Pembedahan Bariatrik Untuk Masalah Obesiti

Assalamualaikum dan selamat sejahtera korang,

Mengikut statistik semasa, Malaysia merupakan negara Top 1 yang ada paling banyak masalah obesity didalam Asia Tenggara. Obesity ni bukan masalah yang kecil, tapi merupakan salah satu masalah kesihatan yang besar sebab boleh jadi punca kepada banyak penyakit yang lain.

Dekat Asia Tenggara sahaja, dianggarkan kira-kira 300,000 orang meninggal dunia akibat berat badan berlebihan atau obesiti. Obesity boleh membawa kepada masalah kesihatan seperti sleep apnea, diabetes dan tekanan darah tinggi.

Saya berkesempatan untuk berkenalan dengan Dr Mustafa Mohammed TaherPakar Usus dan Bariatrik yang terbaik di Asia Pasifik. Antara pengalaman Dr Mustafa adalah, beliau telah melakukan lebih daripada 2000 pembedahan Bariatrik di sepanjang tempoh 3 tahun yang lalu.


Masalah obesiti kini boleh dirawat dengan Pembedahan Bariatrik

Bagi sesetengah orang, walaupun dah banyak diet, bersenam dan ubah gaya hidup pun belum tentu membantu memberi kesan yang ketara kepada masalah obesiti yang teruk. Sebab itulah ramai pesakit obesiti akan rasa down, kecewa dan selalunya mesti akan ada banyak masalah kesihatan yang serius. 

Dalam kes ini, dengan nasihat Dr Mustafa Mohammed Taher, Pakar Usus dan Bariatrik, penurunan berat badan melalui pembedahan bariatrik mungkin adalah pilihan yang terbaik. 

Pembedahan Bariatrik bukan sahaja boleh membantu para pesakit untuk mengurangkan berat badan, tetapi juga boleh membantu merawat masalah kencing manis dan darah tinggi, membantu masalah tidur yang teruk, kemandulan, asma, kemurungan, sakit lutut, sakit belakang,dan banyak lagi.




Apa Itu Pembedahan Bariatrik?

Pembedahan Bariatrik/ Bariatric Surgery atau orang Melayu panggil, 'potong perut' merupakan satu proses pembedahan untuk potong atau kecilkan atau ikan sebahagian bahagian perut atau usus kecil, tergantung kepada situasi yang dijalankan secara laparoscopic.

Jenis Pembedahan Untuk Masalah Obesiti:
⭐ SLEEVE GASTRECTOMY - Vertical Sleeve Gastrectomy/ Partial Gastrectomy;
⭐ ROUX-EN-Y GASTRIC BYPASS - Gastric Bypass/ Mini Gastric Bypass;
⭐ DUODENAL SWITCH - Biliopancreatic Diversion with Duodenal Switch (BPD-DS); Gastric Reduction Duodenal Switch (GRDS);
⭐ ADJUSTABLE GASTRIC BANDING - Gastric Band.

Berapa Kos Pembedahan Bariatrik?

Korang yang ada masalah obesiti, ataupun masalah berkaitan dengan sistem penghadaman, korang boleh dapatkan nasihat dan khidmat Dr Mustafa Mohammed Taher, Pakar Usus dan Bariatrik yang kini berkhidmat di Cengild G.I. Medical Centre, Bangsar South.

Mereka menawarkan pakej Pembedahan Bariatrik yang termasuk semua jenis kos seperti kos temu janji, pembedahan, kaunseling dan sebagainya. Kiranya dalam pakej RM30,000 ni daripada mula jumpa sampai habis operate dan follow-up lah siap.



Sebenarnya, dah ramai orang tahu tentang kebaikan Pembedahan Bariatrik, yang bukan sahaja boleh membantu untuk masalah obesiti, malah juga masalah sistem penghadaman yang lain seperti GERD atau Acid Reflux yang teruk.

Ramai juga artis Malaysia yang pernah buat pembedahan Bariatrik untuk gaya hidup yang lebih baik seperti Datuk Khaty, Zarina Zainuddin, Ziana Zain, Liza Abdullah, Dato Zila Jalil dan ramai lagi. Ramai juga yang memang sebelum operate berat sampai 100kg keatas.

Ada juga pesakit yang kongsi, yang dahulunya dah tak ada rasa nak hidup, Chef Bob (En Alfie Sabri) sebab telah berada di atas kerusi roda selama 3 tahun dan menggunakan keluli untuk menyokong kakinya akibat masalah obesiti yang sangat teruk. 

Lepas pembedahan Bariatrik, Chef Bob telah berjaya menurunkan berat badan beliau sebanyak 130kg dalam tempoh setahun selepas pembedahan dan kini menjalani kehidupan normal semula. Amazing kan macam mana boleh improve lifestyle dia.

Ziana Zain pun buat Pembedahan Bariatrik untuk masalah Acid Reflux yang teruk



Untuk maklumat lanjut:
Contact: 016-2330678 (Whatsapp - Pn Rafeah)
Instagram: www.instagram.com/dr.mustafamt
Facebook: www.facebook.com/dr.mustafamt


Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS