Butterfly X Taman Hati #JagaHati Workshop

Hello Beautiful Butterflies and Caterpillars! 🌼

Lama dah tak dengar tentang aktiviti daripada The Butterfly Project Malaysia, yang pada suatu ketika dulu (sebelum PKP) sangat aktif dengan aktiviti gathering deorang. Sebagai salah seorang Butterflies, semestinya saya rindu nak jumpa-jumpa dan hangout dengan ahli yang lain.

Hasil usaha Tammy - www.plusizekitten.com (Mamasan Butterfly), finally pada 5 Ogos 2023 yang lepas, bertempat di Kafe Taman Hati, SS2 Petaling Jaya - Terima kasih venue sponsor kami! berlangsung lah sesi gathering kami yang pertama pada tahun ini.

Butterfly x Taman Hati : Jaga Hati Workshop
Tarikh: 5 Ogos 2023 (Sabtu), 3pm - 6pm
Lokasi: Taman Hati (SS2), 47300 Petaling Jaya
Tema pakaian: Light, Minimal, Comfortable (think Zen)




Kali pertama gathering event Butterfly dengan tema dan vibe yang lain daripada yang lain, untuk menggalakkan ‘self-love’, dan ‘sustainability’ dengan cara kitar semula. Event ni memang buatkan saya punya mood happy je selain daripada dapat hangout dengan aura positif daripada ahli yang lain ❤

Sponsor Lokasi: Taman Hati (SS2), 47300 Petaling Jaya 
Waktu operasi: Setiap hari (10am-6pm)
Instagram: www.instagram.com/tamanhatijz

Taman Hati yang terletak di SS2 ini merupakan sebuah kafe yang berkonsepkan kopi, kek, tumbuhan dan kucing! ☕🍰🐈 Dimiliki sepenuhnya oleh pemilik Islam, inshaAllah apa yang dihidangkan disini adalah Halal dan sedap siap dengan vibe yang lain daripada yang lain.

Sambil aktiviti workshop kami haritu, memang rasa healing habis sebab dikelilingi didalam tumbuhan dan pokok yang ada didalam kafe ini, selain daripada 3 ekor kucing yang berlari bermain sesama sendiri. Best sangat vibe dia!

Korang boleh datang hangout kat kafe ni, sambil order minuman dan kek, pastries yang deorang ada. Jangan risaum wifi pun ada untuk korang lepak sini sambil buat kerja ataupun dating/ meeting kat sini. Privacy pun nice juga sini.





Memperkenalkan, ahli meja saya:
⭐ Atie Adnan: www.atiehilmi.com
⭐ Shamiera Osment: www.shamieraosment.com
⭐ Nadia Johari: www.miszrockers.com
⭐ Azwar Syuhada: www.missazwarsyuhada.com
⭐ Ayue Rejaluddin: www.ayuerejaluddin.com

Walaupun ada diantara ahli kami yang selalu jumpa masa event, tapi ramai juga ahli Butterfly yang jarang jumpa kat event tapi ada masa gathering ni. Ramai juga ahli baru yang join, bila borak-borak best sangat dapat catch up dengan deorang.


Salah satu main highlight untuk gathering Butterfly X Taman Hati #JagaHati Workshop kalini adalah untuk mengalakkan aktiviti kitar semula selain daripada untuk menggalakkan usaha sayang diri, healing dan of course untuk hangout ladies je!

Peserta yang join haritu pun perlu bawa bekas kosong untuk tanam pokok/ succulent yang disponsor untuk DIY workshop. First time saya buat bekas untuk letak pokok sendiri. Harap hidup lama lah succulent yang saya adopt ni hehe.




Azam kami untuk jaga succulent ni dengan jayanya. Bila dah ada ilmu nak jaga macam mana, harapnya tahan lama lah nak tengok dia membesar dengan jayanya. Masa nak potting ni, habis berkasih sayang dah saya nak tanam dia. Hehe.



Sekalung terima kasih kepada para sponsor yang telah membantu menjayakan Butterfly X Taman Hati #JagaHati Workshop. Tanpa anda, tak jadi lah gathering kami yang dah lama tak buat ni. Special thanks juga kepada Mamasan Tammy sebab susah penat anjurkan.

Tambah manis lagi, masa sesi lucky draw, geng meja kami bolot mostly hadiah lucky draw. Memang lucky habis meja kami haritu, macam-macam hadiah menarik kami dapat daripada sponsor tersayang tu.




Tak sahlah kalau event dengan Butterfly Malaysia kalau tak ada goodies bag yang best daripada sponsor tersayang kan. Terima kasih atas gift barang-barang best ni sponsor! ❤

Yves Rocher Malaysia
Instagram: www.instagram.com/yvesrochermy

Deorang ada banyak jenis shower gel yang variety bau untuk korang cuba. Shower gel Yves Rocher dahla wangi, pastu tak perlu pakai banyak pun dah berbuih kemain. Saya cuba yang bau mango tu, dah macam bau mango shake dalam bilik mandi. Hehe 🚿 


The Wood Place
Instagram: www.instagram.com/thewoodplace.my

Deorang ada sponsor custom made Butterfly coaster untuk kami. Menariknya, koster ini diperbuat 100% menggunakan kayu yang dikitar semula di workshop deorang. Kalau korang ada yang minat nak join workshop tentang kayu, korang boleh contact The Wood Place.


MONIN Asia
Instagram: www.instagram.com/monin_asia

Selalu kalau kat cafe minuman tu, jenis sugar syrup MONIN lah yang terkenal yang deorang gunakan untuk buat air mocktail, cocktail, kopi, teh dan chocolate tu.🍸 MONIN menjual gula syrup dan syrup buah yang disahkan Halal untuk korang guna buat air.  


Iberica Spirit
Instagram: www.instagram.com/ibericaspirit_malaysia

Jenama kerepek kentang Iberica Spirit sebenarnya memang sangat popular dan terkenal dengan kualitinya yang top notch. Banyak flavor potato chips🥔 yang deorang ada, antara yang sedap haritu yang saya cuba adalah: Himalayan Salt, Honey Mustard dan Black Truffle Flavor.


Pudu Ria Florist Trading Sdn Bhd
Instagram: www.instagram.com/puduriafloristkl

Finally, thank you kepada Pudu Ria Florist sebab hadiah kan kami pokok bunga Kalanchoe (Widow's-thrill) 💐 untuk kami semua bawa balik untuk jaga. Ingatkan complicated nak jaga, rupanya senang je sebab pokok bunga ni jenis yang suka panas, dahla bunga lawa cute-cute je. 


 #Butterfly x @tamanhatijz #JagaHati Workshop

 #Butterfly x @tamanhatijz #JagaHati Workshop


Event hashtag: #JagaHati #butterflyprojectmy #butterflymsia #TamanHati #monin #ibericaspiritmalaysia #pudufloristkl #thewoodplace #yvesrocher

The Butterfly Project Malaysia
Website: www.butterflyproject.my
Facebook: www.facebook.com/ButterflyProjectMalaysia


With love,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS