Tausiyah 1 Muharram Anjuran Munawwareen

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1 Muharram, Awal Muharran atau Maal Hijrah merupakan satu tarikh tahun baru untuk umat Islam diseluruh dunia. Pada tahun ini, 1 Muharram 1445H jatuh pada tanggal 19 Julai 2023. Jadi, apa azam tahun baru korang?

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam seluruh dunia kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Sempena dengan tahun baru, azam baru, saya berkesempatan untuk ke Program Tausiyah 1 Muharram 'Hijrah: Melangkah Dengan Cinta' anjuran jenama fesyen Islamik, Munawwareen yang telah diadakan di Forest Valley, Cheras.

Munawwareen Anjur Program Tausiyah 1 Muharram 'Hijrah: Melangkah Dengan Cinta'


Program Tausiyah 1 Muharram 'Hijrah: Melangkah Dengan Cinta' yang berkonsepkan Raudah Jiwa dengan tema pakaian serba putih melambangkan lembaran baru untuk kita umat Islam dalam menjalani tahun baru. Sesuai sangat dengan nama jenama Munawwareen ini sendiri.

Munawwareen mengambil inisiatif menyampaikan dakwah melalui program sebegini di samping meraikan kedatangan bulan yang mulia ini dengan semangat hijrah, yakni niat untuk melakukan perubahan dalam pelbagai aspek. 

Munawwareen membawa maksud: "Engkau datang membawa cahaya", merupakan sebuah jenama pakaian modest fashion muslimah yang menjual pakaian fesyen pakaian muslimin dan muslimat.

Jenama Munawwareen yang diasaskan oleh Datin Aliza binti Abu Bakar ini telah diasaskan sejak dari tahun 2020 dan kini melangkah ke tahun ke 3 pembabitannya didalam bidang fesyen Muslimah di Malaysia.

Munawwareen - Pakaian Muslimah

Datin Aliza binti Abu Bakar - Pengasas Jenama Munawwareen


Munawwareen Anjurkan Program Tausiyah 1 Muharram 'Hijrah: Melangkah Dengan Cinta'

Program Tausiyah 1 Muharram 'Hijrah: Melangkah Dengan Cinta' yang telah didihadiri oleh lebih kurang 500 orang peserta Muslimah sahaja adalah berkonsepkan sharing session diantara barisan penel jemputan dan tetamu yang diraikan.

Selain daripada nasihat daripada panel jemputan, ada juga sesi perkongsian oleh Panel jemoutan istimewa, Puan Masitah Mohd Afandy yang berkongsi tentang hijrah yang dilalui, sama ada suka ataupun duka dan bagaimana konsep hijrah itu sendiri diterapkan dalam kehidupan yang semakin mencabar juga menyuntik azam baru dan semangat yang kuat untuk laluan tahun baru 1445H. 

Barisan panel jemputan terdiri daripada:
🌸 Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa,
🌸 Prof Madya Dr. Sharifah Hayaati,
🌸 Ustazah Nony, 
🌸 Puan Masitah Mohd Afandy - Panel istimewa,
🌸 Irma Hasmie - Moderator 



Antara intipati nasihat daripada Ustazah Nony pada Program Tausiyah 1 Muharram yang saya nak kongsikan dengan korang adalah:

10 Cinta wanita Muslimah yang perlu difokuskan:
 
1. Cinta dengan tuhan,
2. Cinta dengan diri sendiri (untuk kuatkan akal, spiritual),
3. Cinta terhadap ibu dan ayah,
4. Cinta dan tanggungjawab terhadap pasangan - Bantu pasangan taat kepada Allah,
5. Cinta terhadap anak-anak,
6. Keluarga mertua,
7. Adik beradik, sepupu, kaum kerabat,
8. Dengan jiran tetangga,
9. Dengan rakan-rakan, best friend perempuan,
10. Dengan masyarakat.

Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa pula menekankan tentang 3 kalimah cinta terhadap Allah:

3 kalimah cinta yang perlu sentiasa guna:
1. Hamdullah - Syukur Alhamdullilah ,
2. Maghfira - Astafirullah, 
3. Hawqala - la hawla wala quwwata illa billahil aliyyil azim.


Program ini juga turut mengundang kumpulan Qasidah Tahfiz As-Safiyyah bagi bersama-sama memeriahkan majlis dengan alunan seni suara yang mengandungi unsur unsur dakwah Islamiyah, doa kepada Allah SWT dan puji-pujian kepada Rasulullah SAW.

Program Awal Muharram ini juga adalah salah satu inisiatif memperkenalkan kolaborasi strategik jenama Munawwareen bersama Pertubuhan Kebajikan Projek Kengkawan, untuk membawa Jemaah OKU Penglihatan (SBM) dan OKU Pendengaran (MFD) menunaikan Ibadah Umrah pada bulan Oktober 2023. 

Projek Langkah Kerdil Menuju Baitullah 2.0 ini juga bertujuan merealisasikan Impian lebih kurang 40 orang ahli pertubuhan mengerjakan umrah buat pertama kalinya. 

Qasidah Tahfiz As-Safiyyah



Berkesempatan juga untuk mendengar sendiri kisah kehidupan Puan Masitah Mohd Afandy dan keluarga tentang tragedi yang menimpa beliau. Kuat wanita ini, kiat juga pasangannya dalam menjalani cabaran dan ujian daripada Allah untuk mereka.

Selepas dengar kisah hidup Puan Masitah Mohd Afandy di Program Tausiyah 1 Muharram 'Hijrah: Melangkah Dengan Cinta', Harap saya semoga urusan Puan Masitah Mohd Afandy dipermudahkan, dan semoga semua umat Islam kuat dalam menghadapi cabaran dalam masa yang akan datang.


Munawwareen
Website: www.munawwareen.com.my
Contact: 014-2155392 ( Cik Liza Jemaan)

Sekian Salam Maal Hijrah,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS