Konsert Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Selepas 17 tahun berada didalam industri hiburan tanah air, penyanyi, komposer, penulis lirik dan pemenang anugerah, Faizal Tahir membuat kejutan dengan mengumumkan akan mengadakan Konsert Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur pada 2 September 2023.

Konsert Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur merupakan konsert sulong anak kelahiran Kuala Lumpur, Faizal Tahir atau pemilik nama Ahmad Faizal Mohammad Tahir. Dah lama peminat nantikan konsert dia ni.

Konsert Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur akan dibawakan oleh Allianz Malaysia Berhad dengan sokongan rakan kolaborasi bersama Altus Prohouse, Faithful Music, JioSpace, World Trade Centre, Level Up dan YCG.

Konsert Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur
Tarikh: 2 September 2023 (8.30pm)
Lokasi: Dewan Merdeka, World Trade Centre.

Faizal Tahir di Sidang Media Konsert Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur

Sidang Media Konsert Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur

Konsert bukan sekadar tentang muzik tetapi sebuah penceritaan perjalanan Faizal Tahir sebagai anak seni bermula dari perjalanan beliau selepas rancangan realiti One in a Million pada tahun 2006 selepas 17 tahun berkarya sebagai anak seni muzik di Malaysia.

Penyanyi yang berusia 44 tahun ini bakal menyampaikan 20-23 buah lagu dalam masa lebih daripada 90minit dengan 5 segment di konsertnya nanti. 

Apabila ditanya tentang kolaborasi bersama dengan artis lain, Faizal Tahir menjawab, setakat ini masih diada dalam perancangan untuk berkolaborasi bersama dengan artis lain didalam konsert sulungnya nanti.

Faizal Tahir di Sidang Media Konsert Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur


Sesi Sidang Media Konsert Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur telah berlangsung pada 13 Jun 2023 di JIO SPACE, Petaling Jaya, Selangor tempoh hari yang turut dihadiri oleh Faizal Tahir sendiri bersama dengan pihak akan yang terlibat didalam merealisasikan konsert ini nanti.

Faizal Tahir, memang popular sebagai penyanyi sebab bakat kelebihan vokalnya atau persembahan yang selalu bertenaga. Selain itu, koleksi lagu yang dinyanyikan oleh Faizal juga ada personalitinya yang tersendiri.

Kata Faizal Tahir berkenaan dengan Konsert Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur:

"Secara jujurnya, selepas 17 tahun baru sekarang terjadinya konsert solo Faizal Tahir. Ini kerana saya sudah lama dipujuk oleh ramai pihak. Saya akur dengan pujukan itu. I give in dan mengaku tewas, mereka telah meyakinkan saya untuk buat konsert saya,".

"Konsert ini bukan hanya sekadar hiburan tetapi sama-sama untuk kita mengambil sesuatu yang baik dan positif tentang kehidupan. Ada sesi perkongsian dari dari zaman poyo, tak sedar diri sampai sedari diri."

"Sebuah revolusi  perjalanan itu aka nada dalam konsert ini. Saya nak orang pulang dengan mereka rasa mendapat sesuatu yang bermanfaat untuk diri masing-masing. Bukan sekadar sebuah konsert orang nyanyi dan balik dan habis begitu sahaja.".



Konsert Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur akan membawa penonton dalam sebuah penggembaraan kehidupan bermula dari tanggungjawab seorang penyanyi kepada seorang Muslim, dari seorang artis kepada seorang bapa.

Antara lagu hits dari lima album Faizal Tahir yang akan dipersembahkan termasuklah:
⭐ Aku.Muzik.Kamu,
⭐ Adrenalin,
⭐ Anatomi,
⭐ Rojak,
⭐ Mahakarya Cinta,
⭐ Bencinta,
⭐ Assalamualaikum,
⭐ Ragaman,
⭐ Sampai Syurga,
⭐ dan banyak lagi.

Faizal Tahir di Sidang Media Konsert Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur

Faizal Tahir di Sidang Media Konsert Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur

Sebagai hadiah untuk peminat juga, Faizal telah merakamkan semula lagu Sampai Syurga yang akan didendangkan kepada peminat yang hadir pada malam Konsert Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur nanti.

Rakan media bersama dengan Faizal Tahir di Sidang Media Konsert Aku Faizal Tahir

Saya berkesempatan untuk selfie bersama dengan Faizal Tahir

Harga tiket Konsert Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur:

Harga tiket konsert Faizal Tahir:
⭐ Platinum: RM488
⭐ Diamond: RM588
⭐ VIP: RM688 

Cara beli tiket Konsert Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur:

✅ Beli secara online di [www.jiotix.asia]
✅ Beli melalui talian hotline Whatsapp: [01151003111].


Harga Konsert Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur


Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS