Apa Yang Menarik di Malaysia Hobby Expo 2023

Hai korang!

Pada 22 November 2023 yang lepas, telah berlangsungnya sesi sidang media untuk Malaysia Hobby Expo 2023 kini kembali lagi untuk tahun ke-5 sejak pertama kali dianjurkan pada tahun 2016 dulu. 

Menariknya pada Malaysia Hobby Expo 2023 kalini, mereka akan membawakan lebih daripada 50 jenis hobby dalam satu acara termasuklah kereta kawalan radio, koleksi vintaj, sukan lasak, haiwan peliharaan, buku dan majalah, seni kraftangan dan pelbagai lagi. 

Tambah menarik lagi pada edisi kalini, bukan saja ada expo untuk lebih daripada 50 untuk peminat hobi yang ada, tapi akan berlangsungnya sebuah Konsert “Passion of Sound” yang akan diadakan pada malam pertama Malaysia Hobby Expo 2023.

Malaysia Hobby Expo
(MHX2023: 5th Year Anniversary)
Lokasi: MAEPS Hall Serdang
Tarikh: 2 dan 3 Disember 2023
Masa: 10AM - 10PM



Malaysia Hobby Expo 2023 dianjurkan oleh Specta Group Venture dengan kerjasama MAEPS Serdang sebagai lokasi rasmi dan Shopee sebagai penaja utama untuk Malaysia Hobby Expo 2023 Edisi ke 5 ini.

Pengasas Malaysia Hobby Expo, En Muhammed Fidzri Syafeeq berkata didalam ucapannya:

"Expo ini adalah inspirasi dari Expo Antarabangsa dari Jepun, Beijing, Shizouka dan Moscow. Acara pertama di Malaysia bermula dari tahun 2016 sehingga 2019 manakala sasaran tahun ini adalah seramai 25,000 orang setiap hari, tambahan 35 % dari sasaran pada 2019.".

 Acara ini adalah acara yang ke-5 sejak penubuhannya pada 2016 dan bangkit kembali pada tahun ini selepas Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP). Antara yang menarik adalah acara ini merangkumi pelbagai hobby dan setiap hobby ada di zon-zon yang dikhaskan."


Terdapat beberapa zon yang utama seperti zon 'Hobby Bazaar', 'Hobby Group', 'Vintage Bazaar', zon sukan lasak, zon haiwan peliharaan dan zon outdoor yang juga merangkumi 250 pempamer pada Malaysia Hobby Expo 2023.

Harga tiket masuk Malaysia Hobby Expo 2023:
Dewasa: RM20.00 
Kanak-kanak: RM5.00
*Harga tiket adalah untuk 2 hari.

Setiap pembelian tiket Malaysia Hobby Expo atau Konsert “Passion Of Sound” layak untuk cabutan bertuah yang bernilai RM50,000. 

Antara hadiah yang menarik adalah:
⭐ 1x Kereta MYVI fully convert,
⭐ 2x Motorsikal Yamaha LC V8,
⭐ TV 55’,
⭐ Playstation,
⭐ 10x Jam G-shock.


Konsert “Passion of Sound” 

Manakala tambahan untuk pengunjung yang ke Konsert “Passion of Sound” yang di taja oleh Elf Bar sebagai penaja utama layak menyertai cabutan bertuah yang cukup lumayan seperti:
⭐ 1x Kereta BMW, 
⭐ Motorsikal, 
⭐ PS5,
⭐ dan lain-lain hadiah yang menarik.

Konsert “Passion of Sound” akan menampilkan 5 kumpulan dan artis tanah air iaitu Ruffedge, Gerhana SKA Cinta, Insomniacks, Saixe dan Hujan. Konsert mega ini akan berlangsung pada 2 Disember 2023 bermula jam 7 petang sehingga 12 malam.


Penganjuran Malaysian Hobby expo kali ini adalah dengan penglibatan bersama nama nama besar iaitu MPH, Todak, U Moblie, Gardenia, FITA Hobby Shop dan Decathlon. 

Selain itu, ekspo ini juga terlaksana dengan penganjuran bersama Malaysia Cat Groomer Association, Exotic Animal Expo, Seri Bayu Tekala dan Eight Bar. Choii pula adalah rakan merchandise rasmi acara ini. Acara ini turut mendapat sokongan dari Kementrian Belia dan Sukan dan juga Rakan Muda.


Acara tahun ini juga istimewa dengan penganjuran Mini 4WD MHXCUP2023 yang mana ini adalah pengajuran pertandingan Mini 4WD terbesar yang pernah dilakasanakn di Malaysia. Jumlah keseleruhan hadiah bagi pertandingan ini adalah lebih dari RM30,000 dan lebih 300 peserta dari Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei dan ramai lagi. Penganjuran ini adalah usahasama antara FITA Hobby Shop dan juga MHX2023 dengan kolaborasi GTMC .

Sempena ulang tahun ke-5 Malaysia Hobby Expo 2023 pihak Malaysia Hobby expo akan membuat keunikan dengan menyediakan pertandingan memancing pada 3 Disember di tasik Maeps dengan ganjaran bernilai RM50,000 secara keseluruhan untuk pemenang acara memancing. 

Pertandingan memancing akan dianjurkan bersama dengan Seri Bayu Tekala & di taja oleh ELF BAR sebagai penaja utama pertandingan memancing ini.

Justeru, harapan kami tahun ini adalah supaya lebih ramai orang terutama kepada generasi muda untuk menikmati hobby secara sihat dan kreatif. Selain itu, kami menggalakkan generai muda yang mempunyai minat dalam perniagaan untuk mempamerkan produk mereka semasa acara ini diadakan.

Bersama dengan Kumpulan Ruffedge di Malaysia Hobby Expo 2023 

Bersama dengan Kumpulan Ruffedge dan Gerhana SKA Cinta di Malaysia Hobby Expo 2023 

Korang boleh dapatkan tiket masuk dan tiket konsert secara online melalui platform Shopee dan platform digital Malaysia Hobby Expo bermula pada 21 November. Setiap pembelian tiket juga layak untuk cabutan bertuah. 


Malaysia Hobby Expo 2023
Facebook: www.facebook.com/myhobbyexpo
Instagram: www.instagram.com/myhobbyexpo
Tiktok: www.tiktok.com/@malaysiahobbyexpo


Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS