Tourism Malaysia Lancar Pakej Durian Tourism 2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tahu tak korang, Malaysia merupakan negara yang terkenal dengan spesis Durian yang terbanyak sekali. Kita ada banyak spesis durian yang sedap, berkualiti dengan 226 spesis durian yang berdaftar di Malaysia.

Setiap tahun Tourism Malaysia dengan kerjasama agen-agen pelancongan dan MARDI buat Pakej Durian Tourism. Durian ini sangat menyumbang kedalam ekonomi agro-tourism Malaysia tau.

Special pada tahun ini, Pakej Durian Tourism 2023 yang berlangsung dari 30 Mei 2023 sehingga 31 Ogos 2023 merupakan kerjasama bersama dengan 13 syarikat agen pelancongan dengan 18 pakej yang ditawarkan sebagai pilihan untuk pelanggan.

Saya telah dijemput ke Majlis Pelancaran Program Pakej Durian Tourism 2023 (FAM Trip Agro Johor 2023) yang telah diadakan di Happy Fruit, Tangkak pada 30 Mei 2023 yang lepas.

2023 Durian Tourism Packages | Pakej Durian Tourism 2023



Pakej Durian Tourism 2023 pada kalini lebih meriah dan lebih special sebab ada menggabungkan elemen eko-pelancongan, agro-pelancongan, arkeo-pelancongan, gastonomi dan pengembaraan lasak didalam pakej yang ditawarkan.

Pakej yang ditawarkan termasuklah di negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Pahang, Pulau Pinang dan Johor. Untuk edisi kali ini, Tourism Malaysia mengambil inisiatif untuk memasarkan pakej Durian Tourism 2023 di luar negara seperti China, Hong Kong, Taiwan, Singapura dan Brunei.

Antara tawaran Pakej Durian Tourism 2023 termasuklah:
✨ Pakej serendah RM29 seorang untuk buffet durian,
✨ Pakej harian/ day trip,
✨ Pakej 2hari 1malam (2H1M),
✨ Pakej 3hari 2malam (3H2M),
✨ Pakej 5hari 4malam (5H4M).

Antara aktiviti yang korang boleh dapat didalam pakej ini termasuklah:
✅ Aktiviti mengutip dan menjamu durian serta buah-buahan lain,
✅ Belajar membuat tempoyak,
✅ Belajar menyediakan perlbagai minuman berasaskan halia,
✅ Pengalaman menginap di kampung.

Durian Tourism Packages | Pakej Durian Tourism 2023

Durian Tourism Packages | Pakej Durian Tourism 2023

Majlis pelancaran 2023 Durian Tourism Packages | Pakej Durian Tourism 2023 telah dirasmikan oleh  Encik Shahrin Mokhtar, Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej, Tourism Malaysia yang mewakili YB Dato' Dr. Ammar Abd Ghapar, Ketua Pengarah Tourism Malaysia.

Dengan adanya promosi kempen Pakej Durian Tourism 2023 seperti ini, bukan sahaja dapat mempromosikan pelancongan durian di negara kita, malah akan membantu memperkenalkan lebih banyak destinasi 2nd-tier yang mampu memberi impak kepada kegiatan ekonomi setempat. 

Ini kerana, kalau ada permintaan terhadap produk pelancongan macam ni, makanya kawasan pembangunan insfrastruktur juga akan bertambah baik dan wujudnya jaringan perniagaan yang kukuh dalam kalangan penggiat industri.




Untuk korang yang berminat nak tahu dengan lebih lanjut tentang pakej yang ditawarkan didalam Kempen Promosi Durian Tourism 2023, korang boleh terus layari laman web Tourism Malaysia [www.malaysia.travel].

Kami bertuah sebab dapat peluang untuk merasa sendiri kepelbagaian spesis durian yang ada di ladang Happy Fruits, Tangkak, Johor. Antara durian yang popular disini adalah Durian Kim Hong atau nama popularnya, Golden Phoenix.




Durian di Happy Fruit, Tangkak, Johor

Antara durian yang korang kena rasa termasuklah:
⭐ Durian Kim Hong /Golden Phoenix
⭐ Durian Musang King,
⭐ Durian Black Thorn,
⭐ Durian D168 (IOI),
⭐ Durian D13, D24, 

Manakala mengikut MARDI, mereka ada nyatakan kalau korang ada kesempatan, korang perlu merasa sendiri durian yang diklonkan sendiri oleh MARDI iaitu Durian MDUR 88 yang katanya texture dan rasanya yang seakan-akan Durian Musang King.

Kalau korang nak cari durian dan pencinta durian, korang kena kenal macam mana nak tahu durian jenis Musang King, Black Thorn, dan Durian Kim Hong /Golden Phoenix. Tengok gambar dibawah untuk rujukan. Cara kenali jenis durian -

Cara kenali Durian Black Thorn

Cara kenali Durian Musang King

Cara kenali Durian Kim Hong /Golden Phoenix

Kami juga berpeluang dibawa untuk melawat ladang durian Happy Fruit di Tangkak, Johor. Terima kasih kepada tuan tanah sebab sudi bawa rombongan kami melawat dikawasan kebun.

Membesar di Balik Pulau, Pulau Pinang, pokok durian bukanlah sesuatu yang asing untuk saya tengok. Boleh kata hari-hari nampak pokok durian, tapi lainnya pokok durian yang tumbuh di bukit dengan pokok yang tumbuh di tanah rendah. 



Entry ini diterbitkan khas sempena dengan Lawatan Majlis Pelancaran Program Pakej Durian Tourism 2023 (FAM Trip Agro Johor 2023) ke Tangkak-Muar, Johor pada 29-31 Mei 2023 anjuran Tourism Malaysia.

Tourism Malaysia
Website: www.malaysia.travel
Instagram: www.instagram.com/malaysia.truly.asia
Facebook: www.facebook.com/malaysia.travel.my


Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

1 Comments

Cuya said…
Wah first time Cuya dengar berkenaan Durian Tourism
Nampak gayanya pemasaran durian akan lebih meluaslah lepas ni.
Bestnya dapat merasa durian kat sana.

FOLLOWERS