Review Movie 2023: Vik2ria Secret

Hai dan salam sejahtera korang,

Baru-baru ini saya berkesempatan untuk hadir ke Malam Gala Tayangan Filem Vik2ria Secret yang diarahkan oleh pengarah veteran yang berbakat besar, A R Badul. Filem Vik2ria Secret juga merupakan sebuah filem comeback oleh pengarah ini sejak beliau mengundurkan diri dari pentas Filem era 90an.

Satu kebanggaan juga apabila FilemVik2ria Secret merupakan filem pertama yang mendapat bantuan Geran DKD Finas oleh pihak penerbit. Producer Richard Ung juga memang dah banyak kali bekerjasama dengan AR Badul dalam penerbitan Program TV drama dan Telemovie.

Filem bergenre komedi ini menampilkan barisan pelakon pelawak Malaysia termasuklah: Ropie, Annie Arifin, Keena Mentor, Fiza Halim, AR Badul, Man Raja Lawak, Wan Gegau dan ramai lagi bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula dari 15 Jun 2023.

Review Movie 2023: Vik2ria Secret

Filem Vik2ria Secret telah memulakan penggambarannya sejurus selepas PKP dengan bantuan gerak sebanyak RM550,000 yang diberikan oleh Finas. Rating filem ini adalah 13P, sesuai ditonton oleh semua lah basically.

Sedikit fakta tentang filem ini, apabila ditanya mengapa menggunnakan tajuk Filem Vik2ria Secret, pihak produksi menjawab yang sebenarnya tajuk filem pada asalnya adalah “Bra Merah”, tetapi seteleh beberapa perbincangan maka tajuk filem telah ditukar.

Ulasan Review Filem Vik2ria Secret 2023

Pelakon Filem Vik2ria Secret

Sinopsis Filem Vik2ria Secret

Mengisahkan tentang perjalanan Viki yang merupakan seorang anak yatim piatu yang pergi ke Kampung Honi untuk mencari asal usulnya dan meneruskan wasiat oleh ibunya. Didalam perjalanan, Viki telah bertemu dengan Ria dan mereka menjadi kawan rapat.

Idea untuk membuka butik pakaian dalam wanita yang bernama “Vik2ria Secret” telah mendapat tentangan ramai orang termasuklah Tok KK (Ketua Kampung) yang juga calon wakil rakyat di kawasan kampung tu.

Tapi ada sebab tersembunyi mengapa Tok KK taknak Viki dan Ria buka butik pakaian wanita di Kamoung Honi. Ada beberapa plot twist yang akan membawa korang dan ceritakan apakah sebab utama kenapa Tok KK tak setuju untuk buka butik tu sedangkan ramai orang kampung setuju.

Review Movie 2023: Vik2ria Secret

Review Filem 2023 - Vik2ria Secret

→ Jalan cerita yang straightforward dan santai yang sesuai ditonton oleh semua.

→ Menceritakan tentang perjalanan seorang lelaki yang ada krisis identiti pakaian yang jarang orang Malaysia nak cakap.

→ Walaupun jalan cerita macam serious, tapi filem ini sangat santai dengan lawak dan jenaka yang boleh membuatkan penonton ketawa.

→ Penampilan khas oleh AR Badul yang berlakon sendiri didalam filem ini yang membawakan watak sebagai ‘abang drebar’.

→ Satu fakta menarik, filem ini diinspirasikan dari kisah benar.


Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS