MAGGI Jenama Kegemaran Rakyat Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera korang,

Siapa yang tak kenal dengan jenama makanan, MAGGI yang dah berada didalam pasaran dan kehidupan rakyat Malaysia selama lebih dari 5 dekad. Sejak diasaskan pada tahun 1969, MAGGI telah menghasilkan pelbagai produk kegemaran rakyat Malaysia seperti Sos Cili dan MAGGI Mi 2 Minit.

Lebih membanggakan, semua rempah terutamanya cili yang digunakan oleh jenama MAGGI adalah merupakan hasil tanaman warga tempatan, orang Malaysia. Dah sebab inilah, MAGGI menzahirkan citarasa Malaysia yang sebenar menerusi air tangan rakyat Malaysia. 

Bangga bila tahu yang Malaysia ada jenama MAGGI, satu jenama yang merupakan 100% keluaran dan citarasa air tangan warga Malaysia! dan sebab itulah jenama ini mampu berada di tangga yang tertinggi sebagai satu jenama pilihan dan kegemaran rakyat Malaysia.

Majlis Kempen MAGGI Sah Malaysia!



MAGGI turut menekankan, yang bahawa produk mereka adalah sangat mudah digunakan, terutamanya dalam menghasilkan menu masakan hasil air tangan masing-masing. 'Air tangan' bukan sahaja bermaksud hasil masakan yang disediakan untuk orang tersayang, tetapi juga mencerminkan keprihatinan dan kesungguhan rakyat Malaysia mengeluarkan setiap produk MAGGI. 

Didalam majlis roadshow Citarasa Malaysia Bersama MAGGI yang dianjurkan pada 6 Oktober 2023 bertempat di Setia City Mall, ada banyak aktiviti yang diadakan bagi meraikan majlis ini. Antara yang menarik perhatian ialah sesi demo masakan dengan produk MAGGI. 

Terima kasih kepada 4 peserta yang sudi buat demo ajar kami macam mana nak hasilkan pelbagai masakan menarik menggunakan pelbagai produk MAGGI. Antara adalah:
✅ MAGGI Goreng Asam Laksa Jeruk Tuhau oleh Adam Shamil,
✅ Ikan Assam Pedas MAGGI oleh Ayraa Aziz,
✅ Ayam Masak Merah dengan Nasi Tomato oleh Puan Rohani,
✅ Ikan Bawal Kukus dengan Sos Tiram Halia oleh Mike Choo.




En Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad didalam ucapannya berkata:

"Kami amat berbangga dengan seluruh rakyat Malaysia yang telah membina MAGGI dari generasi ke generasi. Daripada peladang Kelab Cili Nestlé yang bekerja dengan sepenuh hati di kawasan Pantai Timur, kepada cef-cef berbakat, rakan-rakan sekerja yang berusaha gigih di kilang, wakil-wakil jualan, tenaga pekerja promosi produk dan seluruh pasukan komersial kami yang mewakili citarasa terbaik Malaysia, kami amat menghargai jasa anda."

"Inilah caranya kami dapat membekalkan produk yang memenuhi jangkaan tinggi rakyat Malaysia secara konsisten, dengan penuh kepercayaan dan kasih sayang,".

Cik. Ivy Tan, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI, Nestlé (Malaysia) Berhad pula menambah:

"Kami benar-benar bangga dan bersyukur kerana berpeluang  menjadi jenama sebutan ramai di Malaysia. MAGGI telah mencipta banyak kenangan indah dan manis bagi rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat, menerusi produk yang memberikan citarasa yang digemari ramai."

"Citarasa ini menjadi kebanggaan jenama MAGGI kerana ia merupakan ‘air tangan’ rakyat Malaysia. Merekalah yang menyediakan sajian dengan penuh kasih sayang dan sentuhan peribadi, yang amat kami hargai. Baik MAGGI Kari telur pecah yang mudah dimasak untuk orang tersayang mahupun Nasi Beriani Ayam untuk majlis kenduri yang menghimpunkan seisi keluarga, semuanya bertujuan mencetus kenangan manis yang dikongsi bersama. Inilah yang menjadikan MAGGI jenama sebenar Malaysia, yang dibuat oleh rakyat Malaysia, untuk rakyat Malaysia,".


Sheila Rusly di Majlis MAGGI Sah Malaysia!

Majlis turut meraikan beberapa rakan sekerja MAGGI yang telah berusaha gigih untuk menyokong jenama kegemaran ini. Antaranya termasuk penanam cili seperti Puan Noraini binti Ismail, yang sentiasa meningkatkan kemahiran dengan teknik perladangan sejak 23 tahun lepas untuk memastikan tanah yang diusahakannya sentiasa menghasilkan cili bermutu tertinggi untuk Sos Cili MAGGI.

Turut diraikan adalah Pengurus Jaminan Kualiti Kilang, Mohd Khusaini Bin Awang, yang sepanjang tempoh 27 tahun lepas telah menjamin kualiti dan konsistensi citarasa Mi Kari 2 Minit MAGGI yang digemari rakyat Malaysia. 

Penghargaan turut diberikan kepada insan-insan lain dengan kisah penuh inspirasi.

Penerima penghargaan di Majlis MAGGI Sah Malaysia!



Untuk maklumat lanjut:
Kempen MAGGI® SAH Malaysia
Website: www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/maggi-sah-malaysia
Hashtag: #MAGGIAirTanganKita

Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS