kategori Popular - 100% Undian Online;
👉 Kategori Terbaik - 100% Penjurian oleh Juri Profesional.

Semua karya adaptasi novel ke telenovela (drama bersiri), telefilem dan filem yang disiarkan di televisyen, platform digital dan pawagam secara automatik dinilai dan disaring. Ini seiring usaha mengangkat karya kreatif tempatan ke peringkat global.

Pemenang Kategori Telenovela Terbaik Anugerah Telenovela Ke-9 akan berpeluang untuk dibawa bertanding di Anugerah Telenovela Antarabangsa (International Telenovela Award) yang akan berlangsung pada hujung tahun ini. 



Kategori Anugerah Telenovela Ke-9 (ATN9):

⭐ Kategori Popular (100 % Undian Online)

1. Novel Popular;
2. Telenovela Popular;
3. Pelakon Lelaki Telenovela Popular;
4. Pelakon Wanita Telenovela Popular;
5. Pasangan Serasi Popular.

Cara Undi Online Anugerah Telenovela Ke-9 (ATN9):

Korang dah boleh mula mengundi 5 Kategori Popular didalam Anugerah Telenovela Ke-9 (ATN9) secara dalam talian di laman portal Anugerah Telenovela Ke-9  di [www.telenovela.my] bermula dari 27 Mei 2023.

Lagi special, ATN9 kalini ada 'Mengundi Sambil Menderma', dengan memberi peluang untuk peminat yang mengundi untuk menang hadiah besar selain daripada Shop@Telenovela untuk karyawan, artis dan penggiat seni dan kreatif tempatan dalam memasarkan produk-produk mereka.

Dengan konsep 'Mengundi Sambil Menderma', setiap nilai pengundian akan memberi pengiktirafan dan sokongan kepada karyawan, penerbit, pengarah, pengarang dan artis serta tenaga kerja yang terbabit secara langsung atau tidak langsung, dalam membawa karya agung lebih jauh lagi. 

Bagi peminat yang mengundi di dalam kategori popular yang dipertandingkan, korang berpeluang untuk memenangi hadiah bulanan, bonanza dan hadiah khas yang ditawarkan oleh Anugerah Telenovela Ke-9 (ATN9).

Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Dr. Ahmad Ibrahim/ Mat London, Pengerusi Anugerah Telenovela, Dr Hasan Hamzah, Pengerusi Eksekutif Intact Media Sdn Bhd, En Mohammed Rishi Md Ross.

Siti Saleha, pelakon berbakat yang dijemput untuk merasmikan Undi Online Anugerah Telenovela Ke-9


Fasa Tarikh Dilancarkan - Undian Online Anugerah Telenovela Ke-9 (ATN9) 

🌸 Fasa Pertama (Pencalonan Penuh 46 telenovela, telefilem dan filem) - 27 Mei 2023
🌸 Fasa Kedua (Top 20) - Julai 2023
🌸 Fasa Ketiga (Top 10) - Ogos 2023
🌸 Fasa Keempat (Top 5) - September 2023
🌸 Grand Finale - Oktober 2023


Korang boleh tengok senarai penuh dan undi pencalonan Anugerah Telenovela Ke-9 di laman web rasmi Anugerah Telenovela: [www.telenovela.my]

Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS