Hi dan Salam Sejahtera korang!
Hotel Pulse Grande Putrajaya dahulunya dikenali sebagai Hotel Putrajaya Shangri-La. Lepas management baru take over, banyak juga renovation yang sedang berlangsung di hotel ini. Hotel Pulse Grande Putrajaya merupakan 5 bintang yang terkenal di Putrajaya sebagai hotel dalam taman.
Lokasi hotel yang strategik, terletak di di tengah-tengah pusat pentadbiran persekutuan Malaysia iaitu di Taman Putra Perdana, Presint 1, Putrajaya menjadikan hotel ini pilihan ramai orang terutamanya penjawat awam untuk bermalam dan mesyuarat/ kursus disini.
Hotel yang mula beroperasi pada tahun 2003 ini ada total 118 bilik dan 10 bilik umesyuarat/ kursus. Selain itu, kat sini pun ada dewan persidangan serta kemudahan F&B yang disediakan untuk mereka yang menginap disini.
Review Hotel: Hotel Pulse Grande Putrajaya |
Review Hotel: Hotel Pulse Grande Putrajaya |
Review Hotel Pulse Grande Putrajaya: Deluxe Hill View Room
Bilik yang kami stay selama 3 malam ini adalah bilik jenis Deluxe Hill View Room yang berkeluasan 40m². Bilik luas kalini menghadap permandangan luas garden, so kalau waktu malam nampaklah view Taman Cahaya Putra Perdana yang berlampu memalam.
Lengkap dengan fasiliti seperti telefon bilik, Wi-Fi Internet, teh dan kopi, mini bar, peti sejuk, LCD TV, peti keselamatan, seterika dan papan seterika, tuala dan barang mandian. Since kami berdua, maka kami dapat bilik 2 super single bed, luas dan selesa.
Hotel Pulse Grande Putrajaya merupakan sebuah lokasi yang sangat sesuai untuk korang datang untuk staycation atau workstation, sebab didalam bilik pun ada meja kerja, siap dengan computer data port dan juga internet yang laju.
Tapi, salah satu tarikan kenapa saya suka stay kat sini adalah sebab didalam setiap bilik ada bathtub! Bathtub yang luas, sesuai lah untuk saya berendam sambil tengok TV didalam bilik sebab ada pintu/tingkap yang boleh buka akses ke bilik.
Kalau korang check in di Hotel Pulse Grande Putrajaya, korang akan dapat menikmati pelbagai fasiliti yang ada di hotel ini seperti kolam renang, gimnasium, dan makan di restoran mereka. Oh ya, setiap booking juga dalam makan buffet sarapan secara percuma juga!
Bersama dengan roommate trip kalini, Kak Min [www.bebelancikmin.com] |
Banyak tarikan yang terdekat dengan Hotel Pulse Grande Putrajaya yang korang boleh akses dengan hanya berjalanan kaki sahaja. Antaranya:
⭐ Taman Putra Perdana (Masuk - Percuma)
Taman Putra Perdana yang berkeluasan 62.4 hektar dan terletak di titik tertinggi di Presint 1. Tarikan utama taman ini ialah Mercu Tanda Putrajaya, monumen pertama yang dibina bagi meraikan pencapaian negara sempena penubuhan Putrajaya pada 1995.
Mercu Tanda Putrajaya menjadi tempat penyimpanan dokumen rasmi dan sejarah pembinaan Putrajaya yang tertanam taman ini di dalam kapsul Masa. Antara tarikan lain di Taman Putra Perdana termasuklah taman herba, trek joging, taman bunga dan gazebo.
⭐ Taman Cahaya Putra Perdana (Masuk - Percuma)
Pernah viral seketika dahulu, Taman Cahaya Putra Perdana yang terletak di puncak tertinggi Presint 1 merupakan tarikan pelancong terkini yang menyusuri dari Hotel Pulse Grande sehingga ke Mercu Tanda ikonik.
Taman seluas 5 ekar ini berkonsepkan avatar secret garden. Kanopi pokok dan landskap dihiasi oleh sekurang-kurangnya 15 jenis lampu LED yang berbagai bentuk seperti fibre, mesh, fairy lights, grapevine ball, meteor dan lain-lain.
⭐ Putrajaya Steps (Masuk - Percuma)
Tangga ikonik dan lokasi tumpuan pelancong ini dibina di atas cerun menuju ke Mercu Tanda di Taman Putra Perdana ini telah dibina bersempena dengan Sambutan Jubli Perk Putrajaya. Putrajaya Steps dibina dengan ketinggian 30 meter dan jarak pendakian seiauh 200 meter.
Laluan Putrajaya Steps adalah laluan pejalan kaki dari Dataran Putra melalui Laman Perdana naik ke mercu tanda di Taman Putra Perdana seterusnya ke Hotel Pulse Grande. Kalau ada kat atas sini, boleh terus tengok view Putrajaya dari aras tinggi.
Tempat Menginap Best di Putrajaya yang lain:
✅ Hotel Mercure Living Putrajaya
✅ Hotel Dorsett Putrajaya
✅ Hotel The Everly Putrajaya
✅ Hotel Zenith Putrajaya
✅ Hotel Doubletree Putrajaya Lakeside
Sebelum ini saya pernah buat liputan tentang 3 Hotel Dalam Taman Terbaik di Putrajaya & Cyberjaya [www.nurulzayani.com/2018/02/3-hotel-dalam-taman-terbaik-di-putrajaya-cyberjaya] kalau korang nak refer semula.
Entry ini diterbitkan sempena dengan program FAM Trip Produk Pelancongan Putrajaya Bersama Gaya Travel Media, Akses Malaysia & Influencer yang berlangsung pada 7-10 Ogos 2023 anjuran Gaya Travel dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya dan Media MNC Nusantara.
Zayani Zulkiffli.
0 Comments