Review Filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah

Assalamualaikum dan hai korang,

Pada 2 Januari 2024 yang lepas, saya telah dijemput untuk ke Majlis Sidang Media Tayangan Filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah yang akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula dari 11 Januari 2024 nanti.

Pendekar Awang Darah Indera Gajah merupakan sebuah filem bergenre aksi dengan arahan Sharuddin Dali dan Saiful Reza dan berkesinambungan kepada Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang ditayangkan pada tahun 2022 yang lepas.

Lebih manis, pada malam tayangan perdana yang berlokasi di GSC 10l Citi Mall, Putrajaya, turut disempurnakan dengan kehadiran KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, yang juga merupakan Sultan Pahang.

Review Filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah

Review Filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah

Sinopsis Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah

Pendekar Awang Darah Indera Gajah berkisahkan British mendapat tahu Tok Gajah berhasrat pergi ke Terengganu untuk mendapatkan sokongan daripada Sultan dan pahlawan Melayu Terengganu. British mengarahkan penangkapan dan penghapusan Tok Gajah dan pengikutnya.

Awang terpaksa menyelamatkan Haji Sulong dan memastikan Tok Gajah selamat meninggalkan Pahang ke Terengganu. Awang menghadapi pelbagai rintangan dan pertempuran dengan askar British yang diketuai oleh Kapten Syers. Berjayakah Awang menewaskan Kapten Syers kali ini?

Review Filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah

Pelakon Filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah

Filem terbitan Studio Kembara ini juga merupakan sebuah prekuel kepada filem Mat Kilau 2 yang akan diterbitkan pada masa hadapan kelak. Filem ini dibintangi oleh barisan pelakon-pelakon yang mantap serta kandungan cerita yang menarik.

Pelakon Filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah:

Fattah Amin sebagai Awang, Nur Fazura sebagai Sayang, Ali Karimi sebagai Brahim, Nadhir Nasar sebagai Tahir, Datin Sri Heliza Helmi sebagai Siti yang turut dibintangi oleh Wan Hanafi Su sebagai Tok Gajah, Amerul Affendi sebagai Tobah, Hasnul Rahmat sebagai Kodi, Amir Ahnaf sebagai Andak, 

Hazwani Helmi sebagai Minah, Namron sebagai Haji Sulong, Ruzaidi Abdul Rahman sebagai Jalak, Datuk Hilal Azman sebagai Penghulu Hassan, Geoff Andre Feyaerts sebagai Kapten Syers, Sathis Varan sebagai Sugur, Reza Hilman sebagai Dahlan, Tissa Biani sebagai Besah, 

Azrel Ismail sebagai Tok Janggut, Mawi sebagai Tok Kenali, Andy Teh sebagai Sachai, John Bear sebagai Sitong, Saifulwazein sebagai Samut, Syed Ali Murtadha sebagai Nadim, Dian P. Ramlee sebagai Mak Senah, serta penampilan khas Faizal Tahir sebagai Utusan To' Ku Paloh.

Pelakon Filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah

Review best, positif dan negatif tentang filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah:

→  Sesuai sangat untuk mereka yang nak belajar tentang sejarah Tok Gajah.

→ Filem yang diambil berdasarkan kisah sebenar dan sejarah Pahang menentang British.

→ Jalan cerita yang santai, dan straight to the point penuh dengan nilai semangat cintakan negara, bangsa dan agama Islam.

→  Banyak aksi berlawan yang dilakonkan. Tahu tak semua 100% pelakon yang buat sendiri daripada aksi berlawan, berkuda dan memanah.

→ Banyak memaparkan peranan wanita dalam mempertahankan kedaulatan tanahair.

→  Banyak menonjolkan keserasian pelakon lama dan baru, tak nampak kekok dalam filem ni.

→  Ada juga babak yang macam tak make sense, seperti scene Awang selamatkan ayahnya.

→  Saya bagi 100% markah untuk outfit, tambah lagi semua pelakon menutup aurat dengan sempurna.


Pakaian yang digunakan didalam Filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah



Filem terbitan Studio Kembara ni sesuai sangat ditonton oleh seisi keluarga. Ibubapa yang nak pupuk tentang kesedaran cintakan tanahair dan cintakan agama boleh bawa anak tonton filem ini. Semoga Filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah boleh capai sasaran mereka.

Sambil berhibur diharap filem ini mampu meningkatkan kepada rasa cinta kepada tanahair, menghargai pengorbanan pejuang-pejuang tanah air dahulu kala serta meningkatkan semangat positif lagi terpuji di kalangan anak muda.


Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS