Majlis Pembukaan Semula Red Box Karaoke, The Gardens

Salam Sejahtera dan Hello korang!

Tahniah saya ucapkan kepada Red Box Karaoke atas pembukaan semula cawangan Red Box, The Gardens yang telah dirasmikan pada 8 Oktober 2023 yang lepas. Banyak penambahbaikan yang dilakukan demi menyediakan servis yang berkualiti untuk pelanggan mereka.

Red Box Karaoke The Gardens kini akan memberikan pengalaman era baru kepada penggemar-penggemar karaoke, dengan konsep kontemporari dan dilengkapi teknologi tinggi. Pembaharuan ini menampilkan hiasan dalaman bilik karaoke yang serba moden, dilengkapi dengan sistem audio JBL bermutu tinggi.

Pengalaman karaoke di Red Box The Gardens kini menjanjikan kualiti bunyi yang terbaik, sistem lampu yang mengasyikkan, paparan LED yang dinamik, pentas DJ dan katalog lagu yang luas termasuk lagu-lagu hit tempatan dan antarabangsa yang latest.



Setiap kali majlis Red Box Karaoke memang akan meriah sebab ada acara cabutan bertuah, tarian singa, dengan hidangan bufet dan of course sesi karaoke untuk tetamu yang hadir. Majlis pembukaan semula ini turut dimeriahkan dengan kehadiran dan sokongan padu penaja, termasuklah Pernod Ricard Sdn. Bhd., Carlsberg Marketing Sdn. Bhd., Coca-Cola Refreshment Sdn. Bhd. dan Jack ‘n Jill Roller Coaster.

Selain daripada menjadi tarikan para pelancong untuk berbelanja melalui hiburan, Red Box juga memainkan peranan penting dalam industri muzik tempatan dengan mempromosikan artis-artis tempatan di platform karaoke mereka. 

Red Box sentiasa menyokong muzik tempatan di Malaysia dan industri muzik secara keseluruhan, dan pembaharuan terkini cawangan ini diharap dapat memacu Red Box untuk menembusi pasaran karaoke tempatan dengan lebih luas dan menarik pengunjung-pengunjung baharu. Red Box juga sentiasa bekerjasama dengan rakan-rakan media, label-label rakaman dan para pengurus artis, dengan menganjurkan pelbagai acara untuk para pengunjung dan khalayak ramai.




Red Box yang mula bertapak di Malaysia sejak dari tahun 2000, dengan berjayanya telah membuka banyak cawangan di seluruh negara dengan 8 buah cawangan. Red Box bukan sahaja menyediakan pengalaman karaoke, tetapi dengan konsep “bukan sekadar menyanyi”, Red Box menawarkan suasana yang lebih menyeluruh termasuk pelbagai permainan parti, promosi dan pilihan makanan. 

Red Bok Karaoke turut mensasarkan pembukaan lebih banyak lagi cawangan yang akan meneruskan tradisi aktiviti kekeluargaan dan perjumpaan yang mesra, yang akan turut menjadi tarikan pelancong dan ekspatriat supaya lebih ramai dapat berhibur dengan melodi kegemaran mereka.



Sebagai penyokong industri muzik sejak sekian lama, pembaharuan Red Box di pusat beli-belah The Gardens mengalu-alukan semua orang dari setiap lapisan masyarakat, termasuk pelancong tempatan dan antarabangsa. 

Pusat beli-belah terkemuka itu sememangnya dikenali dengan jenama-jenama ikonik termasuklah Red Box yang kini menyediakan sistem karaoke yang dikemaskini, sistem audio yang sensasi, dan pilihan lagu yang banyak, memberikan  peluang kepada peminat karaoke untuk menikmati pengalaman yang menarik.

Promosi Pembukaan Semula Red Box The Gardens 
- Promosi “Comeback Special” - Tambah masa 1 jam dengan hanya RM1 apabila anda berbelanja untuk sekurang-kurangnya satu jam sesi karaoke. 

Syaratnya:
- Kongsi video atau gambar anda sedang berkaraoke di Red Box The Gardens di akaun Facebook atau Instagram anda (sama ada ‘Post’ atau ‘Story’) dan ‘tag’ @redboxkaraokemalaysia. 
- Bayar RM1 untuk menambah satu jam kepada sesi karaoke anda. 
- Promosi ini berlangsung antara jam 11:00 pagi hingga 3:00 pagi setiap hari sehingga 8 November 2023.

Red Box Karaoke
Website: www.redbox.com.my
Facebook: www.facebook.com/redboxkaraokemalaysia
Instagram:  www.instagram.com/redboxkaraokemalaysia

Till then, Selamat berkarok!
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS